Assalamualaikum ..
dah petang baru nampak muka kan? eh nampak ke muka I? hehe tu konon perumpamaan aje. hari ni busy. busy kira kotak 7 juta kotak limau. erkk kan nak raya Ahad nih :)) kekeke.
biasalah, nak cuti panjang kan sampai Selasa depan. ada je keje nak diselesaikan. boss nak cuti Jumaat nih. bukan Chinese pon tapi cuti kemain sampai seminggu kehkeh happy holiday boss, nanti I tutup ofis ya :))
malam tadi masak lemak suhun campur petola. buat sambal gesek ikan bilis pedas sampai tercirit. pastu goreng ikan gelama masin ngan ulam-ulam. heaven you. untuk Alya, telur dadar pon okay. good girl. tak banyak kerenah tak banyak ragam, selera sempoi macam mamanya. mamanya tak larat nak masak heavy dahh. nak tumbuk sambal gesek pon separuh kat lantai separuh ataih table top. uwaa habih lew table top I yang kacak tu :(( tapi serius tak larat nak duduk kat lantai :((. apakan daya, tekak kebulur kenalah masak. so masaklah sempoi janji boleh makan. kesian pulak kat customer I yang dua orang nih kalo tutup dapo :)
hubby I balik lambat, around 10.30 malam barulah sampai maklom site jauh nun di Sg Besi. kesian dia. mesti dia lapar kan? so kalo terpaksa merangkak pon I sanggup okay asalkan dorang berdua makan dan perut berisi. takkan sanggup makan kat kedai 6 hari seminggu? sanggup ke tengok? hishh tak sangguplah I. kesian. takpe, selagi terdaya I akan masak juga walau pon cuma goreng ikan bilis saja hikss. demi mu abe :)) tetiba syahdu :)) *harap2 encek somi tak lupa this coming Friday taww*
pagi tadi lambat sampai ofis sebab hujan. nak kata lebat tu tak tapi I mana la sanggup redah hujan bukak pintu pagar yang sejengkal cuma dari porch tu. tu lew, I dah suh suami terchenta pasang auto gate, kedeks tahik hidung masin. hishhh .. takpe tunggu bonus April ni I paksa dia beli autogate jugakkk .. nasiblah dapat wifey pemalas kann?? hehe.
lepas hantar Alya ke school, singgah kopitiam Pak Ron. order soto. kan dah kata, kalo sedap I akan makan berulang 78 juta kali sampai jemu kehkehkeh. sedap okeh, letak cili pedas tercirit. bergedil beli dua sebab kecik cinonet je, tak puas makan. tekak akak kan beso mana cukup satu hikss :)) silalah tenung skrin komputer anda sampai berlubang kalo terliur kehkehkeh :)) jahat :)).
citer pasal hujan, nih dapatlah complimentary dari sales office. bekas punyalah cantik, I ingatkan something special kot lew set make up ke perfume or ladies pouch ke rupanya PAYUNG. kihkihkih. okay lew tu, sediakan payung sebelum hujan. selalunya menjelang tahun baru cina nih memang akan hujan je :) so bolehlah gunakan payung yang cantiks nih ;) merah mak ngah youu :))
okaylah, I nak balik dah. jumpa esok Insyaallah. take care uolss :))
No comments:
Post a Comment