Wednesday, April 15, 2015

From my kitchen; kari again??


Hehehe 2 hari berturut masak kari perghhh memang kemaruk betul makan kari ni. Isnin masak kari ikan bawal, Selasa masak kari ikan jenahak. Kang kalo cerita semalam pun lunch kat Curry House makan kari kepala ikan confirm korang tak percaya kan? Jap nak godek gambo lunch semalam.

Haaaaa nih diaaa hahahaha gila tak gila laaa asik makan kari je kannn .. ni lunch kari kepala ikan jenahak kat Curry House Restaurant yang baru buka di Denai Alam. Amik set untuk 4 orang dalam RM89.00 termasuk air. Kari kepala ikannya boleh tahan, sedapppp and chefnya macam femes gak kot sebab siap ada banner depan restoren tu. Nanti aku update lagi details pasal restoren ni. 


Pastu masa amik Alya, dia macam biasa laa confirm akan tanya "mama masak apa malam nanti?" ko tak stress? asal bukak pintu kereta tu soalannya. Hari-hari without failed. kadang-kadang naik angin gak sebab mak ni takde idea tengah mencari idea ke apa ke dia asik bertanya memang carik pasal namanya tu hahaa :)

Teringat ikan siakap yang hubby beli lastweek. Lama dah dalam fridge tu so jom la masak kari siakap. Just beli santan dan daun kari, bendi terlupa hahahahaa :) pap pap pappp siap kari ikan siakap. Alya makan bertambah. Dia memang ikut selera mama lew tewww :) papa pulak dalam pada tak makan kari diam-diam cedok nasi 2 kali gitewwwww :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...