Thursday, February 28, 2013

Lunch; Ayam Penyet Wong Solo

Korang dah lunch ke? I tadi kebulur ya amat. maklom breakfast cuma sandwich ngan karipap je uhuk uhukk sian kann. so kelaparan. dengan kerja yang pending nak menunggu boss tak masuk-masuk so baiklah I bersantap dulu. pastu kemain jauh tempat santapan tekaknya hahaha nun di Seksyen 7 hahaha. teringat-ingat ayam penyet wong solo walaupon sambalnya pedas tercirit tapi sedapppp. power gile lahh. tatau la dorang taruk cili apa agaknya. pedas tapi yang peliknya makin pedas makin sedap. ntah2 dah hembus-hembus kot hahaha tak baiknyaaa :)).

I amik set nombor 2. tak silap rm10/++ aje. dapat lew sebotol air mineral kecik tu nanti. tapi tadi I order Soda Gembira. terus rasa gembira pas minum wakakaka. tak berani nak order Poligami Jus hahaha. apakah sengalnya dorang nih bagi nama minuman kann?? tapi pelik lagi sekali. pelik sebab sedap wakaka.


aha yang nih Jumaat lepas. masa ni bawak Audithor gi lunch. dia yang suggest makan kat sini. tu yang teringat-ingat tuu. sekali cuba nak lagi. dulu pernah makan kat Sunway Pyramid, tak silap AP Ayam Penyet. macam kurang sedap je. tak ingat dah benonya tapi confirm kurang sedap. kalo sedap confirm ingat muehehe.

yang ni pon set nombor 2 jugakk ..


masa makan lastweek tu, memang order macam-macam sebab memasing dok kebulur lepas shopping kain wakaka. tu yang order selagi tak abih bajet wakaka. siap tapau lagi muehehe. hebat kan tekak orang kebulur?? sotong goreng or cumi goreng yummyy pecal lele pon sama uwaaaa .. masa ni Alya pon ada juga. untuk dia orderkan sup ekor. sedap juga. dah lah asik citer sedap semua yang sedapppp hahaha :).


ok bai .. I nak gi berangan makan ayam penyet lagi kikikiki :)

Wednesday, February 27, 2013

2nd batch to tailor ..

Ahaaa uolss dah lunch kew? I baru sudahh hew hew hehe sengal. panaskan kari malam tadi and makan ngan Alya kat pantry sebab ada urgent things to do. boss nak before 2pm so kena siapkan dulu. tu yang pegi amik Alya bawak mai ofis. tak dan nak hantar ke rumah babysitter dia.

nih sambil tunggu boss finalise draft I melilau nak update blog hew hew hew *geli*. nih terjumpa draft yang dah buat semalam. before terlupa baik update terus. kang dah basi baru hegeh-hegeh nak update haha.

nih 2nd batch kain yang hantar ke tailor. 3 pasang jew. beli kat pemborong kain cotton di Seksyen 7, dia borong dari Vietnam. memang murah gila. serius. harga yang I dapat consider murah gile sebab hampir semurah kat Vietnam. serius. baik hati sungguh pemborong nih, bertuah I kenal dia kat fb. sebab terjumpa kat fb juga corak yang sama macam I beli nih mak aiii harga beza 40 hengget. errr mahalnya. tau la berniaga tapi sebagai pembeli yang bijak, pepandailah kita cari yang mana the best kann hehe :). dah ada yang murah takkan nak jugak beli yang mahal walhal material, design serupa.


kesemuanya cotton. bidang 60". harga? murah. berpatutan. tak percaya. haha. wahh semua corak paisley. kat sini je baru heboh corak nih walhal last year I beli kat longgok-longgok je masa di Tanah Abang, Jakarta haha. takpe tahun ni I beli juga corak nih sebab cantik. fresh.

3 pasang campur dengan yang dah hantar tempohari wahhh semangat betul ahkak nak beraya nihhh .. err tak sabar juga nak tunggu 1 trip dari Vietnam next Monday, hope ada kain yang menarik di mata I. boleh sambar lagi hew hew hewwww *gelinya*.

tailor I kabo Syawal 30 hari so kenalah buat 30 pasang ehh? matik lew laki suh makan kain ni karang ahahaha :).

Kari hari-hari or hari-hari kari :)

Punyalah suka makan kari sekarang nih. tak kiralah kari apa. kari ikan, kari ayam or mee kari. kuah kari roti jala pon sukaaaaa ;). Teringat lastweek masa ke rumah taylor, Kak Ros. kebetulan langkah kanan kot sebab dia buat roti jala masa tu. sedappp. dah la I memang suka roti jala, dapat pulak makan time teringin wallahh pucuk dicita roti jala mendatang muehehe. sori gambo takde sebab tak teringat nak snap. maklom kat rumah orang kannn :). pastu masa nak balik, Kak Ros bagi serbuk kari yang dia beli kat Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. kari tu yang dia guna buat kuah kari roti jala. memang harum. bau pon dah sedap, rasa apatah lagi. nih bukan cap adabi ke babas ke nih memang kari yang beli timbang kati tu. tengkiu Kak Ros, my feveret taylor :).

pastu semalam teringin nak buat kari ayam. beli ayam sebelah je. sebab nak makannya 3 orang je pon. lainlah kalo ramai kann. nih pon ada balance dapatlah bawak ke office. nanti lunch boleh panaskan dan makan. jimat belanja kannn :).

ehemm ada rupa kari tak? ke rupa ayam masak merah? sila check mata anda ya hahaha :). senang je nak masak kari nih rupanya cuma nak balance kan rasanya tu. tak suka kari yang ada rasa masam2. so letak sekeping je asam keping. pastu daun kari jangan lupa. tak complete kari kalo takde daun kari. harumnya bau satu rumahhh :). harap jiran tak bau la I masak kari hehe. nasib bukan bulan puasa kann ;)


hehe nasib teringat nak amik gambo time tengah mengelegak. masa nih tengah kecut perut sebab nak balance kan rasanya. tetiba rasa pahit plak. errrrk aiyook cemana nih. ohh ok dah tabur gula sket and letak kentang terus rasa okay hehe. masukkan secawan air. alhamdulillah menjadi juga kari I. dulu penah buat mee kari. tapi dah lupa cemana nak buat. nak bagi sedap. hishh kena buat homework nihh :)


gorengkan ikan untuk Alya. takut lew dia takmo makan kari kann. tapi rupanya dia suka kari macam mamanya juga. ayam abih seketul dia makan. kuah je tak gaul ngan nasi sebab letak kicap. wahh gang ngan mama give me ten sayanggg :). sayur and ulam macam biasa. ikan tu goreng sekor je, Alya makan sikit aje, selebihnya papa yang makan sebab papa tak suka kari ahaha :).


I love you sayang. seronok sangat tengok dia makan sampai habis. kenyang siap cakap "alhamdulillah, terima kasih mama".




Jom breakfast :)

Salam .. uolss dah breakfast ke? apa?? sedang drive on the way ke office? alololo siannya. Akak sedang breakfast bihun goreng nihh, jempot makan di kejauhan muehehe.

pagi nih Alhamdulillah sempat memasak bekal untuk kami 3 beranak. ni Alya yang request nak bihun. mulanya dia nak bihun sup tapi masalah besar pulak kalo nak buat sebab nanti dia nak makan cemana kat school? sebab makanan berkuah nih kan leceh. tumpah segala bagai kang susahkan teacher plak. so buat je la bihun goreng. pastinya bihun cap bintang ehehe :).

tu ada 4 bekas kan? kata bekal 3 orang. 1 tu untuk sape? ooh satu tu untuk kawan kat ofis :). kalo buat bihun cap bintang sekampit memang ada extra kalo nak bawak ke opis. kalo mee kuning tu memang tak dapek sebab cukup-cukup je untuk bertiga haha.

hari nih buat air sirap. semalam air oren. nih pon Alya yang request. ikotkan aje janji dia nak minum and makan biar kenyang. hari nih roti takde sebab mama terlupa nak beli buat stok hehe :).


aha nih menu semalam. tak sempat nak update hehe. alahai masak mee je pon. sempoi kan? mee or bihun memang takkan buat pedas sebab Alya kecik lagi. kesian perut tak menahan plak nanti. kang tercirit kat sekolah menyusahkan teacher je plaks. so buatlah tak pedas. apaknya silalah gigit cili api kalo nak pedas berapi hiks :). haa semalam ada roti :).


okay nak sambung breakfast dululah. jemput tengok uolss :)

Tuesday, February 26, 2013

Kenapa? Mengapa? *pasal kicap je pon*

Ni cite Sabtu lepas. dah basi pon. ehh gambo tak basi kann. so bolehlah up satu lagi entry.
I dan Alya pegi melawat baby baru abang ipar and biras di Putra Medical Centre Sg Buluh. baby girl, lahir Jumaat 22.02.2013, cser. biras ni pon placenta praevia and baby plak melintang so memang kena belah. err takutnya bila ingat detik-detik perut dibelah huhuhu errkk :((. apa pon beliau dah selamat pon melahirkan baby yang comel dan semangat serta sihat. berat tak silap 3.10, 38 weeks. nahh semangat kannn .. :)



namanya sape? masa nih belom ada lagi.


aha nih kakak Alya. mula-mula je dia excited nak tengok nak pegang nak belek baby pastu mulalah haruk buat hal sendiri. tambah plak abang baby, Aqil dah sampai juga kat sepital. wahh lagilah meriah uolsss. memekak je sampai kena sound kat nurse padan mukaa :)).

amboi kaki tokmek tuh hover hahaha .. nih masa baru dapat henpon cik Ana. cik Ana ni biras I, wife abang ipar. Alya selamba je minta henpon nak tengok game. bukan reti main pon benonya gatai nak pegang je. hiii sabar la perangai budak nihh tauu .. sib baik cik Ana, kalo orang lain memang kena cubit taww :)).


ehh baik plak budak berdua nihh. nih time baik. cuba time bercekau haaaa boleh runtuh kesabaran mak-mak haha. nih Alya dok ngendeng Aqil nak pegang henpon tu. Aqil tahun nih 6yrs. tapi macam sama besar ngan Alya je kann :)).


pastu Aqil blah gi berlari ke lain plak sambil bawak henpon. dahh muncung mulut muka mencuka. haha kesian tengok budak yang sebok nak pegang tepon. dia bukan reti main game tapi just nak pegang-pegang je. pastu claimed kat mama nak beli ipad beso tv hahaha. yelah yelah nanti papa beli sebab papa yang janji kann?? beli hat murah-murah tu je laaa :) siap dia tahu nak beli kat mana haha. kat hiong kong the store katanya hiks :). ni la pelajaran hasil mengekor mama cari barang kann :)


pastu Aqil baik hati bagi semula kat dia pegang henpon tu terus leka melayan game. tatau game apa. dia just tengok-tengok je. dah boring kang dia humban lah tepon tu hahaa.


alololo comelnya anak mama tak berkelip tak beralih dok situ belek henpon ye haha kelakar bila tengok budak nih. dia memang suka belek henpon. serius. dalam note mama mana ada game, tak koser nak download tapi dia suka belek fb tengok gambo macam animal ke scenenery ke memang dia suka. cuba bagi fb disney memang boleh bergaduh kalo rebut henpon dari dia. tapi sekejap-sekejap je pon. dia tahu bila baterry tinggal separuh, dia bagi la balik note tu kat mama atau paling bagus dia gi cas sendiri hehe.


sebenarnya I happy sangat sekarang sebab Alya dah berselera makan semula. dah beberapa bulan ni risau mikirkan dia. paling risau bila jumpa kawan-kawan yang tegur "eh kurusnya Alya". kalo sorang je yang cakap gitu I okay lagi. nih boleh dikatakan ramai yang menegur. memang I akui Alya kerap demam. kadang-kadang selsema batuk. memang pegi ke klinik jumpa doktor and consultation. biasalah budak-budak kan orang kata nak membesar. tak sangka plak ada yang perasan dia kurus (read:kurang sihat). I noticed bila ramai menegur. I perhatikan Alya since last year. memang nampak dia kurang makan. kat rumah susu macam biasa. nasi makan cuma takdelah beria. satu senduk. macam biasa. bila masak salmon kegemaran pon macam biasa je, takdelah beria excited. walhal tu kegemaran dia.

tapi bila dah ramai tegur, I perhatikan betul-betul my princess nih apa yang tak kena. masa tu Alya still duduk di rumah babysitter lama. hari-hari I buatkan bekal. and, bekalkan juga 1 kotak milo, 1 kotak cereal. hari-hari.

sehinggalah I tanya dia, bekal yang mama bagi tu awak makan tak? dia cakap kadang makan kadang orang lain yang makan. whatt??? benda ni berlarutan 2-3 bulan. dia leka main je. yelah masa nih belum bersekolah lagi. nih flashback 2012 ya uolss :).

so end december tu yang I decided tukarkan pengasuh. banyak sebab kenapa I tukarkan tapi paling utama bab makan nih la. ada 2-3 sebab lain tapi yang priority memang bab makan. I frust sebab I dah prepared food untuk anak tapi bukan dia yang makan. bukanlah I berkira tapi cubalah fikirkan. and paling worst lagi bila pengasuh lama tu cuma bagi bubur waktu lunch. hari-hari bubur. bubur kosong tau. bukan bubur yang campur daging ke kentang ke karot ke. what?? where is nutrien? so bila I bekalkan nasi goreng, bihun, sandwich, mee goreng, makaroni bla bla apa gunanya sebab Alya tak makan? hishh frustnya. patutlah Alya pernah cakap "ummi kata bihun mama sedap, tak pedas". what?? sape yang makan nihh?? everyday okay.
I tak bolehlah percaya bulat-bulat cakap budak je kan? *walau orang kata budak tak pandai menipu*. so I monitor Alya one week before buat keputusan nak tukarkan pengasuh tu. one week. ehemm frust juga sebab bukan I sorang yang perasan benda nih, ada parents lain pon cerita benda yang sama. so I memang decided tukar pengasuh demi kebaikan anak. bukan berkira pasal bayaran tapi kalo setakat setengah hari bayar RM300 just stay for tukar baju, minum susu and mandi? setengah hari dari pukul 1 - 5.30 petang. err berpatutankah? berkira ke macam nih??

so Alhamdulillah, dah masuk bulan ketiga Alya stay kat rumah "emak". yang nih pengasuh Alya yang dulu sebenarnya. berhenti jaga Alya bila dia preggy anak kedua sebab mabuk teruk. skang anak pon dah besar so bolehlah jaga Alya semula. Anak dia yang sulung hampir sebaya Alya so balik dari school memang dorang boleh check homework sama-sama. hemm ni antara sebab mengapa I tekad tukar babysitter. and, Alya cukup makan, cukup tido sebab rumah emak nih selesa, bersih. dia cuma jaga Alya sorang je buat masa sekarang. insyallah our next baby pon nak hantar kat dia. lagi pon kami dah lama kenal, pernah duduk serumah masa bujang dulu. Alhamdulillah senang hati bila tengok Alya sekarang :)

takpelah, pengajaran kat I maybe I tak amik perhatian dulu. ingat cukup apa yang I bekalkan Alya setiap hari. pity her. skang Alhamdulillah. selera makan Alya dah bertambah baik. and keep on going bagi dia vitamin C. well, selama ni tak ajar pon Alya makan kicap tapi since dia nak makan nasi ngan kicap, I belikan juga. nahh, dah masuk botol ketiga sekarang. kicap Jalen. okaylah since dia nak makan, tak kisahlah kicap pon kicaplah haha. janji dia nak makan nasi. nasi, kicap dan telur dadar. oh ya sambal sardin juga haha. serius. simple kan? dia yang request gitu. so stok sardin memang kena ada. sardin 10 tin, telor sepapan, kicap sebotol. takpe janji dia nak makan pon mama dah cukup happy. tapi seperti yang uolss tengok, I masak benda lain juga. takdelah berturut hari I masak menu dia nak tu. telur dadar yes. sardin tu takut pulak nak bagi hari-hari.

tujuan I tulis nih takde niat nak memburukkan pengasuh lama, diaorang okay dan jaga Alya dengan baik. cuma bab makan tu je I kurang berpuas hati. sebab, I stress bila dengar orang tegur anak I kurus. macam I nih tak bagi dia makan secukupnya walhal maknya gemok gedempol hikss :).

I love you sayang. very much. ;)



Laparrrrr ..

Assalamualaikum .. sihat ke? hari ni Selasa, payday hehe. mood pon bagus je pepagi kann .. ingat nak update semalam tapi mood malas. nak tido jer.

nih entry pasal masak-masak dan makan-makan. nih dari lastweek. campur je la satu entry, senang keje. uolss tengok je la. tak lalu tengok, skip je. hehe.

nih masak malam tadi. semalam tak lunch. balik rumah kelaparan. masak laju-laju. tu pon masak paling sempoi. tumis sayur sawi, buat pedas-pedas sampai tercirit :). buat singgang ikan kembung untuk hubby. goreng ikan talapia 2 ekor. pastu rebus petola sebijik nak buat ulam ngan petai. buat sambal kicap. siap. laju-laju makan lepas maghrib. tak sempat nak menunggu hubby balik lewat malam. sorry bang, I makan dulu ya :). Alya pon sama kelaparan haha dia kan skang memang carik nasi di malam hari. so memang kena masak even goreng sardin je pon. dah maknya sakit segala bagai kann ;).




yang ni kari salmon. sori tak clear karinya sebab ikannya hancur. hish nyesal beli kat econsave, tak fresh. nasiblah rm16 je sekilo. kena masak cepat-cepat takleh simpan lama-lama, memang tak sedap. pastu goreng kangkung belacan. memang sedap. buat pedas-pedas. ada ikan masin. complete.


yang ni pon sempoi. kesian korang tengok menu akak semuanya sempoi kan? mungkin kurang menyelerakan tapi akak makan 2 kali tambah hehehe. nih asam rebus ikan kembung. beza ngan singgang, akak tumis dulu ikan yang dilumur kunyit. pastu buat sup sayur bebola ikan untuk Alya. dia suka sawi. bagus anak mama, tekak kita serupa bebehhh :)


yang ni goreng bayam. pon sedap. tu yang gelap gelita tu ayam goreng yang diperap ngan sos tiram, kicap, bawang. nampak hitam tapi sedap. bukan hangus tauu haha tu sebab sos tiram kot.


haa yang nih bukan akak masak, nih makan kat kedai di area Rahman Putra, Sabtu lepas. sedap. asam pedas ikan patin, sedap. jangan menilai rupanya sebab I pon tak sangka sedap haha. dah makan nyesal amik sikit je ikan tu. kalo tau amik 10 ekor ahahaha :) gila tamak kannn. harga cuma RM6.00.



hat nih untuk Alya, nasi ayam. sedap. supnya memang best. tak hambar. sedap hirup panas-panas. harga cuma RM5.00. okaylah berpatutan sebab sedap.


ok siap entry makan-makan. nanti I update next entry. janji takde gambo makanan dahhh :) janji alip lam lam haa okay :)

Wednesday, February 20, 2013

1st batch to tailor

Sambil siapkan kerja yang mana patut sambil tu jugak googles kat mana warehouse sale haha. maklomlah mak buyung ni insyallah bakal due before bulan puasa katanya. jadi, slow-slow lah mencari kain baju samada untuk new addition or my princess Alya mahupun paling terutama diri I lahh hiks .. kang tak raya plak kitaorg anak-beranak. cari last minute pon seronok gak tapi kalo takde size seronok ke?

sambil tu googles gak blog yang menjual kain-kain cotton. tapi I kurang berkenan benonya beli kat blog ni. bukan tak percaya ke haper tapi tak puas nak pegang nak belek depan mata hehe. takde feel. nampak cantik, kang dah sampai terus jadi tak cantik hihi.

minggu lepas, amik kesempatan ke Jakel. dengarnya ada sales kebaboomm .. berpuluh-puluh persen kabonya. maka pergilah mak buyung gemok heret anak dara keciknya itu ke sana. memang beso banner persen tu haha. so semangatlah mak buyung memilih kain-kain cotton. skang suka cotton je. tak main dah kain-kain licin ahakss tak baik riak kak :) pilih punya pilih belek punya belek wahhhh memang nampak murah. tapi bila didarab dengan 4 meter uwaaaaaa seratus lebih juga untuk mak buyung nehh .. walhal materialnya kalo kat Bandung baru bape hengget uwaaaaaa teringat kenangan last year shopping 10 pasang kain cotton kat sana. serius murah sangat.

sila amik kalkulator jika matematik anda 9 hiks :)
bayangkan semeter 40++ lepas tolak diskaun kononnya jadiklah 25 semeter darab 4.5 meter kalo bidang 45. I kan gemok kenalah amik extra kang kain sempit haha. kalo bidang 60 kena amik 3.5 meter. ko darablah sendiri bape hengget = serius tak murah mana pon sales kat JAKEL. walhal kain tu amik kat Bandung or Vietnam baru bape hengget. err I cakap berdasarkan mata I yang nampak sendiri masa kat Bandung dorang dah pack siap2 untuk pos ke JAKEL Malaysia tauuu :)).

kat Bandung 200 ribu rupiah bersamaan 70++ dah boleh dapat dapat cotton gred A hokkay. kat sini cotton tu dijual 40++ semeter huhhh serius mahal. harus mau terbang ke Bandung jua nihh :(( tapi nak buat cemana kali nih terpaksa burn ticket murah I ke Bandung sebab masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. maafkan I Bandung, I tak dapat visit u this year huk huk huk *lambai-lambai FO, Pasar Baru, Kartika Sari, Alun-Alun*


okay, nih je yang I beli kat JAKEL. 2 pasang di sebelah atas. paling atas tu yang bunga kecik-kecik pink tu Alya yang pilih. lembut and sedap materialnya. semeter 25/- x 2.5 meter = sila kira kak :)

I punya belah bawahnya, pink bunga-bunga = semeter 20/- x 4.5 meter = amik kalkulator satt hikss

untuk 2 pasang nehh = 150++ uwaaaa :((
kalo kat Bandung confirm I berani bet mesti dapat 4 pasang cotton uwaaa nangih lagikk :((

yang nombor 3 tu sutera crepe Batik Desa Murni. I beli kat boss yang memang menjual sutera crepe nih esklusif dari sana. tak silap RM300/-. beli dah lama tapi tak hantar ke tailor sebab tailor busy semedang. nasib dah beli awal-awal so baju raya I dah ada bape pasang dahhh :). pastu 2 dibawahnya beli kat penjual cotton di FB. beliau dok di seksyen 7, masa kat Jakel lepas bayo kain-kain tu terus call dia kot boleh gi tengok kain2 kat rumahnya. memang best boleh pilih kain sendiri pastu murah plak. yang ni cotton dari Vietnam. murah, tak semahal JAKEL :). material pon sedap, lembut.

ni first batch. 2nd batch nak tunggu kawan gi Vietnam nextweek. kot ada yang berkenan boleh sambar lagi. kesian mak buyung tahun nih takde cotton dari Bandung huk huk huk.

ehh nih corak I pilih sendiri tak kisahlah kot ada yang buta mata kata kain langsir plak kann hahaha. sori to say selera masing-masing kann. kain langsir pon kain langsirlahh ehh kain langsir tahun nih lom tempah. rasa nak tukar untuk living je. nanti nak gi FELLA jugaklah. sebab kualiti okay even semeter rm48/- hahaha. kalo ikotkan langsir nih baru lagi masa pindah tu kan. pingsan kalo nak tukar satu rumah so tukar hat livinglah kot nak dapat mood raya kann .. takat living bolehlah lepas bajet. kalo 1 rumah mau kena kapak kat laki kihkihkih :)


ko hader? langsir cap Erra Fazira? takde? hahaha matik lew sape terasa :)


sekian entry pasal baju raya 1st batch. mak aii hover siap berbatch-batch camne nak kaya nihh haha :) erkk tema? takde tema kot sebab asal pilih tema semedang je tukar. beli je semua warna kang dah nak raya baru tengok mana yang okay terus jadi tema boleh giteww?? ahaks :)

Covert Affairs new season

Alolololo nak merempan sekejap. lama tak buat entry pasal tv series yang I follow every week. Ikutkan sekarang memang I ada must watch list  hehe :) sanggup berebut remote ngan Alya kehkehkeh

1. Selasa - 10.30pm Gossip Girl (708)
                  11.45pm A Good Wife (702)
2. Rabu - 8.00pm Covert Affairs (702) ulangan 10.45pm :)
3. Khamis - Pretty Liars Girl 10.30pm (708)

alolololo macam budak remaja je I ni kann? haha serius nih memang drama bersiri yang memang wajib tengok. kalo keluar time nih memang mengelabah je nak balik tengok on time. kalo astro bolehlah ulang tengok lewat malam tapi kalo tv8 kim salam ko tunggu je la nextweek tapi new episode sakit hati tak? hahaha.

Paling suka sangat 88 kali is tv series Covert Affairs. dulu pon dah buat entry about this series. dah musim ketiga sekarang. Jiwa I memang suka tengok cite polis, cia, fbi, ncis yada yadaa berangan nak jadi inspektor polis masa sekolah rendah tapi dah masuk sekolah menengah nak jadi FBI plaks hikss jiwa kacau hahaha. tapi ikotkan cerita macam nih lebih bertenaga nak tengok. bukan tak tengok drama melayu or sehangat asmara bla bla tengok juga tapi takdelah hover jiwa meronta nak follow up macam tv series nih hahaha. adam & hawa pon dah episod 45 baru terhegeh-hegeh install mustika kalo tak dengar je orang cerita hehe.

nak kata suka tv series yang ganas-ganas tak jugak. camne nak cakap? err jiwang-jiwang pon I suka tapi taklah hover. macam Covert Affairs nih kisah Annie Walker, CIA agent yang masih muda and berbakat serta komited dengan karier. err baru I noticed shes played in Coyote Ugly. wahh patutlah macam penah tengok dia nih tapi masa tu umur dia remaja lagi sebab cite Coyote Ugly pon zaman bila kann .. kalo korang suka lagu Can't Fight The Moonlight -LeAnn Rimes tentu ingat movie ni kan. best movie. masa ni I baru 20yrs kot haha back to 2000.

cer tengok Piper Perabo masa nih. memang muda lagi. memang tak perasan or ingat dia yang berlakon. nasib rajin baca wiki hikss :). suka sangat tengok dia nih. tapi err ada gossip kabo dia nih lesbian. ouchhh nape lew dah lawa gini lesbo plaks hishhh harap2 tidaklah huwaaaaa :(( hover kann :)


yang ni new season. season 3. tapi kat US dah season 4 kann. haha kesian kat sini still season 3. takpelah janji tayang kann :)


alolololo hensemnya Richard Coyle nihh ehem ehemm .. mula-mula tengok macam biasa-biasa je. 3-4-5-6 88 kali tengok uwaaaaa serius hensem. paling suka tengok bila dia pakai shirt putih. uwaaaa *matik lew laki baca nihh*



sukanyaaaaa couple. even Richard@Simon played bad role dalam series nihh. hehe I sukaa :) suka tengok je laaa ayooo :) actually Richard Coyle just berlakon undangan je apa orang kata recurring cast.


hehe suka this scene. nampak romantik. uwaaaaaaaa semua sukalahhh :)




ehemm ehemm ada juga scene yang hover tapi ahkak takmo taruk sini kang jadi blog 18sx plaks hikss. tengok sendiri sudah lahh hikss :) gatai jugak tuuu :)

okay. nanti nak share about Gossip Girl plaks.

selamat menonton :)

Monday, February 18, 2013

From Langkawi with love uolss :)


nak balik tapi hujan lebat. payung takde lam kete, bijak sangat ditinggal kat rumah huhu. sejuk-sejuk mulalah terbayang makanan je. I kan pencinta makanan yang setia hiks :).

nah ferrero rocher. yang ni kiriman dari Langkawi hari tu. tertinggal oleh pengirimnya so hari nih baru dapat. yang ni special order untuk my princess Alya, dia suka sangat hat nih. nasiblah murah kat sana kan. ni pon bukan selalu order pon. kalo kawan nih balik sana dapatlah mengirim.

okaylah, nak balik dahh, hujan dah reda. uols masak apa malam nih? I dah terbayang salmon dalam fridge. buat kari pon sedap :)

Kopok Lekor yum yum yummm :)

Selain mengadap puding karamel, tengah-tengah malam buta malam minggu dok goreng kopok lekor. nih hubby beli masa balik ke kampung beliau lastweek. I tak ikot atas masalah kesihatan huhu. dok umah je dendiam ngan Alya kira rumput kat laman depan hiks :) gila cuti CNY 5 hari tak ke mana huishh kecuali ke SOGO hari Selasa naik komuter. hikss heret Alya naik komuter kemain suka dia. nantilah nak cerita pasal tu kat entry lain ehh :).

sedap kopok lekor ni. orang kata kopok lekor Tok Beng Ganu femes and sedap tapi I belum penah rasa so tatau tahap kesedapannya. yang ni I memang cakap sedap tak tipu okayy. dulu penah beli kat Pasar Krai, bila goreng liat macam tayar beskal :) pastu rasa tepung je takde rasa ikan. hishh. potong stim kalu.

yang ni memang sedap, kalo goreng garing sedap kalo goreng biasa-biasa pon sedap. pendek kata serius sedap wallahh :) hubby beli 5 batang. dah bagi jiran tetangga ada lagi sebatang. balik nih nak goreng lagilah :)

sos tu sos cili LIFE. bubuh air sket. memang sedap dicicah dengan kopok lekor nih. pastu buat teh o panas. serius pengsan kesedapan :)


yang ni pulak rojak. kebetulan semalam lepak-lepak kat rumah pastu cakap "abang, jom makan rojak" pastu dia tanya kat mana terus je jawab "Gulam Mee Kota Damansara" wahhh tak sangka hajat termakbul bilamana sang suami suruh bersiap. kitaorang lepak-lepak sambil makan rojak, char kuewtiew ngan nasi ayam. hari sejuk je baru lepas hujan, perut berdendang lagu Ekamatra haha. kalo ikotkan I lagi suka rojak kat Pekan Kuala Pilah, lebih nostalgia sebab dari kecik memang beli kat situ aje. memang sedap. dulu I dah penah buat entry pasal rojak K Pilah :). ehh tak sabar plak nak balik kampong nak makan macam-macam *dasar tekak gajah*

Puding karamel :)

Ehemmm jangan gelak hokkay. Ini percubaan pertama ahkak buat puding karamel or puding gula hangus. asik terliur tengok orang lain buat je so malam Sabtu lepas terus mencuba. tu pon bila terjumpa resipi yang simple ya amattt hehe. rupanya senang je nak buat mende nih ecehhhhcee :) *jalan dabik dadas*

ni kalo kena gelak pon redha je la sebab I memang mengaku berani mati I tak pandai masak kek, kuih-muih or coklat bla bla bla. takat masak campak2 takde method 1 or 2 okaylah. ni kang kena buat step by step confirm terkensing ahkakk :))

resipi yang I jumpa tu bahan-bahan ciput and nak buat tu macam makan nasi je. tak susah macam panjat gunung katanya kehkehkeh.

7 biji telur ayam, 1 tin susu pekat manis, 1 tin air kosong, 2 sudu vanilla esen, 2 sudu gula pasir. senang kacang khensss :) *tu pon I blur jugak kihkihkih*

oleh kerana nak cuba-cuba je so I buat separuh dari bahan-bahan asal. biasalah kalo tak menderhaka memang tak sahh kan? pepandailah sukat bahan jadi setengah hehe. nasiblah ada pengukus comel Tupperware, memang banyak jasanya. kukus kek, ikan semua bolehh :).

mula-mula cairkan gula 2 sudu supaya menjadi hangus. dah kata puding gula hangus. kihkihkih :)



pastu tuangkan adunan telur, air, susu dan esen vanila. kukus selama 45 minit. *penat akak berdiri tunggu kek tak menyabo hiii*


sambil tunggu tu tutup la dulu kak, kang terdedah plak acaner hikss :)


selepas 45 minit. ehemm Alhamdulillah menjadik. kelakarnya, siap kejutkan hubby sebab masa nih pukul 1 pagi. dia berlari turun dari atas bila dengar bini terpekik terlolong tengah-tengah malam buta. kesian dia dapat bini sengal hahaha

pastu potong bagi dia rasa. *masa ni muka dia kelat macam tertelan peria katak :))* yelah tengah-tengah malam buta disuruh rasa kek kihkihkih. nasib tak kena lempang hiks :)


hubby kata okay sedap macam makan kat rumah orang lain juga. tapi I pelik juga sebab kek I ni berongga. dah macam kek gula hangus. tapi ni puding. ke memang macam nih? arghh takpe sebab 1st time, dimaafkan :). yang penting rasa tu tetap rasa puding karamel bukan sambal petai kihkihkih.


nanti nak cuba lagi sampai jadi lebih cantik. ucapkan good luck kat I okehh :)

Thursday, February 14, 2013

Pemanggang ajaib .. magik kebabomm :)

Ehemm ehemmm mana boleh kalah hikss .. orang ada, kita pon wajib ada. walau nan hado kihkihkih :). well, tak bagus perangai sebegitu okeh cik kiahh :) no no noooo :) kang abih satu rumah pon nak serupa ngan rumah orang lain gitew. asal nampak jiran sebelah beli barang ko pon sama nak beli. hishh beruban rambut tok laki kalo gitew ..

okay, yang ni memang dah lama dihajati nak beli. masa pegi Langkawi tahun lepas, memang dah pegang dah benda nih. sekali Alya meraung cari teddy bear so kensel semua benda nak beli. tensi mak :((

Alhamdulillah Nizam, executive yang kebetulan selalu ke Langkawi melawat keluarga mertua berkesempatan beli pemanggang ajaib nih minggu lepas. before this malu nak kirim hehe kalo setakat coklat okay lagi ni takkan nak kirim benda gini kann. tapi dia sporting, janji bagi tau brand apa cemana ghupernya nanti dia carikan. and jangan lupa bagi duit okeh. kalo kirim ailio dia kata kim salam ehh :)

nih pemanggang ajaib brand HIG (Hj Ismail Group). cap Ikan takde, dah abis. maklom cuti tahun baru cina. pastu ada brand Vantage, RM129.00. tak beli sebab mahal sket hehe. sebab I pon belum reti guna takkan nak beli memahal, try and error yang murah-murah sudahlah hehe. kalo betul cara boleh je tak kisah mahal murah kan. ehh Vantage tu kat Sogo hari tu tengok tak silap dalam RM249.00 wahh kemain mahal. walhal bentuk sama, size sama, design sama entah-entah dari kilang sama cuma cop je lain-lain kannn :) haha jahatnya spekulasi I .. :D

tak sabar nak buat macam-macam nih. nak bakar nak stim nak goreng nak campak-campak dalam pemanggang magik nih. sap sap soi tettt dah siap terus hidang ala hotel 7 bintang. kelasss ko kak kiahh :). yelah dah kata magik kan? hikss :) kalo tak jadi harus nangis. kalo takde tepek kat blog tu kira tak jadilah kikiki :)

yang ni cuma RM55.00 aje. kalo kat online ada yang jual RM135-RM145 rasanya. bestnya dapat beli murah. poyo kejap hiks :) *nasib baik ada org tolong belikan*


macam biasa, stok coklat. ni untuk Alya dan papa. dorang suka makan coklat, I kurang sikit. maklom gigi dah meragam. abih tidaknya makan lah seketul dua je. I suka Toblerone. kali ni terlupa nak order ritters. Ferrero pon ada order tapi tak sampai lagi, kawan tu tertinggal kat rumahnya.


sekian entry tayang-menayang. jumpa lagi di entry yang lain pula. ok bai :)

Friday, February 8, 2013

Birthday bash part two ehem ehem :)

Ehem birthday bash part two ehemm ehemm .. hover konon. takde apa pon benonya. just makan-makan 3 of us. takde candle light dinner, hotel 5 star or naik jet ke bintang ekeke :) hover plaks I kan :) *gelak tutup mulut*

bagi I yang penting ingatan tu sudah cukup. kasih sayang, perhatian, tanggungjawab malah keperluan yang secukupnya lebih penting dan utama. itulah hadiah yang paling bermakna dari suami untuk I. I tahu hubby busy sekarang dengan fast track project, masa dengan family cuma selepas 12 malam or hari Ahad saja. so bila dia berkesempatan bawa family kuar makan or gi shopping pon sudah cukup. and I tahu coming on April have a big gift for us insyallah so I'm not demanding a present now. Our new baby Insyallah due on June, pon hadiah juga buat I and family. Alhamdulillah atas nikmatNya. tidak perlu berlebih-lebih, bersederhana itu lebih baik kan dear hubby :) *kalo nak bagi Burberry pon I okay je* :)

So malamnya kami dinner di Restoren Chinese Muslim Chan Abdullah di Seksyen 15 Shah Alam http://www.mohdchan.com.my pertama kali cuba kat sini, pon by Google aje. tengkiu encek Google, jasamu dikenang ekeke. try la makan sini. asik western, kampongstern aje. haha. I tahu hubby bukannya prefer western so takkan nak selfish kan? so decided to dinner here. Not bad. 8/10. service pantas. makanan sedap, panas-panas. yang amik order pon sedap mata memandang, good service :)

I and hubby order jus asam boi kedondong, orange for Alya. sedap. sejuk. :)


Butter prawn. sedap.


Stim Siakap Teow Chew Style. sedap. tak silap RM38.00. puas hati. sila order ini jika anda ke sana ya :)


yang ni pulak Sizzling Taufu. tak silap RM16.00. sedap jugak. I apa yang tak sedap? cuba tanya haha.


opss ada order kacang botol goreng cili api tapi tak snap pic plaks hihi. pon sedap. memang okay sangat-sangat jika bawa family ke sini. seafood okay, fresh. tak perlu pegi jauh-jauh ke Jeram, jika tidak berkesempatan. suasana pon cosy je, bersih dan selesa. harga pon berpatutan. cubalah ke sana. tak silap ada 8 cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk Rawang, Wangsa Maju. boleh klik sini jika mahu info yang lebih lengkap http://www.mohdchan.com.my  ;)

terima kasih hubby for being a good husband :) and belanja I makan sedap-sedap :)

Birthday bash part one :)

Salam Jumaat. Jumaat penuh keberkatan, hujan sedari subuh tadi. sejuk cuaca hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Dia yang memberi peluang untuk terus bernafas di usia 32 tahun hari ini. Terima kasih ya Allah :) Terima kasih di atas nikmat hidup, kebahagiaan serta rezeki yang tidak putus-putus kepada ku dan keluarga. Alhamdulillah. Semoga usia seterusnya ini akan lebih diisi dengan sesuatu yang lebih bermakna, ibadah yang lebih sempurna dan kehidupan yang diredhaiNya aminnn .. Insyaallah :)

okay, will update later. busy. maklom birthday gegirl :).  hehe hari ni baru berpeluang nak update lebih lanjut. I kan suka tulis panjang-panjang. takde orang baca pon takpe its ok hehe. yang nih birthday celebration with Alya siang tadi. Hubby work so dating berdua saja :). jangan lupa nantikan birthday bash part two :) hover kann :))

kelakarnya Alya kata nak banje mama sebab birthday mama today. papa dah cakap kat dia awal-awal pagi its mama's birthday today so diaorang wish subuh-subuh sepie. pastu lunch tatau nak gi mana sebab hujan baru berhenti. lastly decide pegi Pizza Hut Subang Bestari. orang tak ramai, aman je nak makan-makan. order pon cepat. Alya pon okay je even dia kan suka KFC. ari nih kena bagi can kat mama nak pilih hehe :)

makan salad aje? hishh tak percaya kan? haha :)


ni je order untuk lunch. sebab perut macam kenyang pulak. ni pon full loaded hehe. :)


ni kids meal, free.



buah hati mama, Alya Nur Zahra. peneman setia mama juga :). thank you sayang becoz being a good girl, such a sweet girl. behave and smart. Alhamdulillah. ini hadiah paling berharga buat I yang tiada bandingannya :).


yang kelakarnya masa nak bayar, mama tanya kat Alya duitnya mana. dia dah nangis cakap duit nanti habihhh hahaha. beria kata nak banje mama tapi bila suh bagi duit meraung kat kaunter hahahaha :) aha kedeks ikot perangai sapa ya? :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...