Ramadhan ke 13. hari Sabtu. Hani dan Alya ke pusat servis kete. maklom dah nak raya ni, dah tu plak meter kete pon dah cecah figure yang sepatutnya untuk diservis. nasib baik dah buat appointment siap-siap, walau lambat sampai dari masa yang dijanjikan, kete siap lebih awal dari mereka yang walk in hari tersebut. dalam hampir 2 jam menunggu, memang penat melayan kerenah anak dara sorang ni. nasib baik dia tak meragam.
hampir kul 12 tengahari baru selesai servis. terus balik ke rumah, cuaca panas terik betol. nak ke giant pon malas je rasa. baik balik berehat, sejukkan badan kat umah.
hampir Asar hubby call tanya nak masak apa. dah jadik rutin dia mesti call tanya nak masak apa even hari biasa kalo bukan bulan Ramadhan pon memang dia akan tanya. nak beli lauk apa? ikan apa? daging apa? hihi dah hafal dah.
oleh kerana penat balik dari servis kete (alasan), pastu kemas umah (alasan lagi) pastu pasal dapo plak (alasan lagi) terus le kami decide nak berbuka di luar ajer. dalam kepala dah terbayang-bayang hajat nak makan apa since lastweek lagi. so bagi tau hubby and dia kata okay la lepas pung pang pung pang suh masakkk jugakk hahaha. biasalah encek hubby ni memang prefer makan di rumah. sebab tu hani akan masak jugak walau lauk simple jer. yang korang tengok kat blog ni, itulah yang memang hani masak and kami makan kat rumah. memang kami ni ditakdirkan berselera kampong gamaknya huauahuahua. giler syok ayat tak hingattt hahaa. jangan salah faham, masakan kampong memang sedap tau. simple tapi sedap and yang penting berkhasiat. tapi sesekali jemu gak makan masakan sendiri. yelah seminggu 7 hari kena masak tak ke pening nak mikir menu selama 30 hari sebulan? kena gak tukar-tukar biar variasi gitu. boring gak makan mende sama jer kan?
okay, sambil tunggu hubby balik keje (kesian dia kena keje ari Sabtu), Hani siapkan Alya. hari plak dah start hujan. sejuk jer. dalam 6.20 lepas hubby balik and bersiap, kami terus kuar rumah. plan nak berbuka kat mana? haa kami nak berbuka fast food jer hehehe. kami berbuka di pizza hut subang bestari, tak jauh pon dari rumah kami. owhh kat sini tak amik reservation rupanya and nasib baik banyak tempat kosong lagi. maybe weekend ramai mak-mak yang bekerja amik kesempatan memasak sendiri kot. macam Hani dah everyday masak hokayy so alasan la ni nak cuba menu lain plak. malas pon ia gak hihihi.
ni budak gemok yang suka makan kepci. tak makan beria pon, main je lebih hihihi. tapi kali ni dia happy jer bila kata nak makan pizza. abih dipunggah pisau garfu ataih pinggan. mengemas semula katanya hihihi.
order ngam-ngam sampai time nak berbuka. orang makin ramai. tadi macam lengang jer ni dah makin penuh rasanya. order pizza pan island supreme seafood plus cheezy lava fuhh memang feveret kami sekeluarga nihh. pastu mintak asam boi fizz, tambah chicken wings. tamak sume nak order kalo buleh haha.
chicken wing sweet and spicy. maveles ..sambil menanti makanan sampai, bagi Alya kertas and pen. biar dia leka dari berlari ke sana ke mari. senyap sket kalo jumpa kertas. tak kisahlah ko nak conteng sampai koyak pon janji senyap hihi .. oh ya Alya ni macam kuat ke tangan kiri la. bagus ke tak bagus macam tu yer? puas ajar dia guna tangan kanan tapi dia still ubah ke tangan kiri bila nak pegang pen or pencil. macam mana yer??wahh khusyuk betol dua beranak ni kan. mengisi masa sebelom berbuka. chicken wing dah sampai, menggoda betol. huahauahua.asam boi fizz. sungguh maveles.yeahhh pizza island supreme our feveret dah sampai. kegemaran dari dulu, kini dan selamanya hahha. tatau la nape tekak takleh amik yang bbq ke chicken ke beef ke. nak seafood ajer tekak akak nih. tapi kalo order ramai-ramai kena consider la sebab bukan sume orang suka seafood tambah-tambah kalo ada cheezy lava tu. tapi akak sukaaaaa ..ni dia dah santap dulu sebab dia tak poser hihihihi ..haaa dari ari tu teringin nak makan ni kat Secret Recipe tapi manjang jer failed so kali ni akak nekad nak order juga haha. pencuci mulut la kekdahnya. sedap giler ..amacam menggoda tak?? rugi kalo korang tak order ni kalo ke pizza hut hihi .. jempot makan ..yang kelakarnya, lepas sampai chicken wing akak tertunggu spaggeti olio sebab nak bagi Alya sekali sampai ke sudah tak sampai-sampai. bila tanya hubby, dia kata mana ada order. eh ye ke? akak ngelabah macam biasa haha. pangge budak yang serve akak amik order tadi, tanya dia mana spagetti olio akak. dia kata "eh bukan ke akak tak jadik order sebab ari ni spagetti takde, ganti ngan bla bla" ahahahha giler ngelabah aku ni camne bleh lupa. memang masa order tu budak dah cakap spagetti dah abis tapi kalo nak olio gak dorang ganti ngan fuccini ke apa ntah namanya. hahaha teruk betul tu la tamak lagi hahaa ..
No comments:
Post a Comment