Thursday, February 7, 2013

Jom lunchh :)

Haluu .. dah lunch lom? ke sedang menikmati lunch uolss? jap tengok jam. ohh baru pukul 1.30 so memang lunch hour hehe. I is keluar awal macam biasa since Alya dah school. 12.30 pick up her at school. berpeluh daki tangga sebab terlewat 2 minit huwaaa. kalo awal 2 minit confirmed teacher masih ada kat bawah and tak perlu mendaki tangga kejayaan ehh ahaha. serius, tak larat nak mendaki tangga 20 mata tu sebab perut sakit sangat. hem baru 5 months tapi macam nak beranak dahh. tu la gemok sangat kata laki yang mulut tak cover insurans ahaks *takpe lepas deliver I diet. mana tokei sd2 ke PB ke mai sponsor I* 

lepas amik Alya, teringat nak withdraw duet sebab dalam wallet ada singgit je. nak pinjam kat Alya, dia dah pandai kedekut hahaha. yang kelakar bila cakap nak pinjam kat dia;

Mama: "Ya, bagi mama pinjam seringgit"
Alya: "yang mana? biru ke merah?" sambil bukak beg tapi muka moncong sebab dia kedekuts kahkahkah kesian kalo lah kena tipu memang habis duit dalam beg dia. tapi mama mana sampai hati kann :)
Mama: "yg biru tu seringgit. merah sepuluh ringgit. boleh tak pinjam yang biru?"
Alya: "nah amik lah" sambil meraung. ehh kata boleh pinjam nih yang meraung kenapa? ah sudahh
Mama: "kenapa nangis? nanti mama gantilah. pinjam kejap je."
Alya: "abih duit Alya dahh. nanti camne nak beli tiket Legoland?" sambil meraung.
Mama: "okaylah, tak jadiklah pinjam".

hishh budak nih dah pandai kedekut tau. even dia masih belum kenal duit mana yang besar yang kecil tapi dia ingat semua duit dia. yg hijau ada berapa, merah ada berapa, yang biru ada berapa. hahaha comelnya anak mama.


lastly bila masuk petronas, tak sah kalo tak kena toll kat budak nihh. amik eskrem paling mahal. hari-hari tak sah kalo tak kena pow Magnum classic. acaner nak kumpul duit gi Legoland nihh? :)) tehehe amboi duit dia takmo guna, pandai plak kedeks ya Alya :))


dah siap hantar kat rumah babysitter, teringat nak singgah beli nasi bungkus kat restoren belakang kawasan rumah lama. not bad juga masakannya so beranilah pegi 18 kali hehe. aha bestnya sebab ada kari ikan jenahak. selalu kari ikan siakap kat kedai kak shamsiah kg melayu. nak ke sana jauh, panas. I kan dah tak larat macam nak terberanak dahh .. so singgah kedai nih aje la.

kari ikan jenahak, bergedil, sayur sawi = RM7.00. mahal ke murah? bolehlah kot sebab jenahak kan mahal. jemput makan semua .. :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...