Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, ada beberapa peristiwa dan tragedi yang menyayat hati. Antaranya anak kecil jatuh selepas bermain di tepi esklator. 1 kes lagi terjatuh di tangga selepas menaiki lif. Kedua-dua kes ini melibatkan anak-anak kecil yang tengah lasak.
Aku bila baca berita tentang kes ni mulalah berpeluh, panik. Sebab ada 2 orang anak yang aktif, lasak, yang kadang-kadang terkeluar anak tekak dok menjerit "jangan itu jangan ini jangan sana jangan sini" kepada mereka. Perasaan bimbang bercampur panik sentiasa ada dalam diri aku sebagai mak ni. Sebolehnya kita kawal anak-anak bila berada di luar tetapi secara jujurnya anak-anak ni adakalanya kita terlepas pandang walau hanya 2 saat. Itu yang jadi punca walaupun kita dah perhatikan dah remind anak-anak tapi kecuaian ni susah nak dijelaskan. Benda dah terjadi, hanya kekesalan yang datang menerpa minda kita :(
Since 2 kejadian minggu lepas, nak bawak budak-budak keluar pun takut jugak. Banyak yang kena fikir. Aryan tengah lasak, bukan paham pon kalo cakap jangan jangan jangannnn .. lagi dia buat ada la. Yang Alya pulak dia ni suka hilang-hilang. Kang senyap je tengok-tengok dah takde rupanya duduk diam-diam kat rak mainan. Fuhh serius meremang bulu roma so aku plan lepas ni setakat nak shopping atau amik stock kat KL tak payah la bawak budak-budak. Biarlah dorang dok kat nursery je unless hubby ikut sekali tu cerita lain. Memang tak boleh kawal budak2 ni time dorang tengah melasak. Tak memasal je nak kena cubit nak kena pukul hishhh :((
So, Ahad lepas lepas siap kerja-kerja bersihkan rumah, lipat kain baju, bersihkan dapur cakap kat hubby nak bawak Alya main basikal kat taman tasik la. Sebab Alya leka main basikal kat depan rumah even hubby dok bersihkan porch tapi risau jugak kereta lalu-lalang kan? Hubby suh siap-siap so dalam pukul 5 dah gerak ke Taman Tasik Shah Alam. 1st time datang sini, lalu dah beratus kali heheheehe :)
Nampak tu ada orang naik sampan?? Cool je kan?
So marilah kita beriadah dengan sihat. Alya, ko nak lari 2 kilometer pun takpe, larilah nakkk ..
Suasana yang relaks je, ramai juga pengunjung tasik ni. Budak-budak leka bermain kat taman permainan yang nampaknya diselenggara dengan baik, kawasan pun bersih. Bagus-bagusss nanti senang kitaorang nak datang lagi kalo camni :)
Alya: 'Hiiiii adik ni beratlahhhhh'
Aryan: *muka blur*
Alolololo comelnya anak-anak mama nihhh Aryan elok je pegang pinggang kakak hehehe :) takde sape ajar dia tau, pandai pulak dia pegang alololoooo syahdu mama :)
Pastu kakak suruh adik turun sebab berat nak daki jalan berbukit. Pastu bantai kayuh laju-laju tinggalkan adik. Dah start dahhhh drama ..
Sian Aryan dok tengok kakak di kejauhan. Nak cakap tak pandai lagi hehe :)
Dahhh kena marah kat papa si kakak sebab tinggalkan adik. Kakak merajuk, tinggalkan basikal. So adik plak naik even kaki tak sampai. Papa kata nanti belikan basikal kecik untuk adik :)
Okay, kakak bawaklah adik sian diaaaaa :) adik dah ready dok kat belakang tu tunggu kakak bawak jalan-jalan :)
Hiihihihi kakak mengalah jugakkk. Okay dia bawak Aryan tapi sampai gerai hujung tu terus berenti nak keropok lekor dan minum ABC, beriadah ke haper camni nihhh? Lari tidak, jogging pun tidak apatah lagi nak bersenam hehe alih-alih minum ABC???
Not bad ABC Taman Tasik ni, RM3.50. Secukup rasa kiranya :) keropok lekor sepinggan RM5.00. Hari pun dah semakin gelap, nak Maghrib. Sebelum Maghrib kami dah beredar, taman tasik pun dah semakin lengang takde orang.
Well, seronok jugak bawak anak-anak sesekali ke taman tasik hirup udara petang. Suasana pun santai je, cuaca cerah dan sejuk.
Insyallah next time kita ke sini lagi ehh :)
No comments:
Post a Comment