Thursday, April 30, 2015

Selamat bercuti uolss!


Assalamualaikum

Esok, cuti Hari Pekerja. Bersambung Sabtu, Ahad dan Isnin. Cuti selama 4 hari ni takde plan nak ke mana kecuali balik kampung, sesi masak dan makan-makan dengan mak. Tak plan nak pegi pantai ke gunung ke sebab Mei-Jun dah penuh perancangan read;banyak guna duit hihi :)

Anyway, selamat bercuti. Hati-hati di mana saja anda berada, hati-hati juga tika memandu, harap selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga anda semua sentiasa selamat dan berada di dalam lindunganNya Insyallah :)

*KedaiKakton still open so kalo nak any stock just whatsapp 012 228 1418 hokkay*

Wednesday, April 29, 2015

KedaiKakton; Aidijuma bawal yang hot!

Assalam

- KedaiKakton -

Kali ini bertemu jodoh dengan Aidijuma pulak :)
 sampai rasa mabuk ketum hehe ni semua sebab ada yang on demand kalo tak kakton tak larat merebut stock. rasa dah tua nak gi berebut beratur 3-4 jam hehe :) ikutkan dah lama follow IG Aidijuma cumanya aku dah lama tak pakai tudung bawal, asik ber shawl shawl shawl ajer 
gitewww hehe :) 

Lastweek sangat mencabar sebab aku ni baru je nak berkecimpung merebut stok Aidijuma yang dikatakan hot gilerrr nih :) memang hot sampai pagi pun masih ada yang whatsapp hehe :)

Lastweek stock sakura biru ni haaa tatau la apa yang special. Aku kebetulan dapat 5 helai je 1st batch. Dah sold out jual takde untung apa sebab aku tatau berapa nak jual hahahaa tapi next stock memang dapat mahal sebab amik dari reseller so kena simpan stock ni baik-baik :) tunggu harga offer yang in good deal baru aku release hokkay :)

**** so kalo korang hunting sakura biru Aidijuma, kakton ada stock hehe :) sila bagi good offer ye :)


Yang ni pink green abstract, pon laris. sape nak boleh whatsapp ehh :) yang ni customer beli siap matching dengan satin cotton plain warna pink. sangat gojes tawww :)

RM30.00/pcs postage RM6.00



Then yang bawah nih pun cantik, floral. nampak segar je kan :) 
dah 2 kali kakton restock walau ada yang cakap macam corak sarung bantal kikikih :)

RM30.00/pcs


atau Aidijuma yang ni, pun sangat gojes pastel color gitu :) oren pastel

RM30.00/pcs  postage RM6.00


yang bawah ni pun matching dengan satin cotton army green :)
tahun ni mata kakton asik tertawan dengan warna hijau ajer, confirm tema hijau raya ni hahah :)

cun kan combo ni? RM85.00 untuk set bawal dan cotton. postage add RM8.00


And lastly stock dalam tangan kakton ialah corak stripe ni. 
pun cantik, tak rugi beli uolss. ni memang ada beli extra untuk simpanan sendiri jugak. 
uolss kalo nak just inform ehh :)

RM40.00/pcs black label postage RM6.00 


Monday, April 20, 2015

KedaiKakton; cotton is available :)

-KedaiKakton-

Cotton-cotton yang available, ada yang baru restock ada yang baru sampai ada yang dah lama masuk ke KedaiKakton. Pendek kata semua cotton ada, cotton dari Vietnam ye uolsss .. okay since ramai yang tanya, 4m ke 3m? Ia bergantung kepada bidang ye, kalo kakton selalu jual bidang 60 so memang standard la bagi 3.5meter untuk sepasang baju. Kalo cotton Korean or Jepun pula bidang 63, bidang besar pun kita bagi 3.5 meter so dont worry memang cukup untuk sepasang baju ye :)

So jika korang masih mencari-cari cotton untuk dibuat baju raya, meh tengok kat sini stock2 yang meletup kebaboommmm :) pilih pilih pilihhhhhhhhhhhhhhh :)

Kalo beli banyak, ofkoslah ada diskaungggg kan :) tapi postage mintak maaf ye sebab ada GST so kena tahu berapa helai amik then baru kakton bg tau bape postage totalnya :)

Lets pilihhhh :)

English cotton 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM70.00














Cotton burberry inspired 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM70.00


Cotton satin 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM70.00








Cotton Viscose 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM70.00


Cotton lawn 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM70.00
 
  

Cotton satin plain 3.5 meter x bidang 60 (sepasang baju) RM60.00


Korean Cotton 3.5 meter x bidang 63 (sepasang baju) RM70.00



Friday, April 17, 2015

From my kitchen; Oven Butterfly :)

Assalamualaikum. 

Hari ni Jumaat, 27 Jamadilakhir, masa terlalu pantas. Ni dah April. Nextweek dah penghujung bulan pastu Mei pastu Jun pastu Ramadhan then rayaaaaaa :)
Apa yang dah dilaksanakan dalam 4 bulan pertama ni? Ada yang dah berjaya mengikut perancangan ke? Hehe aku ni plan atau angan-angan banyak, biasalah berangan kan free. Itu nak, ini nak. Kalo boleh semua nakkk tapi memandangkan duit pun terhad so kenalah pepandai menyimpan dan merancang. Tambahan lagi nak menyambut bulan puasa dan raya, lagi banyak nak guna duit. So dari sekarang aku dah plan dan merancang kewangan keluarga. Cewahhh bunyi macam serius je kan hehe :)

Okay, antara perancangan atau angan-angan aku ialah nak beli oven. Hehe kelakar pulak bunyinya, macam serius je kan. Hari tu aku dah citer kan, masa masuk rumah baru memang tak buat built in oven sebab dapur skang ni kecil, 10x10 lebih kurang. So just buat kitchen cabinet dan table top ajer. Built in oven takde dalam perancangan sebab tatau mana nak letak. Kitchen cabinet bentuk L pastu letak peti sejuk, terus rasa penuh dapur sekangkang kera tu hehe :) so hubby kata its ok nanti renovate bahagian belakang rumah yang masih ada tanah lebih kurang 10 kaki lagi Insyaallah :) masa tu tatau la bila sebab tahun lepas dah buat bahagian depan so kena mengumpul bajet lagi la. 

So, memandangkan built in oven takde tapi aku ni berangan nak buat cupcakes dengan Alya biasalah mak-mak ni kan. Sweet je rasanya buat kek dengan anak, macam dalam citer omputeh tu kan. Waaa tak sabarrr :). Dah survey beberapa bulan wahhh nak beli oven je pun tapi survey macam nak beli kapal terbang kauuu hahaha :) antara pilihan oven ialah Butterfly yang dah dipercayai dari dahulukala. Dari oven yang bulat dan hitam legam bentuk petak tu :) so terus survey Butterfly kat kedai elektrik. Ada yang besar ada yang kecil - paling kecik 9 liter. Aku berkenan yang warna putih 19 liter. Ada ternampak kat kedai dalam RM180.00. Tapi ari tu tengok kat Lazada RM128 wahhh murahnya free delivery lagi. Tapi tak beli pun masa tu sebab macam lom perlukan oven pulak hahaha :) pastu nak kena beli rak baru. Wah memacam benda kena beli ni pastu baru boleh beli oven. So delay la dulu.

Nih rupa oven Butterfly tu :)


Lama juga ding dong ding donggg lastly Isnin lepas aku terus click to proceed order sebab harga turun naik skang so baik beli cepat-cepat hehe :) kali ni harga RM130.00 padan muka rugi RM2 hahahaha :) free delivery gitu. NO GST katanya :) 

Isnin buat payment by Maybank2u, Lazada terus bagi confirmation receipt then dapat la email dia bagi tau tentang proses penghantaran yang akan diuruskan oleh Freight Mark. Yang bagusnya Lazada ni sebab sentiasa update dari masa ke semasa. So aku terima oven ni hari Khamis, 3 hari selepas settle payment. Okay takdelah tunggu lama or takde stock ke atau default kat mana-mana ke. So next time bolehlah beli lagi ye Lazada hehe :) korang kalo nak beli barang-barang boleh check kat sini http://www.lazada.com.my.


Yeayy dah sampai idaman hati hehe :)


Nih diaaaa idaman hati sejak beberapa bulan dulu. Harga takdelah mahal mana tapi sebab aku ni mikir nak letak kat mana, nak susun dapur semula sebab banyak perancangannya so delay lama juga. Tapi malam tadi bila tengok oven ni senyum-senyum aku sensorang hehe :) rasa macam kepuasan sebab dapat membeli sesuatu dengan perancangan kewangan yang betul. Dulu main beli je pastu pening mikir nak buat apa. Skang dah tetua ni banyak fikir before beli or buat sesuatu. Amboii beli oven je pun, hover aku nihhh hhaha :)


So, korang tunggu la aku tayang cupcakes plak lepas ni haha :) saikooo :)) tengok nih comel-comel kan waaa tak sabar ni nak gi Bagus beli barang-barang kehkehkehhh :))




sweetnyaaaaaa ..



Tapi kalo jadi cenggini camne haaaa??????? hahaha :)





Thursday, April 16, 2015

KedaiKakton; Instant shawl

 


 




Instant shawl yang hot, terlarissss nokkk :)
uolss bila lagi nak cuba?? batch by batch dahhh memang ramai yang suka instant shawl ni

RM40.00 sahaja *postage mengikut jumla helaian yang dibeli*
semua warna available, just mention nak warna apa hokkay :)

012 228 1418 Hani aka kakton :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...