Friday, August 5, 2011

Berbuka Ramadhan ke 5 ..

Salam ..

Hari Jumaat, hari kelima umat Islam berpuasa. cuaca pon mendung jer, sejuk. Alhamdulillah gigi pon dah semakin elok, takde bengkak-bengkak lagi, takde bad temper lagi huhuhu.

So, kalo akak dah sihat, kenalah masuk dapur semula huahuahua. Mc dah lama sangat, tokei pon marah hahaa. bengang jer asik dapat menu sempoi jer such as mee goreng, bihun goreng. dia nak makan nasi jugak maklom tekak kampong. eh tekak kampong konon akak pon sama gak hahaa. kena makan nasi juga walau berikrar angkat sumpah beria nak diet. okay la tu, seminggu 2 kali jer hidangkan nasi kan? so selang-seli ngan makanan lain contoh mee goreng, makaroni sup atau bihun. Alya pon bleh makan sekali. kesian dia kalo mama masak pedas-pedas, takkan ikot tekak mama papa jer kan???

semalam rasa macam dah okay sket. jangan memain sakit gigi, rasa macam lagi sakit dari bersalin koo. hahaa tak menahan asik nak mengamuk jer tapi nasib baik akak ni jenis kalo sakit diam jer. diam menahan kooo .. haha.

so balik dalam kul 4.45 sebab boss takde, hari plak hujan renyai-renyai. bulan puasa ni waktu bekerja dari 8.30 pg-5.00ptg jer. kalo tahun lepas boleh pilih, masuk 8pg boleh balik 4.30 ptg tapi ramai yang amik kesempatan termasuk akak, datang macam biasa 8.30pg tapi balik kul 4.30ptg. pandai kan?? datang lambat balik cepat mana undang-undang ko ikot?? huhu tahun ni balik awal setengah jam jer. nasib baiklah umah cuma 10km jer dari opis, heavennya tak meredah jem. sempat la akak singgah kedai acheh beli barang-barang sket.

amik Alya kat umah babysitter then terus pecut balik umah sebab hujan semakin lebat. ngam-ngam sampai umah, nasib baik tak lencun. bukak chanel 550 NATGEO, letak crispy ngan air oren kat depan tv bagi Alya leka so takdelah dia mengacau mama sebok kat dapo kang. huhuhu tapi kadang-kadang datang juga ke dapo tanya itu ini kenalah melayan dengan sabar. "mama, fish tu makan apa?" "mama, crocodile tu kena potong ek" "mama, penguin makan fish ke?" sabarr ..

plan nak masam ayam kurma, acar rampai dan ikan bakar, best tak menu akak semalam?? best giler hahaha. terror tak akak masak untuk berbuka? macam tak cukup kaki tangan kooo .. mana nak perap ikan, mana nak masak ayam, mana nak kupas nenas. terror gila hahaha berpeluh akak kat dapo. nasib baik gigi dah beransur pulih kalo tak, tak merasa la suami tersayang nak makan sedap camni. sedap ke?? sedap la dah isteri yang masak kan??

mula-mula perap ikan siap-siap, biarkan dalam setengah jam baru letak lam frying pan atas dapo. api kecik ajer. pastu baru ler akak masak ayam plak. ayam kurma ni feveret Alya. memang dia suka. bubuh kentang. karot akak lupa beli. tomato pon sama. takpe janji ada ayam ahahhaa.

ni tengok ikan kembong yang akak bakar semalam. bahan-bahan nak perap senang jer. serai, bawang besar, bawang putih, air asam jawa, kari ikan adabi + kari daging adabi, gula, garam secukup rasa. nahh senang kan? dari nak beli kat pasar ramadhan mahal giler tu baik masak sendiri kann??

pastu akak buat acar rampai nenas. first time buat sendiri. selalunya tadah anak tekak jer kalo balik umah emak. tau-tau dah siap, magik kan emak akak? hahaha. weh siap beli cuka ni, first time beli cuka. tu pon nak citer? saja la nak bagi tau korang akak ni baru belajar buat acar rampai haha. bangga la kan?

ni ikan tengah dibakar lam frying pan. saja beli 3 ekor jer ikan kembung. kang banyak-banyak sapa nak makan. beli pon size yang sedang-sedang, manis jer isinya. sedapp ..

okay ayam masak kurma pon dah masak. ayam pon masak setengah ekor jer. cukup sampai ke sahur, yang makan pon 3 orang jer lam umah ni. Alya makan berselera sungguh. memang faveret dia pon.

hanya hubby yang pegi pasar ramadhan, akak memang tak kuasa. sebab terkejar-kejar nak amik Alya, balik nak masak. pastu memang kalo boleh nak dielakkan pegi ke pasar ramadhan atau param ni. harga gile mahal, mencekik betol pastu bukannya sedap. tengah menahan lapar, semua yang kita pandang nampak sedap so mesti nak dibeli. abis le 20 hengget kalo ke param kan?? beli ayam percik, air tebu, roti john, murtabak bla bla ayam golek bla bla weh ni bulan ramadhan nak berjimat ke nak membazir? patutnya bulan ramadhan kita dapat kurangkan belanja sebab makan hanya sekali di waktu berbuka so camne boleh berbelanja lebih tu? Hani minta maaf kalo ada readers yang baca entry ni mencebik terasa or apa saja tapi Hani cuba tekankan dalam family kecil Hani ni, kita cuba berjimat. tujuan puasa apa? kalo kita tahu tujuan puasa itu apa, insyallah kita takkan membazir. okey kuliah maghrib ye kak timahh .. hubby cuma beli murtabak ayam dan daging 2 keping dan kuih gula melaka. kurma memang sentiasa ada stok kat rumah. air, buat jer air oren sunquick tu. kalo nak tukar selera Hani buat teh o ais limau atau sirap selasih. kalo beli dah bape hengget?? hiiii sayangnya duit kann?? ke akak ni kedekut?? haha.

tengok Alya, kemain happy lepas makan nasi first round huahuahua. ni Hani suap before berbuka puasa. once nasi masak jer terus bubuh lam pinggan dia, buh kuah kurma dan ayam letak kentang. kacau dan biarkan sejuk kejap terus suap kat dia. memang dia suka makan macam ni. suap ni kadang2 dia sendiri suap tapi mamanya kalo pemalas nak mop lantai takut abis kecah, mama ler suap elok2 haha. tu pon tengok mood gak. atau ikot mana sempat la.

hahhh peaceee .. tak abih2 peace sambil nyanyi lagu Please Please Please ..

haaa kelakar bila ingat balik. punyalah excited buat acar rampai sampai terlupa letak bawang. cuba tengok gambo acar rampai kat belah atas, tu takde bawang hahaha. tengah makan baru perasan apa yang kurang. sekali tengok baru perasan bawang takde. hahaha giler excited punya pasal. hubby senyum jer tengok bininya ngelabah sakan. maklom first time buat kan?? biasala tu, janji menjadi and sedap kan bang??

hokayy bab yang ditunggu yer kak timahh .. ikan bakar saya sudah masakkk .. alhamdulillah menjadi jugak. ni kali baper ek masak?? rasa kali ketiga kot. cicah ngan cili padi bubuh bawang and kicap. fuhhh hubby senyum sokmo makan ni ngan budu. sedap kan bang?? bukan takat sedap yang penting jimat. ikan bakar bape hengget kat pasar ramadhan? apa 5 hengget?? sekor 5 hengget? baik masak sendiri kann???

hokay sekian entry juadah berbuka kami semalam. ari ni lom ada idea nak masak apa. tadi terbayang sup tulang. fuhhh pagi hari dah pikir nak makan apa haha. korang prefer masak sendiri or beli? Hani faham kalo yang bekerja jauh dari rumah, nak redah jem balik umah memang satu hal, dah dekat Maghrib baru sampai mana sempat nak masak kan?? takpelah, boleh jer beli kat pasar ramadhan ala kadar asalkan jangan membazir.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...