Haluu .. welcome back hehe. konon nak update before lunch, nak kasi uolss menjejeh airlior tapi tak sempat plak sebab kuar awal pick up Alya. dalam pukul 11.40 hujan lebat kat Denai Alam so cepat-cepat kuar takut hujan lebat tak berenti susah nak amik dia nanti. nasiblah teacher siap payungkan ke kereta hehe. tak laratnya nak daki tangga dahh. so kalo nak selamat kena cepat-cepat amik so teacher memang tunggu siap-siap kat bawah, tak perlulah daki tangga. mengah cungap-cungap I hikss :) *gemok camtu la*
lepas hantar Alya kat rumah bbsitter pusing balik ke opis. tak lunch sebab dah kenyang. kan I dah citer, breakfast soto pagi nih. pastu dalam pukul 11 pagi melantak roti canai 2 keping. tatau la melantak ke mentekedarah namanya huhu tapi perut lapar je tambah-tambah cuaca sejuk, hujan pagi. takpe ibu mengandong boleh dimaafkan hikss :)
nih soto yang I beli kat kopitiam Pak Ron Denai Alam. kopitiam ni bersebelahan aje ngan school Alya so lepas hantar dia ke school, singgah kat kopitiam ni. malas plak nak drive pusing ke Bukit Subang nak beli bihun. tukar selera lah hari nih. Alhamdulillah rezeki I kot, soto sedap. roti canai pon sedap. 1st time beli ni, sebab kat sini kedai makanan harga memang melantun-lantun mahal maklom kawasan baru. mahal tak mahal kalo breakfast tu harus RM10.00 sekali ngan air. mahal lew kat I yang kedekss nihh hihihi :)) so esok nak beli lagilah soto. I punya perangai, kalo sesuatu tu sedap confirm akan berulang sampai muak kihkihkih. so esok tunggu je la ulang tayang soto kalo ada kihkihkih :) err bergedil tu sedap tau :)) I beli 2 *tamak*
macam biasa, backdated story. ni sabtu lepas, before ke warehouse di Bandar Sunway tu. I singgah di Space U8 Bukit Jelutong sebab dah lama teringin nak makan kat Hardware Cafe *sila check location kat bawah*. Sedap. menu feveret I kalo kat sini is hardware chicken cheese pasta.
yang ni promotion masa mula-mula buka dulu rasanya. boleh google hardware cafe untuk check menu-menu or promosi mereka. I dah selalu makan kat sini so dah register as member (free) so everytime makan ada 10% diskaun. makanan sedap, western. dulu ada juga buat buffet lunch but now not sure sebab pegi pun weekend aje. masa ofis di Jalan Astaka boleh kata selalu pergi Space U8 sebab dekat skang dah pindah Denai memang taklah, jauh kakk :))
credit to encek googles ya :)
nih Hardware Chicken Cheese Pasta RM15.00 tak silap I. creamy, full of cheese. love it. seriously. u should try okie :))
And, order alio olio pasta untuk Alya tapi tak abih so tapau. I kan tamak kihkihkih :)) but malamnya lepas habis shopping kat warehouse tu, balik rumah panaskan olio nih wahh elok lagi and sedapp. Alya makan sampai abih. siang tadi agaknya sebab kenyang makan share ngan mama tu yang dia takmo tuhh. hishh nih yang kena gi sana lagi nih mengulang 8 juta kali :))
selain dari Hardware Cafe ni untuk makan-makan, di sebelahnya ada Hardware Shop yang jual barang-barang kelengkapan rumah, rasanya mereka ni dipunyai oleh tokei yang sama :). segala jenis paip, getah, tiles, wall paper, tupperware, mentol bla bla pon ada di jual kat sini. lepas makan bole window shopping plaks. atau boleh je singgah di Shalin Bowl, main bowling. Uolss ingat lagi Shalin Zulkefli? aha skang dia dah buka bowling centre di Space U8. tapi I belum cuba lagi. next time maybe.
ok bye. kalo rajin I update satu lagi entry. kalo rajin. kalo malas, esok je la hikss :))
*entry ini tidak disponsor makan free 78 juta kali di Hardware Cafe okeh*
No comments:
Post a Comment