Friday, November 2, 2012

Back to Jakarta; by avanza (backdated)

Hari ketiga.
Pagi-pagi lagi dah bersiap. tak sempat breakfast pon. sebab dah janji dengan supir Pak Yono nak ke Jakarta. sebenarnya ni plan last minute. plan asal nak balik ke Jakarta dengan menaiki keretapi sebelah tengahari. tapi semalamnya semasa guna khidmat supir Pak Yono, dia ada tanya dari Bandung ke Jakarta ibu pergi bagaimana ya? so saya cakaplah naik keretapi, sebab tu pilih Hotel Kenangan sebab stesen keretapi cuma 500 meter dari hotel nih. pastu Pak Yono cakap kesian ibu, Alya dan bapak demam tak sihat lagi macam mana nak naik keretapi? dah lah perjalanan jauh pastu mesti lambat sampai. pastu dia cakap kebetulan esoknya dia memang nak ke Bogor, amik doktor yang dah booking dia. dia pelawa kami tumpang dia, 200000rupiah saja. wahhh keretapi dicita supir yang datang ahahaha. apalagi kami terus setuju la sebab mengenangkan 2 orang nih belum sihat sepenuhnya. Alhamdulillah rezeki kami murah kat sini. Dia permudahkan kami sekeluarga. Pak Yono memang baik hati, kalo ikotkan dari Bandung ke Jakarta by kenderaan or supir normally 400000rupiah tau. kadang2 700000rupiah tapi bila dia kata 200000rupiah memang terus angguk aje la even kena check out awal. takpe janji kami sampai Jakarta tanpa bersesak dalam train.

Pak Yono datang amik kat hotel dalam pukul 9 pagi, terlewat setengah jam sebab dia kata anak bongsunya demam juga, kena hantar gi klinik dulu. so takpelah kami okay aje sebab kami ni menumpang dia kan? hehe
sebelum bergerak ke Jakarta, saya singgah di Kartika Sari yang terletak dalam tidak jauh dari hotel. memang bagus betul lokasi hotel sebab semuanya dekat. singgah beli brownies kegilaan ramai, tak sah datang Bandung kalo tak beli kek kat Kartika Sari :)) beli brownies 4 kotak, kacang2, coklat2 dan pisang bolen. pisang bolen cheese memang sedap meletup. brownies pula selalunya Hani pilih marble, coklat atau coklat cheese, memang thumbs up. memang ada kedai-kedai selain Kartika Sari tapi Hani tak penah cuba lagi. dah jatuh cinta memang susah nak cuba yang lain!




perjalanan ke Jakarta lebih kurang dalam 2 jam. sebab tu Pak Yono nak gerak seawal pagi sebab dia janji dengan passenger kat Bogor dalam pukul 12. dari Jakarta ke Bogor kalo tak jammed lebih kurang 45 minit. ngam-ngam sampai Jakarta, dia hantar ke hotel yang saya dah booking. 1st time datang Jakarta so semuanya berpandukan kepada info dari kawan-kawan forum CARI sahaja. so booking Amaris Thamrin City just by email. memang mudah. Amaris Thamrin City terletak di tengah2 kota Jakarta. tak jauh dari Plaza Grand Indo yang besar melaut tuh. gila besar.


masa sampai kat sini dalam pukul 12.30 so terus naik ke hotel. lobby di tingkat 6. minta check in awal kalo boleh sebab Alya masih demam. Alhamdulillah, rezeki lagi bila that girl kat kaunter tu kata boleh check in. maybe sebab dia tengok Alya terlentok je kat bahu papanya. Alhamdulillah :) kalo tak pitam nak tunggu 2 jam sambil dukung budak demok tuh.
Bilik kat tingkat 7. so setingkat je dari aras lobi. sempat jeling2 kat lobi, tempat breakfast pon kat sini juga so okaylah senang nak turun nanti. dapat kunci terus ke bilik. serius letih sangat. rasa nak baring aje lepas nih. okay, bilik comel aje, dah kata traveller budget tapi memang selesa sangat. tapi tak bolehlah nak main kejar-kejar lam bilik nih hahaha. yang penting toilet selesa dan bersih. merah menyilau kau harap boleh tido nanti hahaha


Alya. dalam perjalanan dia kata nak muntah tapi tak pon. badan dedar2 je. mood dah okay sket bila dapat baring kat katil yang selesa. kesian anak mama nihhh :(( eh ada payung :)) ikotkan aje kehendak dia maklom budak demam banyak ragam kan? haha heret la payung Bandung tu sampai Jakarta pastu balik Malaysia :))



lepas tido sekejap, hilang penat. mandi bagi segarkan badan. perut mula lapar. kat mana nak isi perut nih??
haaaa ting ting ting bunyi loceng belakang telinga kihkihkih terus teringat info, kat bawah Hotel Amaris ni ada D'Cost. terus heret anak dan laki ke bawah. tanya 2-3 orang arah mana nak tuju ooohh rupanya kat basement hotel. masa ni tak ramai sangat orang so order cepat je sampai. harga memang berpatutan.
Bila pandang kiri kanan, ramai juga Malaysian makan kat sini. so kira okaylah pilihan kami ni kan? hehe


ini pilihan kami kat sini. boleh tahan. harga memang okay sangat2.


lepas makan, jalan-jalan kat dalam Thamrin City Mall. Hotel Amaris dan Thamrin City Mall ni berkongsi bangunan. Thamrin City Mall pula kompleks membeli belah yang agak besar. tapi sempat juga kami ke supermarket di sebelah atas sebab nak cari charger. beli air minuman siap2 ngan jajan. belah malam confirm lepak dalam bilik aje. takde nafsu nak shopping bila dah penat, rasa nak demam pon ia jugak. ni memang berjangkit anak-beranak nihh hishhh
esoknya. selepas bersiap, turun breakfast. kat sini breakfast banyak pilihan. bolehlah kalo sekadar nak alas perut. kalo cerewet ko bawak nasi lemak pedas sendiri kak mahhhh kahkahkah masa breakfast dok semeja dengan orang Malaysia. amboi kemain sombong orang Malaysia kalo gi travel ya? nasiblah aku nih mood memang malas nak bercakap time tu so memasing diam tak berbunyik la. just say hi. tu pon aku say hi sebab ko orang Malaysia. hishh harap2 orang Malaysia lain tidaklah begitu ya bila travel. apa salahnya bertegur sapa di tempat orang kan? aku ni happy aje jumpa orang Malaysia takdelah nak masam muka or jeling-menjeling. hazab kak mahhh :))
lepas isi perut, terus keluar dari kawasan hotel. turun ke tepi jalan besar. kali ni dah cakap kat hubby, kat sini kita naik Bajai. Bajai ni macam motor tapi ada bumbung. murah aje dari Thamrin City ke Tanah Abang, 10000rupiah aje = rm3.50. sape yang sakit jantung dinasihatkan jangan naik mende alah ni sebab asik brek mendadak aje. terkejut gegirl tawwww hihi


dah sampai ke Tanah Abang. Aku blurr nak ke blok mana dulu tapi nampak Blok A mula-mula so terus ke situ ajelah. first time ke sini memang blurr. takleh nak bayangkan macam mana rupanya. bila dah masuk wowwwww terus pitam tengok deretan kedai-kedai kain lace cotton bla bla bla *pitam* eh nampak Alya yang berdukung tu? sian dia, masa ni belum okay lagi tu yang nak berdukung aje tuh.







kat sini rasa-rasa dalam 3 jam aje kot sebab tak berani lama-lama, malam dah nak fly back. so pukul 5 kena gerak ke airport maklom Jakarta macet gila belah petang. mau akak kena tinggal kapa tobang kangg haha balik ke hotel dengan beberapa pasang kain cotton. serius kat sini pening sebab banyak sangat lace. nak muntah rasa sebab banyak sangat. pusing kiri lace, pusing kanan lace uwaaaa *nangihh* kalo orang lom kawen mesti syok belek lace yang pelbagai jenis, design, corak. lawa-lawaaaa

yang ni masa balik ke hotel, sempatlah snap pictures buat kenangan naik bajai hahaha kat Malaysia mana ada mende alah nih hahhaha



sampai bilik, mulalah membelek kain yang beli kat Tanah Abang. kalo boleh nak beli banyak tapi rupiah pon dah menyusut. bawak 10 juta pon tak cukup cemana nihhh? hahahahha tak silap termasuk dengan yang beli semasa di Bandung, hampir 13 pasang kain ela. 2 untuk Alya, sepasang untuk mak, sepasang untuk kakak, 2 pasang untuk biras dah selebihnya ana yang punyaaaaaa :))


bersiap apa yang patut sambil hubby dan Alya tido sekejap. bagi dorang berehat puas-puas sebab nanti nak ke airport pulak. harap Alya tak meragam lagi.
pukul 5 kami dah siap, turun bawah nak cari teksi. check out, amik deposit. oh ya oleh kerana kami stay selepas waktu check out sepatutnya pukul 12 kan? so kami kena bayar tak silap 75000 untuk masa tambahan sehingga pukul 5 tu. okaylah kan dari kena melepak kat luar dahlah memasing tak sihat.
Cari bluebird teksi depan hotel, dalam 10 minit baru dapat. perjalanan ke airport selama sejam. kalo macet, pingsan hahaha sebab flight pukul 8 mlm. harap2 tak jammed. tapi memang jammed rupanya sebab time ni semua orang balik dari kantor ya pak. uwaaaa berdoa dalam hati janganlah terlepas flight. nasib baik dah print boarding pass siap2 so takdelah buang masa nanti.
Alhamdulillah sampai kat Terminal 3 ngam-ngam pukul 7. laju je tolak troli ke baggage counter. erkk daku terlebih 4kg *pitam* tapi rezeki kami lagi kot officer tu kata takpelah ibu, naik aje hehe. so handcarry beg Kartika Sari aje. kalo kena bayar tadi mau melayang duit lagik dahlah rupiah dah tinggal bape keping je kan? haha

lepas check in bagai, dok le menunggu kat sini, sebelah atas. dah check in, masuk sini langsung takde kedai jual air kecuali vending machine hot drinks. dah la masa nak check in tadi kastam suh abiskan minuman dalam tin sebab tak lepas masuk area nih. hishhh kehausan sungguh. tunggu announcement tak jugak kunjung tiba tengok kat skrin pon tak tukar2 flight number rupanya flight delay. 1st time merasa flight delay. flight delay selama 1 jam 45 minit hishhh awat tak 2 jam? dah terbayang redemption free Air Asia nihh hahaha
Alhamdulillah 9.45pm kami semua dah selamat masuk flight. terus order makanan bila stewardess start tolak troli. gila kelaparan memasing kahkahkah tak kiralah mahal mencekik ke harga order sajaaaa :))


Kami sampai di LCCT hampir pukul 12.30 malam. lega sangat2 bila dah sampai ke tanahair sendiri. 4 hari di bumi orang memang rindu sangat2 dengan Malaysia. rindu makanan, umah, tilam dan bantal hahaha


tapi, tetap tak serik nak ke Jakarta/Bandung lagik. selagi ada tambang murah by Air Asia insyallah next trip menyusul 2013 hihi so tunggu entry next year jika ada rezeki dan panjang umur. jumpa lagi ya supir yang baik hati tu :)

5 comments:

wakgelas said...

vahh.. sonoknyer gi bandung kannn.. ehhEe

Hani said...

hi wak gelas
memang seronok ke sana
heaven shopping tanpa fikir duit sebab sana boleh kata murah.

wak dah ke sana?

Anonymous said...

salam puan hani,

just nak tanya ada contact no supir pak yono?saya nak gi bandung next week....nak guna supir dr bandung to jakarta...tgh survey herger transport....sorry yer mencelah blog awk nie

Anonymous said...

salam puan hani,

just nak tanya ada contact no supir pak yono?saya nak gi bandung next week....nak guna supir dr bandung to jakarta...tgh survey herger transport....sorry yer mencelah blog awk nie

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 24th nov 2014 & 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Place order or grab our limited supply now.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Http://mamarxstorymory.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...