Monday, November 5, 2012

Masakan hujung minggu :))

Dah petang-petang gini mulalah godek folder nak tepek gambo, tadi busy dengan keje. pagi tadi kena ke HQ sebab ada briefing. dah petang bila free barulah sempat nak update blog. korang pon sama cam saya kot, bila free baru berkesempatan nak belek blog. kalo tengah busy memang tak sempat nak tepek gambo hatta sekeping pon. lagi pon blog adalah hobi bukannya terikat dengan komitmen nak kejar duit iklan kekdahnya ahahaha

okay nak citer pasal masakan sepanjang 2 hari cuti hujung minggu. memang seperti dijangka, hujan sepanjang minggu. kain baju yang dicuci pon tak kering sangat, lembab hiiii tak sukanyaaaa pastu Ahad lagilah hebat, hujan sepanjang hari. walau renyai-renyai tapi apa pon tak boleh buat kan?? nak kuar rumah pon malas, semua berkurung mengeram kat dalam sambil tengok tv. nasiblah ASTRO tak terganggu dek hujan kalo tidak mau ada yang kebosanan tak tahu nak buat apa kecuali tido :))

sabtu. lunch berdua dengan Alya so masak sempoi je. malas nak ke kedai, hari hujan. so masaklah apa yang ada kat dapo hehe sardin ada la so masaklah sardin je. Alya okay tak kisah janji mama suap :))
goreng sambal sardin, goreng sayur kobis pastu teringat ada salmon beli masa gi Giant semalamnya (Jumaat) so gorenglah 2 ketul untuk kami 2 beranak :)) yum yum yummmm :))


pagi Ahad. cuaca nampak cerah tup tup hujan lebat terus tarik selimut wakakaka sedar-sedar dah pukul 9 pagi terus bangun tolak ampaian baju kat belakang biar kena matahari. masa ni dah tak hujan lagi. pastu teringat kuah sardin semalamnya ada lagi so terus cari tepung gandum. wahhh buat lempeng bagus juga nih time hujan-hujan kan?

ni lempeng cicah ngan kuah sardin, mantap youuu .. disebabkan hubby bukannya penggemar kedai mamak, so memang dia kurang suka makan roti canai, roti tisu, roti sardin, segala roti lah kat kedai mamak tuh haha jadi kenalah buat sendiri gamaknya. tapi bininya pemalas mana nak uli tepong bagai kan? so buatlah lempeng yang pejam mata pon boleh buat *tipu*

memang sedap kak mahh :)) buat 2 keping seorang. kenyang. Alhamdulillah ..


pastu tengahari kemas rumah sambil merenung ke luar, hujan turun renyai-renyai semula. aduhai tak keringlah baju ahkak :(( dalam pukul 3 terus masuk dapo tengok apa yang ada. malas plak nak masak nasi. Alya dan hubby membuta kat atas. bukak fridge tengok bahan-bahan yang ada, okay jom buat carbonara seafood pasta :))

oleh kerana memasing pemalas nak kuar rumah jadi buat guna bahan yang ada aje, asal boleh. ada butter, cheese, fresh milk, shrimp, oregano, prego sos bla bla okaylah menjadik juga carbonara ahkakk


ni makanan sampingan, pemberian mak saya masa Raya Aidiladha yang lepas. korang penah tengok wajik sirat tak? ni diperbuat dari tepung beras, gula enau, santan, gula. simple tapi sedap. masak pon sekejap je, saya prefer wajik sirat ni dari dodol yang susah nak kacau tuh hahaha

jempot tengok, jamu mata :))

2 comments:

SYANI said...

First time dengar & tengok wjik sirat.

Hani said...

ni mak yang buat, rasanya resipi orang2 dulu. diperbuat dari beras pulut. kalo makan rasa biji2 hehe.
sedap, saya lebih suka ni dari dodol or wajik yang coklat tuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...