Tuesday, April 14, 2015

From my kitchen; kari ikan bawal :)


Waaaaaaaa .. sambil menaip ni terliur-liur menengokk kari malam tadi hehehehee :) semalam punyalah teringin nak makan kari, lepas amik Alya kat school terus singgah kedai carik ikan bawal. Dalam fridge ada ikan jenahak rupanya cissssss *padah tak check laki beli apa*

Beli ikan bawal saiz sedang-sedang dalam RM7. Beli kari Adabi ngan Babas. Berdebar-debar nak masak ni rasanya since kawen ni kali kedua or ketiga masak kari mamak. Selalunya masak kari kelate ajerr maklum cik abe sokmo kelate aje lahhh hehe :)

Tengah memasak tetiba lampu dapur terpadam huwaaaa dah la cik abe balik selalu pukul 10 malam huwaaa lagikkk .. Budak berdua tu menjerit-jerit, penakut la tuuu sebab lepas lampu dapur padam, satu rumah bergelap. Rasanya lampu dapur dah rosak kot. So on kan suis utama kat depan semula. Tapi dapur still gelap la nasib baik teringat nak on kan lampu kat hood. Nasib baikkk ada juga la lampu sket kann hahaha kalo tak, koser nak masak dalam gelap. Lampu backyard tak boleh harap sangat, samar-samar aje nak romantik ke haper sambil memasak hehehe :)


Alhamdulillah, menjadi juga kari ikan bawal kakton nihh hahaa hubby mula tu suspen maklum la dah bertahun kari tak masuk ke rumah hehe dia ingat aku beli kat kedai mamak kot. Dia memang tak suka lepak or makan kat kedai mamak. Aku okey je cuma takdelah peminat setia mamak, sesekali okay je melepak sambil makan roti sardin. Agaknya sebab hubby dok utara 2-3 tahun, jemu la kotttt :)

Hubby: eh ni beli kat mana kari ni? sambil mencedok kuah mukanya kelat jerrr 
Aku: manade beli, I yang masak. sesekali teringin jugak, asik kari kelate ajerrrrr *melawan tuuu*
Hubby: hiiiiiiiii kari mamak la yang saya tak sukaaaaa *muka kelat dah niii* 
Aku: eh ni bukan kari mamak la ni kari saya, cuba dulu laaaaaaaa *amboi tuan besar niii*
Hubby: diam. sambil mengunyah nasi perlahan-lahan. then tambah lagi kuah dan ikan. suap ulam cicah budu. thennn tambah nasi lagi. thenn  tambah kuah lagi pastu ulam budu lagi pastu makan lagi pastuuuuuuuuuuu ..

Pastu abislah nasi seperiuk kihkihkihh tu la sombong sangat eksyennn takmo makan kari kononnnn hambikkk bini masak special nih sambil masak dalam gelap pastu asik belek resepi belakang bungkusan rempah kari Adabi tu sebab takut silap masak kihkihkih :)

Senang jer nak masak kari ni sambil goyang kaki pun boleh hahaa eksyennn kan. Bahan-bahan pun takde la susah mana nak cari. Bawang putih, bawang merah, halba campur, serbuk kari, ikan dan bendi. Tomato pon boleh jugak. Asam jawa jangan lupa. Korang mesti dah biasa masak kari ni kan? Nak bagi resipi malu pulak maklom aku pun google banyak kali semalam hahaa :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...