Monday, August 15, 2011

Berbuka Ramadhan ke 12 @ One World Hotel ..

Wowww ada banyak entry nak update. sebab apa banyak? sebab skang rajin snap picas makanan hihi. okay kita mulakan cerita berbuka Jumaat lepas, Ramadhan ke 12. Hani dan hubby serta Alya berbuka puasa di One World Hotel. ini majlis berbuka company hubby. rasanya first year company dia buat berbuka puasa invite spouse, maybe tahun ni keuntungan berganda-ganda hekkk .. aminnn .. bonus pon alhamdulillah memang berbaloi-baloi hubby stayback even weekend pon kena keje. harapnya tahun depan pon bonus 5 bulan lagi ye bang hihihi ..

oh ya kat hotel ni kami berbuka di Cinnamon, di bahagian bawah. Hani first time ke sini, selalunya ke One Utama ajer yang memang bersebelahan dengan hotel ni. cantik hotel ni, selesa dan senang nak carik parking walau kami dah sampai agak lewat masa tu.

Inilah permata hati mama, Alya Nur Zahra yang dah 2yrs 11mth. kejap jer kan budak gemok ni dah besar. alhamdulillah since diarhea ari tu dia dah ada selera makan and badan pon dah sedap-sedap digomol. ari tu macam kurus jer budak mok mok nih. dia sporting kalo mama suh senyum siap say cheeseeeee .. hihi .. comel alalala anak mama nih. pandai melawa hokayyy .. dah reti pilih baju apa nak dipakai kalo berjalan, kasut pilih sendiri. beg jangan lupa hokayyy .. nak isi bear ngan susu hihi ..

hehe tetiba citer makan. sebab kami sampai kat sini memang ngam-ngam time berbuka. jalan jem maklom Jumaat lepas hari hujan. kalo hujan confirm jem, kalo jem confirm hujan huahauhuahuaa. so kita terus berbuka ngan kurma and air segelas. terus amik makanan. eh lupa, salam-salam la dulu ngan member semeja hikhikhik .. makanan kat sini best-best, banyak pilihan. akak malu nak kuarkan CANON gedabak lam beg tapi bila tengok keliling ada yang selamba snap picas makanan so akak pon pantas kuarkan kamera. tapi bukan semua makanan akak snap hokayy .. kena jaga air muka hubby gak hihihi kang orang ingat bini Azhar gila syok sendiri huahuahuahuahua. amik yang sempat jer okehhh .. ni tempura sotong, sayur and udang. fuhh berbaloi beratur lama sebab dapat banyak. puas makan hokayyy .. hahaha ni jer la satu gambo makanan yang akak sempat snap. yang lelain kedaung dah masuk perut hahaha ..

ni hubby ngan member opisnya, Rizal. Rizal datang ngan tunangnya. semeja ngan kami.

ni Rizal dan tunangnya, Natrah. comel jer kan?

hahaa terus nak balik. giler tak sempat nak amik banyak picas. kena jaga air muka suami hokayyy .. dia mana suka tengok bini dia exposed beria. sket-sket sudahlah. takpe bang, ai amik mana yang patut jer ye bangg ..decorations kat lobi memang cantik. sempat gak tengok open lounge yang tengah hiruk-pikuk sapa ntah nyanyi. Alya kemain suka berjoget kat sini.

tengok, kemain aktif dia. mentang-mentang mak takleh memekik kat sini bolehlah melasak yer ..

haha sekian entry berbuka di One World Hotel. overall memang sedap. makanan banyak pilihan, sedap dan menarik. nasi rusa pon ada, sedap lebih kurang nasi arab.

so tu jer citer berbuka Jumaat lepas. lepas ni entry berbuka di luar juga tapi takdelah hotel. ni gara-gara dapo under construction hihihi. jumpa next entry ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...