Tuesday, August 23, 2011

Shopping raya ..

Dah bape ari tak citer pasal makanan, masakan kan? last sekali masak Jumaat lepas hihi. yelah sebok nak balik kampong, mood pon takde nak masak. dah datang penyakit M la kot. korang tau ke M tu apa? MALAS. hihi. tapi jumaat lepas akak masak jugak walau sempoi jer. punyalah teringin nak makan rendang ayam hehe. macam tak sabar nak beraya je gayanya. walau penat and malas akak masak gak ayam, tapi takdelah buat rendang bagai. tapi takdelah berkuah sangat. yummyyy ..

pastu sabu, ahad balik kampong. heaven sungguh kalo makan kat kampong. semuanya sedap. walau tak sempat nak berbuka ngan mak ari sabtu and ahad sebab nak balik cepat, mak masakkan ikan patin masak tempoyak. whoaaaaa mavelesssss .. tengok, serba-serbi macam tak kena jer. caca-marba je sebab masa sampai Ahad tu dah dekat nak berbuka so memang main letak jer la. tinggal nak masak nasi ngan buat air jer lagi. pastu lepas berbuka terus kedabombbbb .. gi Plaza Alam Sentral sebab suamiku masih belom shopping untuk raya. baju melayu takde, baju omputeh takde. suar lom beli, kasut pon takde. apa pon takde padan muka hihi.

err ada plak gambo ikan patin ni ha.

alamak citer lain gambar lain, okay tengok gambar ni dululah yer. kang citer pasal gi shopping raya plak. ni anak dara saya. permata hati saya. kemain suka makan nasi. pastu suka makan cek mek molek. agaknya sebab ada gula dalam tu, manis jer.

pastu sambil tunggu papa solat, Alya lepak kat hall dulu. tak sabar nak berjalan walau perut kekenyangan melantak macam-macam masa buka tadi (ni mengata mak Alya benarnya hahaa) okay beg konduktor bas dah ready nak collect duit ghayerrrr hihihi ..

muka boring sebab tunggu papa lama. lepas solat, gi toilet plaks. ayoyo anak dara ni dah tak sabar nih. hihi. siap buat drama lagi konon gi kat dinding, tekan-tekan kuar duit. itu meniru aksi poyo mama dia yang withdraw duit hokayyy .. alahai anak mama, comel sungguh ahaksss ..

hishh kejap jer dah nak 3 yrs. 29 Ramadhan ni Alya kira 3 tahun la sebab dia memang lahir 29 Ramadhan 1430H. 29.09.2008. 2 hari before raya youuuu .. hihi .. cer tengok ada iras mama dia tak? debab tu ofkos la ikot mama kan? kan?? hihi

haaaa citer gi Plaza Alam Sentral Shah Alam. puas belek baju melayu, hubby asik le kata tak cantik, tak berkenan sume. so takdelah beli baju melayu dia. ingat malam nanti nak gi Bak Taylor kat Anggerik Mall plak kot ada yang dia berkenan. oh ya tahun ni tema kami hijau. hehe kelakar betol masa shopping asiklah mencari baju kaler hijau pastu tatau hijau cemana. hijau pekatkah, hijau lembutkah, hijau serinditkah atau hijau pucuk pisangkah? wkakakakaaa sendiri pon tak tau cemana nih. gara-gara rabun warna kot hahahha. last-last masuk Al Ikhsan nak tengok kasut Alya. plan nak beli sneakers jer. sport shoes macam tak sesuai plak. dia dah ada kasut pumpkin patch so kasut takyah cari. cari sandal or sneakers jer. jumpa satu yang nampak cantik, nampak ok. malas nak pikir panjang takut jadi macam tahun lepas. tak kose nak survey ke outlet lain so rembat ajer la. NIKE kaler macam pink peach kot. nasib baik ada size Alya. amik terus bayo. tak koser nak pikir panjang takut nanti outlet lain takde size. settle pasal Alya. papa jer belom jumpa selipar yang dia berkenan. tengok, susah betol orang lelaki ni kan? cerewet kalahkan pompuan. comel jer kan? kaler tak bleh lari dari pinkish. dulu ADIDAS Alya pon kaler pink. nasib baik tak muat dah kalo tak pakai yang tu jer ye Alya haha. aik anak sorang pon berkira ker? hahaa nasib anak baru sorang tapi shopping mengalahkan anak ramai benor hehe.

pastu sambil tunggu hubby belek baju melayu yang sampai ke sudah dia tak berkenan, Hani masuk Poh Kong. hajat hati nak tengok gelang tangan untuk Alya sebab gelang yang ada dah kecik. yelah budak tu pon dah besar, tangan pon dah debab hehe. belek-belek jumpa gak yang sesuai ngan range harga yang Hani rasa okay. takdelah lari bajet sebab trade in gelang yang lama dapat harga tinggi ikot harga semasa. itu pon berpeluh bila tengok harga emas sekarang dah cecah rm200/gram. wahhhh giler mahal hokayyy ..

nasib baik hubby datang ke Poh Kong masa Hani dan Alya tengah sebok mengacu gelang. baguslah, menyerah gitu hehe. apalagi bayor jer la ye bang. ala anak sorang jer bang hehe. gile tercekik nak bayor gelang budak kecik dekat 1.4k whoaaaa .. membunuh betol harga emas skang ni. sapa ada gold bar tu simpanlah baik-baik ek hehe. jangan jual dulu tunggu next year emas akan naik lagi.

bagus poh kong ni. bagi air minum, coklat, gula bagai yelah nak tackle customer kan haha? dapat gak pek angpow raya. paper bag comel tu pon dapat. beg duit makcik-makcik simpan duet syiling pon dapek.

dah beli emas mahal kemain teruslah balik. hubby dapat gak sehelai t shirt JEEP. nice shirt. malam tadi kami ke Jusco One Utama yang dah dibuka semula selepas renovation selama lebih kurang 6 bulan tutup. ada opening sales. ramai gak orang. sales biasa ajer, takde yang menarik pon. hubby dapat lagi sehelai t shirt kat Paddini. lepas ni nak cari seluar plak. yang Hani plak nak cari handbag. wahhh handbag pon nak raya gakkk .. nantilah update lagi. minggu ni rasanya kami lebih banyak berbuka di luar (yahoooooooo ..) sebab hubby lom abis shopping raya haha. sabtu dah nak balik kampong insyallah. jumpa lagi.

1 comment:

terpatrisinarabadi said...

banyak hasil tangkapan..hehehe....
beraya sakan la yer.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...