Thursday, February 7, 2013

Err poyo ke?

Sebelum tutup lampu ofis, I nak up satu entry hari ni. kata tamak kan? hahaha. ni ada hantu rajin kat sebelah memang bersemangat la nak buat entry walau takde info untuk uolss pon. ada tidaknya pasal makan. yelah, setiap hari uolss makan kan? tak kiralah western ke kampungstern ke janji makan.

sambil menaip nih otak ligat berfikir malam ni masak apa. hishh tetiba otak beku takdak idea. sebab macam boring je nak masak benda yang sama. masalahnya benda yang sama itulah yang dua orang tersayang suka makan. ahaks :)

ni back dated pictures. hari Selasa. semalam I cuti sebab kaki cramp. tersimpul rapi urat belakang betis. dah mula dahhh .. so cuti. malam sebelumnya tu masak sempoi je. tak sangka boleh ngajak orang datang rumah makan malam dengan lauk ginieww haha :) sup suhun ngan telo, goreng ikan kembung halia dan ikan gelama masin berulam. kebetulan kawan tu datang jumpa nak hantar red velvet seperti yang I citer dalam entry sebelumnya. so I jemputlah datang dinner kat rumah dah alang-alang jumpa kan. I pulak peramah kann :)). err kawan ni ada 3 boys yang tengah melasak. haiyoo baru I tahu nape kawan ni cantik jelita badan kurus ramping haha silalah beranak boys rapat-rapat macam dia ya confirm kurus ramping. serius. I pon tak terhandle boys yang melasak. kelakar pulak boys tu takmo balik sebab seronok datang rumah I. ehehe kawan I kata rumah I macam rumah yang takde budak. haihh ada budak tapi sorang je iaitu my Alya tu je. coming soon insyallah akan bertambah sorang lagi hikss :)).

err nak kata I berkemas memanglah berkemas sama macam orang lain juga cuma biasalah kalo kita biasa displinkan anak sedari kecil Insyaallah memang dia akan biasa. bukan nak memuji anak sendiri tapi I ni jenis garang, cerewet, macam mak tiri yang zalim atau macam mak bawang merah pulak rasa bila fikir time dok trained Alya. tapi betul; disiplin bermula dari kecil dan di rumah. percayalah, kita akan rasa happy tengok anak yang berdisiplin, ikot rules dan pembersih. err boleh je nak kata I ni poyo. I tak marah pon ehehe. sebab; I suka rumah yang bersih, cantik dan mendamaikan. cosy omputeh kabo :). nak kata poyo ke berlagak ke takpe its ok :). sebab yang stay kat situ I and family so memang I akan make sure habis-habisan rumah tip top. tip top tu bagi I la ehehe :)

ehh okay sebelum dicebik dibenci orang baik citer pasal makanan. I kan pencinta makanan. nombor pertama :) masak macam ni la hubby suka. sempoi. takyah masak bersantan bagai kata dia. ehh suka hati tukang masak lah kan nak masak apa ahaha :))


Selasa. I MC. kaki cramp. bangun pagi subuh tu wahhh orang kampung kata simpul biawak. takdelah biawak kat kaki I pon cuma simpulan bahasa orang tua-tua giteww :) serius nak jalan nak bangun seksa. nak solat? lagilah seksa bangun rukuk sujud nangihhh :((. pegi klinik takyah cakap banyak terus dapat MC. ni gara-gara mengemop rumah pukul 1pagi kot. lepas kawan I balik, kemaskan toys yang tunggang terbalik, mata tak senang selagi nak mengelap, menyapu, mengemop hehe. hubby pon tolong kemas mana yang patut. owhh baru I sedar, I ni tak sesuai terima guest dalam keadaan I sekarang. I tak larat nak berkemas beria-ia sebab I ada problem ngan placenta huhu :((

lepas settle kat klinik, ajak Alya pegi makan. teringin nak makan nasi Arab. okay, shoot ke TTDI Jaya. D'Arab Cafe, memang favourite spot kami sekeluarga. kali ni berdua ngan Alya je. so order lamb kabsah. untuk Alya, I orderkan chicken kabsah. tamak kan? sebab Alya nak chicken, I nak kambing. mana sama. kena order different menu hehe benonya I tamak. I nak makan dedua. tu yang orderkan untuk Alya. dia makan seciput je pon hehe lebihnya tapauuu :) alah balik rumah dah petang, lapar balik. so just panaskan je nasi nih, settle :))

lamb kabsahh. sedap. serius. tak tipu :)


chicken kabsahh. sedap. tak tipu juga. :D


err yang ni rasanya paling hot sekarang. kat mana-mana confirm jumpa. samada yang dalam plastik transparent nih or wane oren pekat tu. orang kata yang dalam plastik transparent ni lagi sedap buahnya sebab besar-besar dan manis. tapi yang dalam plastik oren gelap tu pon sedap juga. percuma. confirm sedap :D. hari-hari bawak balik 10-15 biji. penuh fridge ngan limau. kensing bau limau ajelah minggu nih :)).


okay nak balik. still takdak idea nak masak. nak singgah kedai macam malas. err skang malas sebab sakit sangat kat bawah perut. harap-harap cepatlah okay dari problem nih.

tata. :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...