Ni antara aktiviti kami sepanjang minggu lepas. hari Khamis, cuti Awal Muharram ada jemputan kenduri bertunang dari jiran sebelah kanan selang 5 buah rumah, hujung sekali (corner lot). selalu kalo jumpa just angkat tangan sambil senyum je maklom balik keje hari dah malam. masing-masing jumpa bila hujung minggu aje kan? tu pon lambai-lambai je bukan bersidai bergossip pon hehe :) so bila ada jemputan kenduri begini selagi tiada halangan insyaallah memang cuba dipenuhi. inilah masanya untuk berkenalan dan merapatkan silatulrahim. takkan jiran sebelah kiri kanan je kita kenal kan? kalo boleh kenal satu taman lagilah bagus kak kiah :)
Majlis bertunang tu berlangsung dalam pukul 11 pagi, so bersaing dengan jiran sebelah pergi dalam pukul 12.30 tengahari sebab tengok khemah dah penuh. dalam rumah confirm penuh dengan rombongan pihak lelaki. so pegilah lambat sket. sebenarnya sehari sebelum majlis, ada tanya tuan rumah, masak sendiri or katering? dia kata katering so takde apa nak ditolong kecuali tolong makan ngan tolong tengok aje la hehe :)
Tengok budak ni, selera je makan. Alya memang suka ayam sambal. kali ni nak makan sendiri, malu ngan Hana budak kecik kat sebelah dia tu hehe. pandai plak malu makan mama suap ye Alya :) makan nasi briayani memang sedap, cukup lengkap dengan perisanya. sedap. terima kasih tuan rumah. next year around May mereka akan buat kenduri kawen plak. mesti meriah nanti. bertunang pon dah 3 khemah :))
Balik dari kenduri tu, tatau nak buat apa, takkan nak tido plak? hehe berkebun sket2 pastu mula boring. sambil tunggu Asar terfikir nak masak bubur pulut hitam yang dibeli kat Padang Besar tempohari. okay, cun. jom masuk dapur buat bubur. kerah my hubby gi kedai beli santan dan gula kabung. rebuslah dalam sejam dua lepas tu masukkan gula pasir then gula kabung. last sekali masukkan santan. fuh maveles. sempat juga hulur kat jiran-jiran. haaa kita memberi kita merasa lah jawabnya. maksudnya lepas bagi dorang bubur nih, memasing siap pulang bekas berisi kuih-muih. jiran hujung tu siap buat rendang dan nasi himpit. bestlah berjiran macam nih hehe :)
yang ni masak hari Selasa kot? ye ke? entah tak ingat hehe maklom dah seminggu. betul kot masa cuti Deepavali tu sebab hari ujan, dok umah sepanjang hari pastu kelaparan macam nak gila masing-masing haha. skang sejak Alya dah pandai request makan nasi lauk ayam or ikan, memang kena standby haiwan-haiwan dalam esbok. kalo dulu memang dia request juga tapi weekend ajelah time mama cuti kan. time tu belikan salmon je sebab confirm gi Giant every Saturday. skang dah tukar sket, dia suka makan nasi, berselera aje dia. mama tak kisah, yang penting anak mama sihat dan cukup lengkap nutrisi.
hehe yang ni lunch di kafe subsidi hq, Oasis Ara Damansara. kebetulan ke sana uruskan something di Finance, settle keje pon dah nak masuk waktu lunch so terus turun kafe. kami panggil kafe subsidi sebab harga makanan murah, reasonable la. macam lauk telur, ikan goreng dan sayur nih termasuk jus oren baru RM4.00. murah kan? breakfast pon ada juga, pon murah jugak.
asik cite makanan aje kan? manalah tak tembun :)
No comments:
Post a Comment