Friday, February 1, 2013

Happy weekend uolss .. :)

Assalamualaikumm .. salam Jumaat. tengok jam. ehh dah pukul 3 baru nak up satu entry? kihkihkih cemana nak jadi blogger tegar giniew? acaner nak kejar hit nihh? acaner nihhh? arghh ada I kesah kew? :)) kan I berblog untuk share about mylife dengan kawan-kawan yang rajin singgah sini. Stalker? Ada ke? Hi stalker :))

okaylah, hari ni tatau nape jadi slow lemau je. boleh plak I bantai tido kat pantry lepas makan nasi as a breakfast? selamba okeh. pastu I dok lemau melayang orang sentap tak memasal. kalo takde buat salah, tak payah takut or rasa bersalah gitew ahaaa .. iskk malas lah nak cite buat geram sendiri aje. yes, I jenis kalo marah memang pendam sorang-sorang. I marah but dalam diam. I boleh berdiam diri kat office tanpa bercakap dengan sesiapa selama seminggu or lebih. macam orang gila kan? tapi the best way bagi I sebab I tak susahkan or kaco orang. as long I boleh control diri I jangan maki hamun or marah-marah, I rasa that's the best way. ngan laki pon gitew jugak :))

I tahu tak bagus simpan pendam dalam diam takut meletup mau pecah dada I yang montok nih. tapi I takut, bila I luahkan I bercakap I berkata-kata, banyak buruk dari baiknya yang terkeluar nanti. kita lebih kenal diri kita kan? so the best way, diam! selagi boleh diam I diam. hanya bercakap perkara yang perlu or penting. once I dah cool, I sendiri yang akan approach that person. so sesiapa yang rasa dah buat salah tu don't worry I takkan nangis merajuk hentak-hentak kaki or tembak korang hikss :). biasalah I pon manusia biasa, adakalanya boleh sentap even perkara kecil bagi korang tapi besar bagi I :((. and, I jenis yang tak berkira, kalo boleh semua nak dibantu semua nak dibagi tapi kalo orang sekali ajar I berkira, well well well sendiri ingatlah ya :)).

hishh kesian korang, tak paham pekebenda la yang I bebel ni kan? dah laa .. I okay, cool aje. biarlah masa yang menentukan bila I akan adapt benda-benda ni, biarkan angin bawa berlalu pegi ecehhhee :))

jom citer pasal makan. sebab makan boleh membuatkan kita gembira kan? kannn?? I ni jenis happy go lucky so better lupakan yang sedih-sedih semua nihh. takmo sedih-sedih k? ehh manjanya ngadu-ngadu ehhh :)) alolololo siannya kat diri sendiri isk isk iskkk :))

semalam balik awal sebab ada janji ngan someone. skang dok plan nak buat something kat backyard :)) hehe harap-harap menjadiklah plan nih *sambil kira duit dalam guni ;)* masak sempoi je. ikan kembung rebus asam pedas. bukan asam pedas melaka or johor mahupun penang yaa. ni asam rebus sempoi orang berpantang. hahaha. senang kacang nak masaknya. ikan kembung 3 ekor kerat dua, asam keping, bawang putih and merah 2-3 ulas, halia and cili api. nih semua hiris-hiris aje, tak larat nak duduk menumbuk dalam lesung batu. nak tumbuk ataih table top sayang pulak hiss :)). dah siap hiris tu, lumurkan kunyit kat ikan sket. pastu tumiskan semua hirisan tadi. masukkan ikan yang dah digaul kunyit tu tadi. masukkan air secawan lebih kurang. asam keping buh lebih sket. slowkan api, biar rebus lama sket bagi ikan empuk dan masak betul. relaks, masak jangan kelam-kabut barulah sedap ewahhh :)) matiklah kena cebik kat blogger masakan :)))

ni rupanya asam rebus ikan kembung, serius membuka selera orang yang tak sihat mahupun sihat segar bugar hahaha. ni bagus untuk orang dalam pantang rasanya. make sure jangan tumis guna minyak masak, just rebus aje. and, taruk lada hitam. best :))



pastu tumis air bayam. dah macam kangkung aje rupanya kann :)) sedap. ni pedas sket. yelah asam rebus kurang pedas kann? so yang ni bagi balance lahh, pedas tapi sedap. sedap kat tekak I la kann? :)) Alya pon suka bayam nih, kadang-kadang rebus gitu aje buat ulam. bagus untuk kesihatan :))



Itu telor dua bijik untuk Alya, papanya. pastu goreng ikan gelama basah. lupa nak cari cencalok. hishh sedap okay. kat tekak I semestinya hehe :))


esok Sabtu. kembali cuti hujung minggu. macam biasa, berkemas rumah. even kain baju dah settle takde longgok dalam bakul 5-6 bijik tapi still ada yang lom berlipat kemas. haha mesti ramai cebik macam I sorang je berumah nak kena berkemas memanjang kan? haha nak buat cemana, I ni kan pemalas, kenalah buat sket-sket. so jangan ikot stail orang malas macam I :))

okay, happy weekend uolss. love you.

love,
Kay - Kamalia Najwa *tetiba :))*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...