Wednesday, February 27, 2013

Kari hari-hari or hari-hari kari :)

Punyalah suka makan kari sekarang nih. tak kiralah kari apa. kari ikan, kari ayam or mee kari. kuah kari roti jala pon sukaaaaa ;). Teringat lastweek masa ke rumah taylor, Kak Ros. kebetulan langkah kanan kot sebab dia buat roti jala masa tu. sedappp. dah la I memang suka roti jala, dapat pulak makan time teringin wallahh pucuk dicita roti jala mendatang muehehe. sori gambo takde sebab tak teringat nak snap. maklom kat rumah orang kannn :). pastu masa nak balik, Kak Ros bagi serbuk kari yang dia beli kat Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. kari tu yang dia guna buat kuah kari roti jala. memang harum. bau pon dah sedap, rasa apatah lagi. nih bukan cap adabi ke babas ke nih memang kari yang beli timbang kati tu. tengkiu Kak Ros, my feveret taylor :).

pastu semalam teringin nak buat kari ayam. beli ayam sebelah je. sebab nak makannya 3 orang je pon. lainlah kalo ramai kann. nih pon ada balance dapatlah bawak ke office. nanti lunch boleh panaskan dan makan. jimat belanja kannn :).

ehemm ada rupa kari tak? ke rupa ayam masak merah? sila check mata anda ya hahaha :). senang je nak masak kari nih rupanya cuma nak balance kan rasanya tu. tak suka kari yang ada rasa masam2. so letak sekeping je asam keping. pastu daun kari jangan lupa. tak complete kari kalo takde daun kari. harumnya bau satu rumahhh :). harap jiran tak bau la I masak kari hehe. nasib bukan bulan puasa kann ;)


hehe nasib teringat nak amik gambo time tengah mengelegak. masa nih tengah kecut perut sebab nak balance kan rasanya. tetiba rasa pahit plak. errrrk aiyook cemana nih. ohh ok dah tabur gula sket and letak kentang terus rasa okay hehe. masukkan secawan air. alhamdulillah menjadi juga kari I. dulu penah buat mee kari. tapi dah lupa cemana nak buat. nak bagi sedap. hishh kena buat homework nihh :)


gorengkan ikan untuk Alya. takut lew dia takmo makan kari kann. tapi rupanya dia suka kari macam mamanya juga. ayam abih seketul dia makan. kuah je tak gaul ngan nasi sebab letak kicap. wahh gang ngan mama give me ten sayanggg :). sayur and ulam macam biasa. ikan tu goreng sekor je, Alya makan sikit aje, selebihnya papa yang makan sebab papa tak suka kari ahaha :).


I love you sayang. seronok sangat tengok dia makan sampai habis. kenyang siap cakap "alhamdulillah, terima kasih mama".




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...