Tuesday, August 23, 2011

Shopping raya ..

Dah bape ari tak citer pasal makanan, masakan kan? last sekali masak Jumaat lepas hihi. yelah sebok nak balik kampong, mood pon takde nak masak. dah datang penyakit M la kot. korang tau ke M tu apa? MALAS. hihi. tapi jumaat lepas akak masak jugak walau sempoi jer. punyalah teringin nak makan rendang ayam hehe. macam tak sabar nak beraya je gayanya. walau penat and malas akak masak gak ayam, tapi takdelah buat rendang bagai. tapi takdelah berkuah sangat. yummyyy ..

pastu sabu, ahad balik kampong. heaven sungguh kalo makan kat kampong. semuanya sedap. walau tak sempat nak berbuka ngan mak ari sabtu and ahad sebab nak balik cepat, mak masakkan ikan patin masak tempoyak. whoaaaaa mavelesssss .. tengok, serba-serbi macam tak kena jer. caca-marba je sebab masa sampai Ahad tu dah dekat nak berbuka so memang main letak jer la. tinggal nak masak nasi ngan buat air jer lagi. pastu lepas berbuka terus kedabombbbb .. gi Plaza Alam Sentral sebab suamiku masih belom shopping untuk raya. baju melayu takde, baju omputeh takde. suar lom beli, kasut pon takde. apa pon takde padan muka hihi.

err ada plak gambo ikan patin ni ha.

alamak citer lain gambar lain, okay tengok gambar ni dululah yer. kang citer pasal gi shopping raya plak. ni anak dara saya. permata hati saya. kemain suka makan nasi. pastu suka makan cek mek molek. agaknya sebab ada gula dalam tu, manis jer.

pastu sambil tunggu papa solat, Alya lepak kat hall dulu. tak sabar nak berjalan walau perut kekenyangan melantak macam-macam masa buka tadi (ni mengata mak Alya benarnya hahaa) okay beg konduktor bas dah ready nak collect duit ghayerrrr hihihi ..

muka boring sebab tunggu papa lama. lepas solat, gi toilet plaks. ayoyo anak dara ni dah tak sabar nih. hihi. siap buat drama lagi konon gi kat dinding, tekan-tekan kuar duit. itu meniru aksi poyo mama dia yang withdraw duit hokayyy .. alahai anak mama, comel sungguh ahaksss ..

hishh kejap jer dah nak 3 yrs. 29 Ramadhan ni Alya kira 3 tahun la sebab dia memang lahir 29 Ramadhan 1430H. 29.09.2008. 2 hari before raya youuuu .. hihi .. cer tengok ada iras mama dia tak? debab tu ofkos la ikot mama kan? kan?? hihi

haaaa citer gi Plaza Alam Sentral Shah Alam. puas belek baju melayu, hubby asik le kata tak cantik, tak berkenan sume. so takdelah beli baju melayu dia. ingat malam nanti nak gi Bak Taylor kat Anggerik Mall plak kot ada yang dia berkenan. oh ya tahun ni tema kami hijau. hehe kelakar betol masa shopping asiklah mencari baju kaler hijau pastu tatau hijau cemana. hijau pekatkah, hijau lembutkah, hijau serinditkah atau hijau pucuk pisangkah? wkakakakaaa sendiri pon tak tau cemana nih. gara-gara rabun warna kot hahahha. last-last masuk Al Ikhsan nak tengok kasut Alya. plan nak beli sneakers jer. sport shoes macam tak sesuai plak. dia dah ada kasut pumpkin patch so kasut takyah cari. cari sandal or sneakers jer. jumpa satu yang nampak cantik, nampak ok. malas nak pikir panjang takut jadi macam tahun lepas. tak kose nak survey ke outlet lain so rembat ajer la. NIKE kaler macam pink peach kot. nasib baik ada size Alya. amik terus bayo. tak koser nak pikir panjang takut nanti outlet lain takde size. settle pasal Alya. papa jer belom jumpa selipar yang dia berkenan. tengok, susah betol orang lelaki ni kan? cerewet kalahkan pompuan. comel jer kan? kaler tak bleh lari dari pinkish. dulu ADIDAS Alya pon kaler pink. nasib baik tak muat dah kalo tak pakai yang tu jer ye Alya haha. aik anak sorang pon berkira ker? hahaa nasib anak baru sorang tapi shopping mengalahkan anak ramai benor hehe.

pastu sambil tunggu hubby belek baju melayu yang sampai ke sudah dia tak berkenan, Hani masuk Poh Kong. hajat hati nak tengok gelang tangan untuk Alya sebab gelang yang ada dah kecik. yelah budak tu pon dah besar, tangan pon dah debab hehe. belek-belek jumpa gak yang sesuai ngan range harga yang Hani rasa okay. takdelah lari bajet sebab trade in gelang yang lama dapat harga tinggi ikot harga semasa. itu pon berpeluh bila tengok harga emas sekarang dah cecah rm200/gram. wahhhh giler mahal hokayyy ..

nasib baik hubby datang ke Poh Kong masa Hani dan Alya tengah sebok mengacu gelang. baguslah, menyerah gitu hehe. apalagi bayor jer la ye bang. ala anak sorang jer bang hehe. gile tercekik nak bayor gelang budak kecik dekat 1.4k whoaaaa .. membunuh betol harga emas skang ni. sapa ada gold bar tu simpanlah baik-baik ek hehe. jangan jual dulu tunggu next year emas akan naik lagi.

bagus poh kong ni. bagi air minum, coklat, gula bagai yelah nak tackle customer kan haha? dapat gak pek angpow raya. paper bag comel tu pon dapat. beg duit makcik-makcik simpan duet syiling pon dapek.

dah beli emas mahal kemain teruslah balik. hubby dapat gak sehelai t shirt JEEP. nice shirt. malam tadi kami ke Jusco One Utama yang dah dibuka semula selepas renovation selama lebih kurang 6 bulan tutup. ada opening sales. ramai gak orang. sales biasa ajer, takde yang menarik pon. hubby dapat lagi sehelai t shirt kat Paddini. lepas ni nak cari seluar plak. yang Hani plak nak cari handbag. wahhh handbag pon nak raya gakkk .. nantilah update lagi. minggu ni rasanya kami lebih banyak berbuka di luar (yahoooooooo ..) sebab hubby lom abis shopping raya haha. sabtu dah nak balik kampong insyallah. jumpa lagi.

Akak tokei kerepek bawang comel ..

Salam Ramadhan ke 23 .. dah bape hari tak update blog ni. masak tetap masak tapi tu ler, kesibukkan yang buat terbatas nak on lappy nak update segala mende.

Sabtu lepas berbuka Hani dan hubby serta Alya balik ke kampung. tujuan nak amik kerepek bawang yang Hani jual. yer, tak sangka tahun ni adalah tahun ke 7 Hani jual kerepek bawang. dari beberapa kilo hinggalah mencecah lebih 100kg, ya Allah macam tak percaya.

ikutkan tahun ni memang tak plan nak jual kerepek bawang cute mute sebab ramai kawan-kawan ofis dah pindah ke bangunan baru nun jauh di Oasis, Ara Damansara. tapi disebabkan permintaan yang begitu tinggi and kawan-kawan luar pon ramai yang order so tahun ni Hani jual juga. bukan nak sombong atau poyo tapi betol, nak mikir macam mana nak hantar ke tempat yang agak jauh rasa macam tak berbaloi tapi bila fikirkan kawan-kawan yang setia order selama 7 tahun ni, Hani rasa seronok sangat nak terus menjual kerepek bawang every raya. so itulah sebabnya minggu ni busy sungguh, nak distribute kerepek ke serata shah alam. alhamdulillah Allah bukakan jalan rezeki untuk Hani sekeluarga raya ini. ada juga rezeki raya yang boleh dikongsi dengan keluarga, aminn ..

Ahad dah balik ke shah alam semula. balik sebelum berbuka, mak dah masakkan siap-siap lauk untuk anak kesayangannya dia ni sebab dia tau nanti sampai dah lewat mana sempat nak masak bagai hihi. tengkiu mak sebab support anakmu ini. mak masak ikan patin tempoyak. sedap. maveles mak. love mak. hihi.

nampaknya kalo serius nak berbisnes kenalah tukar kete besor sket hehehe kan bang. tapi alhamdulillah semua order dah selamat dihantar and yang extra stock pon dah abis dijual. alhamdulillah, aminn .. hilang penat lelah dari kampong angkut kerepek ke sini. berbaloi.

tahun depan insyallah Hani nak promo kerepek ni lebih luas lagi. sebab 7 tahun berjual di ofis, kawan-kawan rapat sahaja tapi sambutan memang menggalakkan.

ni masa baru sampai dari kampung terus ke ofis, loading semua kerepek sebab kereta dah sarat sangat. gila lebih 70kg nak letak dalam kete? ranap kete den. hujan tu, sian kerepek hehe.

inilah kerepek bawang cute mute akak. akak jual sekilo rm15/kg. 1kg ada 2 pek. kiranya 1 pek tu ada setengah kg. memang makcik buat 1 kg 2 pek. comel kan? oh ya harga tu maintain dari 2004 lagi yer. next year baru naik harga. yelah dah 7 tahun maintain kan?

kerepek bawang ni special sebab dibuat dalam size yang kecik. bukan kerepek bawang yang sekeping besar tu. kecik senang masuk mulut and tak membazir pon. comel and cute. itu ramai yang minat kot hehe perasan.

ekekke pinjam kotak ofis sementara loading nak distribute ke customer. alhamdulillah ari ni dah settle semuanya. untung bleh shopping yeahhhh ..

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Ramadhan ke 17 ..

Ewhhh hari ke 17 Ramadhan. makin takde idea nak masak. hari ni negeri Selangor cuti Nuzul Quran, rasanya ramai yang amik kesempatan untuk membeli-belah. akak? akak tak ke mana, dok umah jer sebab hubby keje. actually dia pon cuti tapi sebabkan site banyak keje maklom raya nanti nak cuti panjang so kenalah siapkan keje mana yang patut.

akak malas nak drive kuar ke kedai. panas. so masak je la apa yang ada lam esbok. tengok-tengok ada daging, ada sotong, ada ayam segera hehe. so masak itu jer. SMS hubby minta belikan roti john atau murtabak kut dia singgah bazaar nanti. tu jer. sempoi kan akak?

dah masuk minggu ke tiga berpuasa, mulalah rasa malas nak masak. mulalah terbayang keenakan nasi arab, mulalah nampak kenny rogers tu sedap wakakakkaa. biasalah kan. hot fm pon pagi ni citer pasal kemalasan nak memasak bila dah masuk minggu ke 3 berpuasa. yelah, jemu gak makan masakan sendiri. pastu menu pon lebih kurang jer kan??

takpelah nextweek maybe nak try berbuka kat luar plak. bukan membazir tapi sesekali tukar selera apa salahnya kan kak limah? bukan la ke hotel yang sah-sah berbintang-bintang nak bayo tu, restoren pon ok jugak. nasi arab pon sedap. eh dah 2 kali sebut ni, memang confirm teringin ler tu. hehe.

so semalam goreng daging masak kicap, singgang sotong, goreng ayam segera. ada lebihan singgang ikan semalam yang masih elok sebab taruk asam keping kan? cool jer kan. tu pon selera gak makan.

Berbuka Ramadhan ke 16 ..

Salam Ramadhan ..

menu berbuka ari ni sempoi giler. takde idea yang bernas nak masak apa. janji masak. sebab hubby berbuka kat luar ngan contractor. malas nak ikot sebab tak ramai spouse yang ikot. kang segan plak ngan member2 dia. baik berbuka kat rumah ajer. tahun ni macam kurang meriah jemputan berbuka dari contractor. apakah inflasi? huahauhua ..

so berbuka ngan Alya jer. pon selera gak dia makan hehe. ikan tongsan masak singgang, sup cendawan, goreng ayam segera. siap. pantas dan mudah. senang.

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Ramadhan ke 15 ..

Salam Ramadhan ke 16.

wah kat opis Hani dah meriah dengan kehadiran kuih raya. ekeke kehadiran youuuu .. sorang demi sorang tokei datang hantar stok kuih raya yang dah diorder. kali ni agak awal sedikit mungkin kerana opis yang dah berpindah ke kawasan baru jadi jauh la sket nak ngantor stok. takpe, simpan je kuih-muih kat opis ni, nextweek baru bawak balik rumah. kang bawak balik awal-awal memang tinggal serbuk je kang hehe.

sedar tak sedar baru perasan kuih raya yang diorder banyak mana. haaa tu ler time order tak ingat, sedap jer jari tu menunjuk kan? asal sedap order, order and order. takpe, masih dalam bajet kira okay lagi. jangan lupa nak bagi mertua ke kak ipar ke biras ke madu ke huahauhauahua.

Hani terus-terang memang tak pandai nak buat kuih raya ni. biskut ke apa ke memang tak reti. sumpah. lom ada keinginan nak membakar biskut, maybe lom sampai seru. takat biskut batik tuk reti ler. hehe oven pon takdek ni tengah bodek hubby suh belikan hat yang simple pon jadilah. maybe kekurangan Hani ni la yang buat tokei kuih untung. yelah kang kalo takde orang macam Hani ni sapa nak beli kuih dorang? hahaha sesama membantu kekdahnya hikhikhik ..

tapi akak boleh masak hokayyyyyyy .. masak sempoi jer la pon hehe. takat nak bagi anak, laki makan. semalam akak masak jugak walau mata kena infection. tu ler tetiba lense buat hal plak. macam tau-tau jer 19hb ni duet masuk hehehe. saja jer kan sume nak kena tukar. so balik semalam terus bukak lense siap-siap, cuci muka, tukar baju terus masuk dapo yang berkilat memancar-mancar sebab baru dibersihkan euwwww tu pon nak citer ker? hhaa

semalam akak masak lauk kampong lagi yer puan-puan. masak lemak cili api ikan bawal daun kunyit. wei apa ke mahal benar ikan bawal ni sekor rm8/- sekor? size sedang-sedang ajer. cukup ler kami anak beranak makan, siap sampai ke sahur lagi. senang jer nak masak ni, pejam jer mata hehe. bahan-bahan pon mudah jer. kunyit hidup, cili api, santan, ikan bawal, daun kunyit. masakkan santan ngan cili api tu dulu. biar dua kali terbit minyak baru masukkan ikan. pastu kecikkan api biar ikan masak lama sampai naik minyak. sedap, cubalah. saja bagi resipi mana tau ada readers yang teringin nak masak cara orang Kuala Pilah macam Hani nih hehe. cubalah, memang sedap nyum nyummmmm ..

sayur? tatau dah nak masak apa. balik-balik sawi, kangkung, kobis, karot. lama tak masak taugeh rasanya. so semalam beli ler sket taugeh ngan tauhu 2 keping. sedap, makan panas-panas.

yang ni pembuka selera sungguh. perah asam limau tu banyak-banyak. makan ngan nasi panas-panas. wahhhh laju jer suapan tu. ari ni nak masak lagi la hehe. ikan sepat, ikan kembung ngan ikan gelama kering. sedap.

pastu buat jer air sirap laici. senang dan sedap diminum, tak perlu membazir beli kat bazaar ramadhan. buat sendiri puas hati nak minum bape gelen pon. wahhh sejuknyaaaaa ..

semalam hubby singgah bazaar ramadhan cuma beli kuih onde-onde dan roti john. so far kami belom berbelanja sakan kat bazaar ramadhan, alhamdulillah. beli mana yang nak dimakan and tidak membazir. yang penting kita manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk tingkatkan kesedaran ada saudara seagama kita di Somalia yang tidak berpeluang menjamah makanan walau secubit roti, masyaallah. moga mereka dilindungi Allah swt di dalam bulan yang mulia ini, amin ..

Monday, August 15, 2011

Berbuka Ramadhan ke 14 ..

Waahh, Isnin 15 Ramadhan. 15 hari juga kita dah selamat menunaikan ibadah puasa. dan secara rasminya mengikut undang-undang radio (ada ke?) maka kita dah boleh pasang lagu raya yeaaaa .. haha .. pagi tadi on the way ke opis, kemain bersemangat bila dengar lagu raya kat Hot fm. bukanlah bermakna bila dengar lagu raya baru bersemangat nak raya, bukan ye kak timah. maksud Hani, keterujaan nak sambut raya makin bertambah. hati pon berkobar-kobar nak meningkatkan ibadah dalam Ramadhan yang mulia ni. malah sedih juga bila mengenangkan bila Syawal makin hampir maka Ramadhan akan pantas meninggalkan kita. inilah Bulan Mubarak yang memberi kita peluang untuk mempertingkatkan ibadat dan amalan, insyallah.

lagi 2 minggu kiranya kita akan menyambut Syawal. memang masa pantas berlalu. jangan dilupa zakat fitrah. tugas kita sebagai isteri, ingatkan suami agar dia tidak lupa membayar zakat fitrah di kaunter-kaunter zakat yang banyak dibuka malahan di shopping mall, di Petronas, di Giant malah di merata-rata tempat ada kaunter zakat ni. kalo ke masjid atau surau sudah semestinya ada. jangan lupa tunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah walau kita sibuk nak shopping sampai lebam biji mata sekalipon.

mana yang dah dapat bonus tu, hati-hati kala bershopping, jangan sampai anak hilang plak. leka bershopping anak ntah ke mana. lagi satu, kalo setakat nak beli barang-barang keperluan selain baju, kasut anak, tak payahlah bawak anak kecik ke shopping mall. sebab tempat tu sesak, kesian anak-anak kecil yang kena heret dek mak pak yang sebok nak shopping langsir, cadar atau pinggan mangkuk raya. melainkan nak beli baju kasut tu takpelah bawak sekali. selain dari itu silalah tinggalkan anak anda kat rumah, ngan maid ke nenek dia ke atau bbsitter. janji tak usah bawak ke mall, dah la tempat tu sesak, budak-budak pon tak selesa.

apalagi nak bebel? ada 15 hari lagi nak membebel so takyahlah panjang-panjang ari ni. kang marah plak orang hehehe. jom citer pasal menu semalam. ye semalam akak masak. giler ko tak masak dah 2 hari berbuka kat luar, big boss dah bagi hint suh masak. so kena taat perintah ye puan-puan. dah la hubby banyak membantu kerja-kerja kat rumah minggu ni so kenalah amik hati dia. bukan amik hati dia dalam badan tu haha amik hati jaga hati la konon okehhh ..

ahad. lepas sambung kerja umah dari malam sabtu sebelumnya, kami berehat ajer. lepas pukul 2 petang baru kuar. nak cari barang dapur sket. pastu nak beli barang-barang basah sket. tatau nak masak apa lom ada idea sampailah ke Econsave baru tau nak beli apa. malas nak ke Giant sebab tak plan nak beli barang2 kecuali sedikit barang-barang basah je, tak berbaloi plak kan so ke Econsave ajer la. pon ramai gak orang.

last2 nampak udang besar @ rm18.99/kg. terus amik plastik and pilih-pilih. pastu amik asparagus plak. tak penah masak tapi teringin sebab nampak lam program masakan kat tv dulu, macam senang jer masaknya. okay campak 2-3 barang, buah-buahan, air tin dan makanan Alya. bayar terus balik. giler sekejap jer kat sini. sebab dah pukul 5.30 masa ni, kang nak singgah beli santan plak kat kedai acheh kat umah.

keletang keletung kat dapo. hepi masak kat dapo yang dah bersih dah ditukar baru hehe okaylah baru hepi nak masak kann?? walau masak sempoi jer ada aku kisah? janji bersih. eh kalo akak masak sempoi ni ada ke yang kisah? takkanlah masak sempoi pon ada yang dengki? hishhh giler ke apa hehehe. bagi yang tak sempat masak masa hari bekerja tu, cubalah sediakan bahan-bahan seperti bawang, cili, halia yang dah diblend siap-siap. macam akak masak sket jer so bahan-bahan pon sket and sempoi takdelah susah payah masak berjam-jam dapo tu. yang penting bersih, sedap dan berkhasiat yer puan-puan.

semalam akak masak gulai udang berserai. masak lemak cili api ofkos. sedap? tatau la tapi hubby tambah 3 pinggan. sedap la kot. hehe. ni masak pon senang. bahan-bahan pon sket jer. cili api, serai, kunyit, santan. campak-campak lam periuk dah masak. giler senang.

ni asparagus goreng ngan udang. akak ni selalu takde rezeki nak beli udang kapas tu. susah betol nak jumpa. kalo ada udang kapas tu lagi sedap kan? takpelah guna jer udang yang kecil nih. sedap jugak jadinya.


pastu akak goreng mee. mee ni kegemaran anak dara akak tu, Alya. buat pon tak pedas so memang budak-budak bleh makan. feveret anak kan? kesian plak dia nak makan gulai yang pedas sket tu. takpe Alya mama tak kisah masak mee walau jemu tapi happy tengok Alya makan berselera.

wah sambil makan sempat paling belakang tengok tv. selalunya Alya santap dulu sebelom time berbuka. so that time dia takdelah mengacau atau terjerit pekik nak itu ini.

and, tak lupa juga air special nih. ni resipi dari emak Hani. tatau mana dia dapat atau tiru kat mana-mana tapi Hani memang suka sangat minum air ni sampai kembong perut hahaha. bahan-bahannya, laici, fruit cocktail, aiskrim soda, susu cair dan sirap. fuhhh maveles okay jangan amalkan giler heavy nihh .. sesekali hokayyy ..

burppp alhamdulillahhh .. hari ni pening lagi nak mikir menu apa. jumpa lagi esok kalo rajin snap picas bleh la tengok menu apa Hani masak. selamat memasak!

Berbuka Ramadhan ke 13 @ pizza hut ..

Ramadhan ke 13. hari Sabtu. Hani dan Alya ke pusat servis kete. maklom dah nak raya ni, dah tu plak meter kete pon dah cecah figure yang sepatutnya untuk diservis. nasib baik dah buat appointment siap-siap, walau lambat sampai dari masa yang dijanjikan, kete siap lebih awal dari mereka yang walk in hari tersebut. dalam hampir 2 jam menunggu, memang penat melayan kerenah anak dara sorang ni. nasib baik dia tak meragam.

hampir kul 12 tengahari baru selesai servis. terus balik ke rumah, cuaca panas terik betol. nak ke giant pon malas je rasa. baik balik berehat, sejukkan badan kat umah.

hampir Asar hubby call tanya nak masak apa. dah jadik rutin dia mesti call tanya nak masak apa even hari biasa kalo bukan bulan Ramadhan pon memang dia akan tanya. nak beli lauk apa? ikan apa? daging apa? hihi dah hafal dah.

oleh kerana penat balik dari servis kete (alasan), pastu kemas umah (alasan lagi) pastu pasal dapo plak (alasan lagi) terus le kami decide nak berbuka di luar ajer. dalam kepala dah terbayang-bayang hajat nak makan apa since lastweek lagi. so bagi tau hubby and dia kata okay la lepas pung pang pung pang suh masakkk jugakk hahaha. biasalah encek hubby ni memang prefer makan di rumah. sebab tu hani akan masak jugak walau lauk simple jer. yang korang tengok kat blog ni, itulah yang memang hani masak and kami makan kat rumah. memang kami ni ditakdirkan berselera kampong gamaknya huauahuahua. giler syok ayat tak hingattt hahaa. jangan salah faham, masakan kampong memang sedap tau. simple tapi sedap and yang penting berkhasiat. tapi sesekali jemu gak makan masakan sendiri. yelah seminggu 7 hari kena masak tak ke pening nak mikir menu selama 30 hari sebulan? kena gak tukar-tukar biar variasi gitu. boring gak makan mende sama jer kan?

okay, sambil tunggu hubby balik keje (kesian dia kena keje ari Sabtu), Hani siapkan Alya. hari plak dah start hujan. sejuk jer. dalam 6.20 lepas hubby balik and bersiap, kami terus kuar rumah. plan nak berbuka kat mana? haa kami nak berbuka fast food jer hehehe. kami berbuka di pizza hut subang bestari, tak jauh pon dari rumah kami. owhh kat sini tak amik reservation rupanya and nasib baik banyak tempat kosong lagi. maybe weekend ramai mak-mak yang bekerja amik kesempatan memasak sendiri kot. macam Hani dah everyday masak hokayy so alasan la ni nak cuba menu lain plak. malas pon ia gak hihihi.

ni budak gemok yang suka makan kepci. tak makan beria pon, main je lebih hihihi. tapi kali ni dia happy jer bila kata nak makan pizza. abih dipunggah pisau garfu ataih pinggan. mengemas semula katanya hihihi.

order ngam-ngam sampai time nak berbuka. orang makin ramai. tadi macam lengang jer ni dah makin penuh rasanya. order pizza pan island supreme seafood plus cheezy lava fuhh memang feveret kami sekeluarga nihh. pastu mintak asam boi fizz, tambah chicken wings. tamak sume nak order kalo buleh haha.

chicken wing sweet and spicy. maveles ..

sambil menanti makanan sampai, bagi Alya kertas and pen. biar dia leka dari berlari ke sana ke mari. senyap sket kalo jumpa kertas. tak kisahlah ko nak conteng sampai koyak pon janji senyap hihi .. oh ya Alya ni macam kuat ke tangan kiri la. bagus ke tak bagus macam tu yer? puas ajar dia guna tangan kanan tapi dia still ubah ke tangan kiri bila nak pegang pen or pencil. macam mana yer??

wahh khusyuk betol dua beranak ni kan. mengisi masa sebelom berbuka. chicken wing dah sampai, menggoda betol. huahauahua.

asam boi fizz. sungguh maveles.

yeahhh pizza island supreme our feveret dah sampai. kegemaran dari dulu, kini dan selamanya hahha. tatau la nape tekak takleh amik yang bbq ke chicken ke beef ke. nak seafood ajer tekak akak nih. tapi kalo order ramai-ramai kena consider la sebab bukan sume orang suka seafood tambah-tambah kalo ada cheezy lava tu. tapi akak sukaaaaa ..

ni dia dah santap dulu sebab dia tak poser hihihihi ..

haaa dari ari tu teringin nak makan ni kat Secret Recipe tapi manjang jer failed so kali ni akak nekad nak order juga haha. pencuci mulut la kekdahnya. sedap giler ..

amacam menggoda tak?? rugi kalo korang tak order ni kalo ke pizza hut hihi .. jempot makan ..

yang kelakarnya, lepas sampai chicken wing akak tertunggu spaggeti olio sebab nak bagi Alya sekali sampai ke sudah tak sampai-sampai. bila tanya hubby, dia kata mana ada order. eh ye ke? akak ngelabah macam biasa haha. pangge budak yang serve akak amik order tadi, tanya dia mana spagetti olio akak. dia kata "eh bukan ke akak tak jadik order sebab ari ni spagetti takde, ganti ngan bla bla" ahahahha giler ngelabah aku ni camne bleh lupa. memang masa order tu budak dah cakap spagetti dah abis tapi kalo nak olio gak dorang ganti ngan fuccini ke apa ntah namanya. hahaha teruk betul tu la tamak lagi hahaa ..

Berbuka Ramadhan ke 12 @ One World Hotel ..

Wowww ada banyak entry nak update. sebab apa banyak? sebab skang rajin snap picas makanan hihi. okay kita mulakan cerita berbuka Jumaat lepas, Ramadhan ke 12. Hani dan hubby serta Alya berbuka puasa di One World Hotel. ini majlis berbuka company hubby. rasanya first year company dia buat berbuka puasa invite spouse, maybe tahun ni keuntungan berganda-ganda hekkk .. aminnn .. bonus pon alhamdulillah memang berbaloi-baloi hubby stayback even weekend pon kena keje. harapnya tahun depan pon bonus 5 bulan lagi ye bang hihihi ..

oh ya kat hotel ni kami berbuka di Cinnamon, di bahagian bawah. Hani first time ke sini, selalunya ke One Utama ajer yang memang bersebelahan dengan hotel ni. cantik hotel ni, selesa dan senang nak carik parking walau kami dah sampai agak lewat masa tu.

Inilah permata hati mama, Alya Nur Zahra yang dah 2yrs 11mth. kejap jer kan budak gemok ni dah besar. alhamdulillah since diarhea ari tu dia dah ada selera makan and badan pon dah sedap-sedap digomol. ari tu macam kurus jer budak mok mok nih. dia sporting kalo mama suh senyum siap say cheeseeeee .. hihi .. comel alalala anak mama nih. pandai melawa hokayyy .. dah reti pilih baju apa nak dipakai kalo berjalan, kasut pilih sendiri. beg jangan lupa hokayyy .. nak isi bear ngan susu hihi ..

hehe tetiba citer makan. sebab kami sampai kat sini memang ngam-ngam time berbuka. jalan jem maklom Jumaat lepas hari hujan. kalo hujan confirm jem, kalo jem confirm hujan huahauhuahuaa. so kita terus berbuka ngan kurma and air segelas. terus amik makanan. eh lupa, salam-salam la dulu ngan member semeja hikhikhik .. makanan kat sini best-best, banyak pilihan. akak malu nak kuarkan CANON gedabak lam beg tapi bila tengok keliling ada yang selamba snap picas makanan so akak pon pantas kuarkan kamera. tapi bukan semua makanan akak snap hokayy .. kena jaga air muka hubby gak hihihi kang orang ingat bini Azhar gila syok sendiri huahuahuahuahua. amik yang sempat jer okehhh .. ni tempura sotong, sayur and udang. fuhh berbaloi beratur lama sebab dapat banyak. puas makan hokayyy .. hahaha ni jer la satu gambo makanan yang akak sempat snap. yang lelain kedaung dah masuk perut hahaha ..

ni hubby ngan member opisnya, Rizal. Rizal datang ngan tunangnya. semeja ngan kami.

ni Rizal dan tunangnya, Natrah. comel jer kan?

hahaa terus nak balik. giler tak sempat nak amik banyak picas. kena jaga air muka suami hokayyy .. dia mana suka tengok bini dia exposed beria. sket-sket sudahlah. takpe bang, ai amik mana yang patut jer ye bangg ..decorations kat lobi memang cantik. sempat gak tengok open lounge yang tengah hiruk-pikuk sapa ntah nyanyi. Alya kemain suka berjoget kat sini.

tengok, kemain aktif dia. mentang-mentang mak takleh memekik kat sini bolehlah melasak yer ..

haha sekian entry berbuka di One World Hotel. overall memang sedap. makanan banyak pilihan, sedap dan menarik. nasi rusa pon ada, sedap lebih kurang nasi arab.

so tu jer citer berbuka Jumaat lepas. lepas ni entry berbuka di luar juga tapi takdelah hotel. ni gara-gara dapo under construction hihihi. jumpa next entry ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...