Thursday, November 1, 2012

Bandung; 2nd day (backdated)

Flashback. Mei 2012.

Haha jangan ada yang salah faham dok ingat saya skang kat Bandung atau baru balik dari sana. Nehi nehi nehiii hahaha ni trip Mei yang lepas ye kak mah. almaklom daku dok hegeh2 godek picas lama hahaha.

okay hari kedua di Bandung. pagi2 breakfast di coffee house yang terletak di 1st floor Hotel Kenangan, macam biasa yang ada cuma nasi goreng, mee ngan roti. mintaklah telur mata kerbau biar selera sket tekak tu nak jamah. masa ni hubby still demam. memang dia demam sehari sebelum trip ke sini so bila sampai2 je demam makin teruk, maybe sebab travel badan penat, demam pon lambat kebah. nak buat cemana kan? takkan nak kensel trip nih, rugiiii :)

Supir Pak Yono datang tepat pukul 9 pagi waktu sana. kali ni guna khidmat Pak Yono sebab supir Pak Ayie masa 1st time datang dulu, nombor contact dah hilang. ntah mana letak and save kat phone lama rasanya. so terpaksa cari supir baru melalui Kak Lina. Boleh contact Kak Lina jika anda mahukan supir di Bandung/Jakarta - 017 226 2458. sila call/sms no ni and mention nama Hani pon boleh. kang ada lagi yang dok sms tanya supir walhal dah penah buat entry tentang nombor supir dah hilang. camne nak tolong kalo saya sendiri pon takde nombor supir? ni mesti tak baca sampai abih ni kan? rotan kang :)

then, saya bagi tau Pak Yono saya nak singgah Kartika Sari sebab nak beli roti and makanan buat bekal sepanjang nak shopping. wah kelasss siap bekal tu hahahha. yelah kang lapar manalah nak mengagau cari kedai jual roti? jangan beli tepi jalan ye kak mah kalo kat sana. ditakuti tahap kebersihan agak kurang mencapai standard, tak pasal2 sakit perut hoho. lepas beli coklat, kuih and jajan terus gerak ke Jalan Riau. masa ni dah dekat pukul 10 pagi. cuaca elok cerah, nyaman je jalan kaki. orang pon lom ramai. terus menuju ke FO Sahara di penghujung jalan. senang nanti terus patah balik sebab Pak Yono dok parking kat depan Heritage.


baru perasan FO Sahara dah tukar nama. tapi saya dah lupa nama baru tu. FO still sama, nama je tukar. maybe tukar management kot. kat FO ni memang best sebab besar dan baju banyak pilihan. untuk Alya je dah dapat bape pasang kat sini. woahaaaa hubby yang demam :( dia dok kat luar je sebab malas nak jalan. kesian dia. yelah, orang demam mana ada mood nak shopping. lainlah bini dia, demam ke semput ke shopping tetap shopping kahkahkahkah :))


Masa ni Alya okay lagi, sempatlah berlari keliling FO haha. FO ke 7 or 8 barulah perasan hidung dia dah berair, mata dah merah. badan pon dah panas. alamakkkk ubat tak bawak plak. hishhh risau sangat2. belikan air mineral bagi dia minum. terus hilang mood nak shopping :((


ni dia relaks tengok kolam ikan. badan panas. nasib baik dia tak meragam. sambil belek baju sambil check badan dia. hishhh sungguh serba-salah masa nih. nasiblah Alya ni faham bila cakap kena minum air banyak2 biar cepat kebah demam tu. lap badan dia dengan towel kecik guna air mineral sejuk. Pak Yono bagus sungguh, pegi carikan ubat untuk kanak-kanak. dia jaga Alya sambil mama yang gila shopping tu tak reti2 benti shopping hikss ..


my hubby gagahkan diri juga belek baju untuk dia sebab dah alang2 sampai sini kan? dapat 2-3 helai baju dia. lagi satu laki den ni bukannya kaki shopping. baju dia mostly bini dia yang pilih. asal bini pilih cantik menarik aje tapi bila bawak dia ke sini semua tak berkenan walhal material yang sama si bini belikan last year.


kesiannya anak mama nih. masa ni dok tunggu papa belek baju. badan still panas, hidung dah start sumbat. dia pedulik hape, baring kat lantai pon boleh. Pak Yono ajak dok kat van takmo plak. okay sayang ada 2 FO je lagi ya :))


lepas Jalan Riau, pegi ke Toko 3 untuk belikan jeans hubby. Hani tak turun pon sebab Alya tido masa ni, hari pulak hujan. hubby dapat sehelai jeans, dia malas nak tengok2 yang lain. terus minta Pak Yono ke Rumah Mode di Jalan Setiabudi plak. hujan renyai2 masa ni. gambo sekeping pon tarak sebab nak cepat. kat sini dapat 4-5 helai baju Alya. baju mama? yilek hahahha.
lepas abis tawaf FO terus berambus ajak Pak Yono ke Pasar Baru. actually mengulang aje ni sebab semalam masa lepas check in hotel, Hani dah ke Pasar Baru seorang diri sebab hubby malas nak ikot dia kan demam. Alya plak ngantuk keletihan dari dalam bas yelah dua jam perjalanan dari Jakarta kan. so dua orang ni tinggal kat hotel aje. biar ahkak gi sensorang lebih aman giteww :)
so hari kedua ni ngulang lagi ke Pasar Baru sebab nak cari kiriman kawan. oh ya lain kali tak payahlah baik hati sangat nak amik kiriman kawan sebab kat sana nak mencari tu masalah besar betul. masa dahlah terhad, satu hal plak kalo tak jumpa kedai yang dimaksudkan. Pasar Baru bukannya kecik kak mahhhh :))

dah lepas beli apa yang patut, baru gerak balik. masa ni dah pukul 7mlm, dah gelap macam tengah malam sebab hujan lebat giler. jalan jammed takyah cite. konon nak ke Kampung Daun terus kensel sebab mikir masa dah suntuk. Pak Yono servis supir dari pukul 9pg - 9mlm sahaja (400000rupiah). bukan sebab masa aje dah suntuk, kesian sangat tengok Alya dah muntah2 2 kali. memang sangat mencabar perasaan masa nih. balik hotel mandikan Alya, bagi minum air suam baru nampak dia okay. cari2 dalam beg nasib baik ada coolfever. dalam pukul 8 hubby ajak makan, dia dah kebah demam. lapar lah tuewww :)

ni antara belian pada hari kedua. hari pertama mostly cotton and telekung. dalam kepala dah set nak shopping more cotton kat Jakarta so kat Bandung ni beli 3-4 pasang je.


okay, lepas siap2 sempoi je nak gi makan aje pon hihihi. sekali bila sampai kat cafe, dah tutup plak aiyohhhhh abih nak makan kat mana ni bang? *nangih*

Ting ting ting tiba-tiba teringat info dari forum, makanan sedap dan murah di D'Cost. kat Bandung, Jakarta ada restoren ni. so cuba googles tapi haram nak dapat sebab lupa nak beli prepaid Indon wakakaka. terus tahan teksi depan hotel, nasiblah senang aje nak dapat teksi kalo tak hazab nak tunggu dah lah perut kelaparan. orang lapar cepat marah kahkahkahkah.

nasib baik juga wah berdouble-double untung kami sebab driver teksi tu tahu sangat2 kat mana restoren D'Cost nih. tak sampai 20 minit dah sampai. okay D'Cost restoren terletak di Braga Walk. kat sini memang happening, orang ramai and kedai pon banyak. terus naik ke 1st floor cari restoren ni. harap2 sedap sebab beria kempen kat hubby agagaga :) *dia tekak kampong mana hingin makan pelik2 nih*

Alhamdulillah senang banget nak cari restoren ni. besar, bersih dan selesa. nampak ada juga Malaysian tengah makan kat sini so bertambah yakinlah harapan di dadaku wahhhh kikikiki. kat sini waiter amik order guna Blackberry hokeh Malaysia hado? hahahhaa

order siakap masak halia. sayur kangkung goreng. udang butter prawn. cukuplah untuk kami bertiga makan. hubby berselera makan maklom dah 2 hari tak lalu nak makan sebab demam. okaylah buat alas perut. Alya duduk aje sambil minum air kelapa, sedapnyaaaa :))


lepas makan, duduk sambil perhati kedai2 kat dalam mall ni. lepas tu baru gerak ke bawah nak tunggu teksi. nasib baik teringat nak cari Alfamart sebab Hani memang prefer kedai ni kalo nak beli barang. Alfamart ni lebih kurang 7-11 la, harga pon okay. kami shopping ubat demam Alya. pastu beli jajan dan minuman ringan. tunggu teksi dalam 10 minit then terus back to hotel. Bandung pukul 10 mlm dah sunyi sepi. balik hotel kemas beg siap-siap sebab esok pagi-pagi nak check out. esoknya nak ke Jakarta semula.

3 comments:

tony transport bandung said...

Assalamualaikum,Wr Wb

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com


Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000


Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

tony transport bandung said...

Salam,
Jom pegi bandung murah jer 199rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

Tentative Program Day1
*Tiba di airport Bandung
*Pasar Baru trade center
*Lunch Check in Hotel
*Toko Tiga ( Branded Jeans )
*Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage, Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
*Dinner dan kembali ke Hotel

Day2
*Gunung Tangkuban Parahu
*Ciater Hot Spring
*Kebun Strawberry and tea park
*Lunch
*Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
*Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
*Dinner & kembali ke Hotel

Day3
*Check out Hotel
*rumah kain sulam kat taman kopo
* cibaduyut-shoes and jacket leather original
*Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
*Airport transfer

Term and condition
*included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
*included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
*included entrance fee tangkuban perahu sahaja
*Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
*minimum 6 pax *not included lunch and dinner
*not included ticket flight and airport tax
*we dont need deposit~all payment at last day in bandung

Mohd Tony
Whatapps / call / sms : +62 858 6137 8328 (fast response)
Email : Tonytransportbandung@gmail.com

bimo mekarwangi tour said...


Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan. Abang/ Akak

Minta maaf apabila mengganggu blog anda

kami dari Mekar Wangi Bandoeng Tour Syariah menyediakan pilihan dan harga terbaik untuk keselamatan familly anda semasa bercuti kat Bandung or Jakarta

Sebuah syarikat muslim kat Bandung dan Jakarta yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati. Driver & tour guide profesional kami inshaAlloh akan selalu bawa anda ke semua tempat menarik kat Bandung, Bogor and Jakarta.

special offer at 2015 jomm tempah murah jer *Include: minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta

Rate per Kereta per Day

Suzuki APV / toyota avanza rate nye 400.000rupiah / RM 115 ---6seat

Toyota Innova / Kia Pregio rate nye 550.000rupiah / RM 160 ---8seat

Coaster Isuzu Elf rate nye 650.000rupiah / RM 185 ---12seat

Coaster Isuzu Elf Long rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---17seat

Toyota Hiace commuter rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---12seat

*company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture plight and tempahan kereta by whatapps or email

WhatsApp +62 877 1519 6061 (mas Bimo)
email mekarwangibandungtour@gmail.com
facebook page mekarwangi bandoeng tour

king regards,
Bimo
mekar wangi bandung syariah tour

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...