Monday, April 13, 2015

From my kitchen; udang goreng bercili

Assalamalaikum :)

Isnin. Pepagi dah semangat nak kerja maklum Jumaat lepas cuti so 3 hari rehat2 kat rumah je. Sesekali perlukan rehat jugak lepas struggle dengan pelbagai perkara. Seronoknya tidur lebih sedikit dari biasa pastu golek-golek atas katil dengan Alya dan Aryan. Bila pandang muka anak-anak, rasa kesian timbul. Hari-hari mama papa balik lambat. Walaupun mama yang amik anak-anak tapi kadang2 terfikir jugak, balik lambat sampai rumah pun dah malam. Masa singkat sangat nak melayan memasing main or belajar. Hari Sabtu ada je kerja or aktiviti, papa pulak kerja. Ahad pulak samada bukak booth or pergi restock barang-barang nak jual. See, masa sangat pantas berlalu dan dorang pun makin besar tapi mama dan papa macam terlalu busy nak duduk bersenang-lenang melayan dorang tanpa rasa gelisah tengok jam nak cepat je keluar sebab banyak benda nak dibuat???? 

So, Sabtu lepas papa cuti. Maybe papa letih kerja kot. Tapi Alya dan Aryan happy sangat sebab mama dan papa ada kat rumah, bersantai-santai takde nak rush ke mana-mana. Siapkan kerja rumah sambil memasak. Hari hujan, budak-budak leka main pastu tido. Petang baru keluar jalan-jalan.

Ahad, bukak booth sebab dah lama sangat cuti ni. Tapi bukak sekejap je sampai pukul 12. Pastu pecut balik rumah nak masak untuk kesayangan hati :)

Masak simple je sebab penat. Tadi kat booth berpanas terik. Alhamdulillah rezeki untuk hari Ahad yang indah. Masak campak-campak jer pun tapi dorang makan beria. Beli udang hari Jumaat lepas kat Myden sebab Alya memang sukakan udang cuma dia je yang kadang-kadang takut nak makan sebab dia kan eczema, tapi dalam hati ndak so mama belikan jugak. Udang goreng bercili yummyyyy :)

Ni nak ngadu sket nihhh .. before GST udang size ni dalam RM32/kg tapi Jumaat lepas tengok harganya RM39/kg mak aiiii harga kemain mahal skang. Myden kata serap GST konon tapi boleh nampak kenaikan harga kat barang-barang yang kita biasa beli. Nampak sangattttt propaaaaaa tak baik tauuuu :) kenaikan harga selepas GST sangat membebankan pengguna. Bukan sedikit yang terasa dengan GST ni, ramaiiiiiii :) Harapannya agar menteri or PM amik perhatian keluhan rakyat. Di bahu pemimpin ada tanggungjawab untuk rakyat, bersikap amanahlah dalam menunaikannya, berat tanggungjawab itu yang bakal dipersoalkan nanti :)


Yang ni menu beberapa hari lepas. Singgang ikan tongkol kegemaran hubby. Sangat mudah dan senang dimasak. 


Banyak nak update tapi gambau tak lepas-lepas pulak transfer dari note ke pc huhu tunggu jap lagi la baru sambung citer hehe :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...