Friday, August 12, 2011

Berbuka Ramadhan ke 11 ..

Salam puan-puan semuaa .. harap sihat hari ni dan menjalankan ibadah poser dengan sempurna .. Jumaat, 12 Ramadhan 1432H. mesti ramai yang kuar lunch ari ni. walaupon lutut longgar jer, badan macam tak bermaya jer tapi kalo bab cuci mata, shopping moping ni harus segar semulaaa .. kannn ..

minggu ni dah minggu kedua berpuasa. tinggal 2 minggu je lagi kita akan menyambut 1 Syawal. mesti puan-puan sedang sibuk memikirkan apa yang nak dibeli. ada 2 kali Jumaat je lagi ni puan-puan hihi. masa lunch ni ler ramai yang amik kesempatan ke PKNS kalo kak limah dok area Shah Alam la. kalo yang keje area KL, confirm puan-puan gojes sumer gi Jalan TAR kan? confirm SOGO penuh time ni. lunch hour 2 jam terus jadik 3 jam setengah hihi. kut ler 2 jam rehat, buatnya kena potong 1 jam sebab nak balik awal? confirm terlajak jugekkk kann puan-puannn .. ni berdasarkan pengalaman akak la, harap kalo silap tu jangan marah yer puan-puan huahuahua.

wahh meriahnya rasa. dah terngiang-ngiang lagu raya nih. my doter pon dah pandai nyanyi "balik kampongg .. ooo balik kampong" sebab dah kuar iklan raya lagu arwah Sudirman kat tv. tergelak dengar dia nyanyi, papanya jeling sokmo sebab our doter sebok dok sebut nak balik kampung. kampung sape? ofkos ler kampung mamaaaa .. huahuahuahua. papa, jangan marah okayyy bukan mama yang ajar tau, Alya sendiri yang choose kampung mana yang dia lebih suka. huahuahua harap papa tak baca entry ni hahaha.

tadi lunch Hani pon kuar juga walau ikotkan tak larat sebab migrain dari pagi tadi. agaknya sebab banyak berfikir kot. pikir bonus tak masuk-masuk ler nih hahaha. gi Plaza Masalam di Seksyen 9. nak gi KL jauh benor mau tak balik opis kang haha. kat sini pon ramai orang dah mula shopping raya. happening sungguh!

kalo tak kerana nak carik kasut my doter tu, takdenya nak merayap ke sini. nasib baik jumpa juga yang dihajatkan. pastu terus le balik opis, tak larat nak cuci mata lama-lama, poket pon duit tak ramai hihi.

oh ya saja nak bagi korang cuci mata kat sini plak. akak letak masakan semalam. sempoi ajer. masakan kampong. puas fikir nak masak apa. gi kedai acheh tu tawaf 12 kali area ikan udang bagai tu. kalo 7 kali tawaf kat Mekah dah buleh buat umrah dahh huauhuahua. pon takde idea. jumpa plak ikan yang sama macam hari Rabu, sebijik. confirm ikan lama. lagilah merapu takde idea nak masak. last-last amik sardin tin besar. amik santan, amik kunyit. sayur takyah beli sebab masih banyak kat dalam esbok. amik udang segenggam. bayar. terus balik. wah kira cepat gak settle bab beli barang ari nih.

ni ler masak lemak cili api sardin campur kentang. ni memang masakan kampong sungguh. sedap. kalo campur belimbing pon sedap okehh .. tapi kali ni takde belimbing so campur kentang, bawang ajer. sedappp .. pastikan anda masak gunakan api yang kecil supaya sardin boleh dimasak lebih lama, lebih sedap.

yang ni sayur campur. macam boring jer kan, berturut hari buat masakan sama tapi sayang plak nak buang sayur yang ada sebab kalo masak ni guna sket jer sayur. yelah campur tu sket ni sket dah jadi banyak. paling best sebab ada udang, lebih sket dari semalam. lagi best kalo ada udang kapas. tapi kedai acheh tu tak jual plak udang kapas. takpelah janji ada udang.

pastu sempat gak goreng ikan sepat masin buat pembuka selera youu .. ada telur asin jugekkk .. wahhh sedap ..

ulam-ulaman pon ada jugak maklom akak kan orang kampong hehe ..

yang ni bukan akak masak. ni beli kat bazaar ramadhan oleh hubby. akak tak makan sebab kurang suka. jamah juga sket buat amik hati laki hehe. tapi kan, yang hubby buat dulu lagi sedap (yang tu confirm akak makan beria okehhh) ..

and ada sedikit kuih-muih yang hubby sempat beli kat bazaar. roti jala, kuih akok dan agar-agar.

ni agar-agar yang kurang molek jer rupanya tapi makan je la jangan banyak komplen hehehe

yer, ni ler hidangan kami sekeluarga semalam. alhamdulillah masih mampu sediakan makanan untuk hubby walaupon kepala dok mikir apa ke menu nak masak. hari-hari pikir menu pon uban bleh tumbuh yer puan-puan.

mana lah tau puan-puan takde idea nak masak ari ni, boleh cuba masakan kampong Hani ni. sempoi dan mudah dimasak dan menyelerakan. selamat berbuka puasa puan-puan!

*** yeaa hari ni takyah pening fikir nak masak apa sebab kami berbuka di luar saja. bestnya! tunggu update Hani kat mana destinasi berbuka kami itteww .. jumpa lagi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...