Monday, February 18, 2013

Puding karamel :)

Ehemmm jangan gelak hokkay. Ini percubaan pertama ahkak buat puding karamel or puding gula hangus. asik terliur tengok orang lain buat je so malam Sabtu lepas terus mencuba. tu pon bila terjumpa resipi yang simple ya amattt hehe. rupanya senang je nak buat mende nih ecehhhhcee :) *jalan dabik dadas*

ni kalo kena gelak pon redha je la sebab I memang mengaku berani mati I tak pandai masak kek, kuih-muih or coklat bla bla bla. takat masak campak2 takde method 1 or 2 okaylah. ni kang kena buat step by step confirm terkensing ahkakk :))

resipi yang I jumpa tu bahan-bahan ciput and nak buat tu macam makan nasi je. tak susah macam panjat gunung katanya kehkehkeh.

7 biji telur ayam, 1 tin susu pekat manis, 1 tin air kosong, 2 sudu vanilla esen, 2 sudu gula pasir. senang kacang khensss :) *tu pon I blur jugak kihkihkih*

oleh kerana nak cuba-cuba je so I buat separuh dari bahan-bahan asal. biasalah kalo tak menderhaka memang tak sahh kan? pepandailah sukat bahan jadi setengah hehe. nasiblah ada pengukus comel Tupperware, memang banyak jasanya. kukus kek, ikan semua bolehh :).

mula-mula cairkan gula 2 sudu supaya menjadi hangus. dah kata puding gula hangus. kihkihkih :)



pastu tuangkan adunan telur, air, susu dan esen vanila. kukus selama 45 minit. *penat akak berdiri tunggu kek tak menyabo hiii*


sambil tunggu tu tutup la dulu kak, kang terdedah plak acaner hikss :)


selepas 45 minit. ehemm Alhamdulillah menjadik. kelakarnya, siap kejutkan hubby sebab masa nih pukul 1 pagi. dia berlari turun dari atas bila dengar bini terpekik terlolong tengah-tengah malam buta. kesian dia dapat bini sengal hahaha

pastu potong bagi dia rasa. *masa ni muka dia kelat macam tertelan peria katak :))* yelah tengah-tengah malam buta disuruh rasa kek kihkihkih. nasib tak kena lempang hiks :)


hubby kata okay sedap macam makan kat rumah orang lain juga. tapi I pelik juga sebab kek I ni berongga. dah macam kek gula hangus. tapi ni puding. ke memang macam nih? arghh takpe sebab 1st time, dimaafkan :). yang penting rasa tu tetap rasa puding karamel bukan sambal petai kihkihkih.


nanti nak cuba lagi sampai jadi lebih cantik. ucapkan good luck kat I okehh :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...