Wednesday, November 21, 2012

Adam & Hawa (Hani)

Salam

Kembali bekerja setelah seminggu bercuti. Selasa, Khamis cuti umum. So Isnin, Rabu dan Jumaat cuti tersepit hehe. ada ke cuti tersepit? suka ati mak je nak panggil cuti tersepit kan?

Kami tak ke mana-mana pon sebab hubby kerja seperti biasa. 2 hari tu memanglah dia cuti juga tapi yang selebihnya still bekerja, so takyah berangan sampai ke bintang kihkihkih dok rumah berkemas apa yang patut. cuaca sukar dijangka, kejap hujan kejap gerimis kejap panas kejap salji ehhh ada salji? macam dok kat UK je *dalam mimpi*

bila dah cuti dan tak ke mana-mana, selain berkemas rumah apalagi aktiviti untuk menternak lemak? kami menonton televisyen wahh ayat sungguh skema hihihi. ye, memang mengadap tv je dari pagi sampai ke petang pastu berenti maghrib. pastu sambung lagi nasiblah tv tu tak meletop hehe. berebut-rebut dengan Alya sebab nak tengok channel kegemaran masing-masing. hishh ni yang rasa kena beli satu lagi tv ni papa *kira duit tabung cap ayam*

hemm kali nih nak cerita tentang satu drama yang tengah meletop-letop kebaboommm skang kat Astro Mustika; Adam & Hawa. yang benarnya, kat rumah nih tak subscribe Mustika sebab memang kurang minat nak follow drama-drama. amik pakej biasa yang RM109.00 tu je (2 mini, sports, hd) tu pon tak puas tengok, semua ada hehe. lastweek Astro baik hati bagi percuma Mustika selama seminggu. apalagi lebamlah biji mata dok tengok marathon Adam & Hawa. pastu tengok plak siri berikutnya. menjelang Ahad, mulalah hati berdebar-debar sebab siaran free tu dah abis hehehe merayu-rayu minta kat hubby untuk subscribe Mustika tapi ingat dia nak melayan? kim salam :((

tapi akak kan bijak :)) sendiri telefon Astro sendiri minta subscribe new package hehe rupanya takdelah strict beno Astro ni ya? ingatkan empunya akaun je yang boleh decide any issue, wife pon boleh. sori hubby, nanti bulan ni i bayar bill ya :))

masa mula-mula drama ni on air, selalu baca review kat forum aje. baca komen masing-masing wahh tak menahan siap dengan gambar-gambar pastu skrip tambahan. ada plak yang feeling hover lagilahhh akak terasa nak tengok tapi still tak heran nak subscribe sampailah tengok sendiri. haaa amik, terus berdebar-debar tunggu 10 malam, Isnin-Khamis :)



Inilah hero dan heroin Adam dan Hawa, Adam Mukhriz (Aaron Aziz) dan Ain Hawani (Nadya Nissa)



Inilah sebab utama akak takmo follow drama bersiri. sekali tengok confirm nak tengok lagi dan lagi dan lagi sampailah habis. dulu tengok drama bawang putih bawang merah versi Indon. macam bongok je tengok sampai beratus-ratus episod lastly mimpi je rupanya *nangih*

tapi kali ni akak follow juga Adam & Hawa ni sebab suka tengok hero dan heroinnya. novel pon dah baca beberapa tahun yang lepas so cuba bayangkan jalan cerita dalam novel dengan drama, okaylah tak lari jauh, 90% ikot novel. romantiknya haha mulalah berangan jadi Ain *geli*

okay, sapa tak follow memang rugi hihihi ni ayat orang dah angau okehh

sekian, with love from Ain ehh tetiba *perasan*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...