Hari ke 10 berpuasa. cuaca sejuk jer hari ni, tadi dah hujan lebat. harap-harap janganlah sampai petang macam ni, susah nak balik nanti. sambil tu dok mikir nak masak apa ari ni. hari-hari tu je la kejenya. asal dah masuk tengahari, otak ni mikir resipi jer. kalo ikotkan hati nak masak simple jer. campak-campak goreng, siap. tapi takkan hari-hari macam tu kan? boring plak. ecececeeehh macam la akak ni terer masak plak konon hehe.
semalam akak dah berangan dari pagi lagi nak masak makaroni goreng. dasat tak akak? dari pagi dah berangan nak masak untuk berbuka hahaha. biasalah mak-mak ni, bersidai sambil fotostat surat pon sempat bergosip nak masak menu apa huahauhuahua.
sebab permata hati akak si Alya ni suka mee goreng, bihun atau makaroni. mee, bihun dah selalu buat. makaroni rasa macam dah lama tak buat tu yang teringin sangat tu. so semalam singgah kedai Acheh tu beli daging, karot ngan kacang buncis. lauk? hubby dah beli hati ngan paru kat pasar malam Isnin tapi tapi lom masak lagi. ingat hari ni nak buat hati goreng kicap jer la. takde idea dah. kat kedai ikan tergolek-golek jer tatau nak buat apa. ayam? fuh macam jemu je rasa. tunggulah turn 2-3 hari lagi mesti ulang tayang menu yang sama hehe.
simple je nak masak makaroni ni. bak kata uwan Alya, tutup mata dah siap masak. kalo akak tutup mata, tak masak kang terus tido heehe. bahan-bahan pon sempoi jer. yang penting nak merajinkan diri tu jer kan?? kalo rajin yang susah, yang senang confirm jadik. tambah-tambah bila anak dah pandai request nak makan itu ini.
Alya kalo nak makan, dia dah pandai cakap nak mee kurang pedas, bihun takde udang hokayyy .. baru 2yrs++ tapi pandai demand kooo .. takpelah Alya, janji Alya nak makan, mama tak kisah. pastu kalo nasi plak nak lauk fish, chicken sajer okehh .. hehe comel jer Alya kalo mintak itu ini.
okeh dari bebel-bebel penat nak tulih maklom puasa jom tengok makaroni akak yang sempoi. ni namanya Makaroni Cinta Ramadhan hahaha giler kedek bagi nama asal boleh, takmo kalah hokayyy ..
Mana tau kot korang tengah cari idea nak masak apa petang nih kann?? selamat mencuba .. eh resepi nak ke? ala sempoi jer, tutup mata pon bleh masak hehehe.
Selamat berbuka puasa ..
No comments:
Post a Comment