Friday, April 3, 2015

Aryan's milestone :)

Assalam. Lama tak sembang-sembang kan? Dok sakan jual instant shawl dan cotton maklumlah masing-masing tentunya sedang buat persiapan nak raya. Kain kena hantar tailor awal-awal takut tailor tutup amik tempahan.

Sambil berniaga pastu kerja walaupun sesibuk mana pun, aku masih sempat bahagikan masa untuk Alya dan Aryan, buah hati pengarang jantung mama nih. Aryan bulan ni masuk 1 tahun 10  bulan. Lagi 2 bulan genap 2 tahun insyallah :) skang gigi dah hampir penuh atas dan bawah. Berjalan memang laju jer berlari tunggang-terbalik hehe pastu cakap sepatah-sepatah macam "Aryan, mama, papa, kakak, uwan, atuk, cat, tolong, sakit, nak, makan, fruit, nose, eyes .. simple words. Pastu kalo suruh buang sampah pun dah paham dah kat mana nak buang. Aryan ni beza dengan Alya bab manja kededek dia tu, pantang mama hilang mulalah merengek pastu menjerit. Manjanya alahai cair hati mama, pastu datang ke dapur peluk-peluk kaki sambil mama memasak. Masa Alya dulu dia leka main kat hall, jarang ke dapur mengacau mama masak. Yang Aryan siap menyusu tido baring kat dapur hehe temankan mama masak ye sayang? :)

Pastu Aryan ni masih hisap teats, dah kali ke 8 kot beli teats Avent ni. Cer darab RM17x8 berapa? dah boleh beli emas hehehehee :)

Selain manja, Aryan ni suka main beras kat dapur, habis dicurahnya beras dari dalam bekas ke lantai. Dah bape kali leka tak perasan dia curahkan 1 pot beras tu pastu kutip masuk pinggan plastik. Adoiii tambah satu kerja nak bersihkan pulak budak ni. Kalo dimarah mulalah menjeling sambil tutup-tutup mata hahaha :) anje-anje angattt tu Aryan!

Dengan kakak memang lawan bergaduh je. Ntah camne la budak 7 tahun dengan budak setahun lawan bergaduh?? Ada je benda nak direbut nak digaduhkan. Yang si kakak memang takdenya nak beralah sebab dia kan anti ngan Aryan! Adoiiii baru 2 orang anak mama dah pitam hahahah :)

Bab makan Aryan ni memang suka. Gula-gula kena sorokkan kalo tak kang dia nak 1 bekas tu haha pastu nasi ngan ikan goreng pun boleh, laju je dia makan. Susu takyah citer, Anmum 7 kotak sebulan ehh :) tapi Alhamdulilah dia membesar dengan sihat hendaknya Insyallah :) setakat hari ni baru pandai berguling kat lantai tunjuk perasaan kalo tak dapat benda yang dia nak. Tu je la pastu pujuk-pujuk tipu sket confirm okay lepas tu. Lom pandai mintak mainan yang besar-besar lagi. Lepas ni tatau la camne plak perangai dia kan hehe :)






Mama loves you Aryan!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...