Monday, November 12, 2012

Selamat bercuti semua readers .. ;))

Salam semua .. ;) jom lew kita sembang-sembang panjang-panjang hari nih sebab saya tahu ramai yang akan bercuti sampai next week, saya juga :)) so entry ni penuh dengan gambo ler, campur-campur cerita hehe
Cuti persekolahan untuk penggal terakhir sudah bermula yeayyy *budak2 confirm lew suka*
pergi ke mana-mana confirm penuh sesak. jalanraya pon sesak. highway lagilah sesak, kereta berderet-deret. inilah panaroma biasa yang akan kita lihat jika cuti persekolahan sudah bermula. parents telah merancang nak bawak anak-anak bercuti, tak kiralah samada dalam bandar atau luar bandar. dalam bandar contohnya Sunway Lagoon, Genting Highlands, Kidszania, KLCC, Putrajaya bla bla bla luar bandar pulak ada yang ke Legoland, JPO, Cameron Highlands, Langkawi and banyak lagiiiiiii .. cuma kalo nak ke pusat2 peranginan tu seperti Port Dickson, Pulau Pangkor or Tioman macam tak berbaloi pulak di musim hujan begini melainkan pegi dok kat hotel makan baring mandi pool hehe :)) Walau ke mana anda pegi bercuti, diharapnya berhati-hatilah di jalan raya. dengan jumlah kenderaan yang banyak di jalanraya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. semoga anda selamat sampai ke destinasi percutian bersama keluarga. tidak kiralah percutian itu mahal atau murah yang pentingnya keluarga kita happy dan enjoyed bersama-sama.
Saya pula belom ada sebarang rancangan nak ke mana-mana melainkan memenuhi undangan kenduri hehe maklom cuti sekolah ramai yang melangsungkan perkahwinan. selain kenduri kawen, kenduri doa selamatlah, kenduri bertunanglah, kenduri berkhatanlah hemmm macam-macam kenduri. Insyaallah jika kelapangan di waktu tersebut, saya sekeluarga akan cuba hadir. lagipun bila punya suami yang bekerja di hari Sabtu, maka kenalah plan sebaik mungkin tambahan pula banyak kerja yang perlu diselesaikan menjelang akhir tahun. jadinya saya lebih suka supriseddd *selalunya takde suprised pon hikhikhik*
macam Sabtu lepas, lepas siap tunggu kain baju kering maklom skang musim hujan hehe terus ajak Alya gi IKEA. weh berhantu IKEA nih, ada je benda nak dibeli nak dibega haha ada je yang tak cukup kat rumah kena beli kat IKEA. poyos.
tapi benarnya dah penat seharian mengemas rumah, biasalah rutin kalo hari Sabtu. bab basuh kain baju takyah cite tu WAJIB :) pastu mengemop. cuci kipas, bukan 1 tapi 7 kipas *matik lew* hehe tukar cadar hem hem maklom musim hujan eh apa kena mengena? haha pendek kata satu rumah nak kena bersihkan. tapi puan-puan bila kita dah hari-hari buat sikit demi sikit maka Sabtu tu tidaklah berat jadinya, senang kerja. so lepas dah mengemas rumah berkilat macam cermin apa salahnya kita enjoyyyyy :)) hehe and Alya pantang sebut IKEA, confirm dia laju je mandi, pakai baju okeh. takyah susah2 mama heret gi toilet haha
sampai IKEA dah pukul 5.00 petang, dalam hati berbisik confirm jalan jammed, parking susah dapat nih tapi Alhamdulillah jalan boleh tahan takdelah pening tengok kete berderet, parking within 5 minit dah dapat. semuanya dipermudahkanNya syukur ;) Alya request nak main kat playroom so mama tadah tangan, aminnnn senang mama nak shopping hehe. so kenalah queue dalam 15 minit untuk Alya masuk playroom plak. kali ni memang nasib kami baik sebab playroom sedang dibuka untuk entrance 5.30 wahh bagusnya kali nih kan Alya??

suka tengok wajah yang sungguh happy nih :)) mama pon gembira sebab anak mama behave. good girl sayang :) so sebagai upahnya Alya boleh main puas-puas kat playroom yang free nih ya nak :))


bila dah sampai market hall, sempat lambai kat Alya yang dah masuk kat dalam playroom. tengok dia dah start main. actually memanglah mula-mula cuak juga nak tinggalkan anak kat sini. security issue. tapi bila ada prosedur yang perlu kita amik kira so hati pon takdelah cuak, Insyallah kids are safe to play here :)) and paling penting kita didik anak kita supaya boleh mingle around dengan new friends. takdelah macam katak bawah tempurung je nanti, asal tengok orang tak reti berkawan bantai melalak menyepak menjerit haa sudahhh kan payah tu kan?? :)


then mama pon cepat-cepat amik barang yang dah aimed dari rumah lagi. Kids ada masa sejam untuk bermain kat dalam tu so kita pon gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya ya kak mah. jangan leka plak amik kesempatan la tueww :)) dah settle amik carik barang-barang, tengok jam pon dah 6.30 so terus patah balik ke market hall nak amik Alya. pastu ajak dia naik 1st floor gi makan dulu. bawak je troli yang penuh ngan barang-barang lom bayar tu sebab nanti lepas makan baru gi kaunter bayar. nak order makanan wahh jenuh beratur dalam 30 orang kot. tapi cepat jugaklah sebab kaunter bayaran ada extra. senang sket. cari meja memang penuh semedang kenalah buat muka kesian hehe. dapat je terus duduk. wahh masa ni barulah rasa penat kak mahhh :)) jempot makan. tak sah ke IKEA kalo tak makan salmon and meatball. yummylicious!!


Ahad. ada jemputan majlis kenduri kat rumah sedara di Gombak. dalam pukul 1.45pm baru sampai ke sana. hari mendung je. sampai-sampai je tuan rumah suh makan dulu sebab masa ni orang dah lengang. perut pon sememangnya kosong since pagi so apalagi jom makann .. menu memang best. ada rendang maman campur daging, gulai ikan sembilang campur rebung, rendang hati dengan kacang, pajeri nenas dan macam-macam lagi wahhh sedapnya :))


tengok my hubby makan penuh selera. ada sup tulang panas, juga yummyy .. Alya makan sup daging, bubuh nasi siap2 dalam bowl tu. berselera dia makan yum yumm :))



pastu makan pencuci mulut juga. manisnya limau tuh, sejuk pulak tuh. nyaman je masuk perut. kuih seri muka, karipap pon sedap. pendek kata semua sedap. tak rugi ajak ai tau :))


yang ni patutnya cite minggu lepas tapi sebab saya agak busy so hari ni je baru berkesempatan nak upload. durian crepe. rasanya sekarang musim durian crepe. kalo bukak FB wahhh memanjang je ada orang tepek gambo durian crepe. samada bikin sendiri or tempah. memang terliur juga tapi memandangkan tatau nak order kat sapa so saya duduk diam-diam. sehinggalah my favourite baker tayang durian crepe kat FB beliau maka haruslah saya terjah beliau hahaha. rupanya adiknya memang tengah buat dan jual durian crepe. dalam 1 bekas tu ada 6 ketol = rm10.00. terus amik order kawan-kawan kat ofis and order kat baker nih. esoknya dah boleh amik sebab rumah kami pon berdekatan aje, dalam kawasan yang sama. hehe kan senang giteww :))
durian crepe ni kulitnya macam lempeng tapi lebih nipis, katanya perlukan 6 jenis tepung untuk buat kulit tu. erkkk 6 jenis? aku yang 1 jenis pon tak hapal kihkihkih so order je la gamaknya :)) isinya pula macam icecream. kena simpan dalam esbok. bila makan, nyaman je masuk perut. Alya sorang je 4 ketol, maknya dapatlah merasa seketol haha. kena order lagi nihhh :))


 

oh ya bila sebut tentang FB, baru-baru ni ada try order 4 helai baju untuk princess saya. Dalam 2 minggu lebih baru dapat maklom katanya dari US. takpelah janji dapat even kena tunggu 2-3 minggu. kualiti baju pon bagus, harga okay. sesapa nak order baju yang comel-comel dan cantik bolehlah jengok FB Mode Hose  .. :))



yang ni pula antara masakan minggu lepas. memang busy sangat sampai balik pon agak lewat. maklom nak bercuti panjang kenalah siapkan kerja-kerja and my boss plak cuti Deepavali. balik dah lewat so masaklah yang simple-simple eh saya mana penah masak beria kan? semua main campak-campak lam kuali je hehe yang senang, yang mudah. yang susah2 kim salam hehe .. yang paling penting berkhasiat dan sedap. tu salmon goreng biasa aje, lumurkan oregano, white pepper dan garam terus goreng. goreng bawang putih tabur atasnya .. siappp.  itu pon dah macam kat Sushi King kang?? hahaha takmo kalah jugak ya :)) pastu goreng sayur kobis simple. jangan letak kicap nanti tak cantik haha benornya my hubby kurang suka yang berkicap, cukup 1 sudu sos tiram. sedappp :)) ulam-ulaman jangan tinggal ya kak mah :))

and malam Jumaat lepas sempat masak kari kelate ikan tongkol. yang ni kegemaran my hubby, seperiuk nasi boleh habis tau hahaha kali nih tak goreng sayur sebab dalam kari tu dah complete dengan timun air, kacang panjang wahh 3 in 1 okehh yang penting ikan gelama goreng dan ulam-ulaman kena ada. baru suami sayang :)) *perasan*



okaylah, itu cerita sepanjang seminggu lepas. minggu ni cuti panjang bermula. Selasa Deepavali, Rabu kerja, Khamis cuti Awal Muharram pula hemmm ni namanya cuti tersepit so confirmlah ramai yang amik cuti berterusan kan? dah alang-alang kan? Hani pon cuti tapi memang belom ada rancangan lagi.  Apa pon selamat bercuti kepada semua. Berhati-hati di jalanraya tak kira di mana saja anda berada. panjang umur dan ada rezeki Insyallah kita jumpa lagi.

Take care and have safe journey .. love muah muahh :)) *gatai*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...