Friday, October 29, 2010

Negeri Sembilan vs Kelantan



korang tau tu bendera apa? mesti le tau kann .. kot le ada yang teka Manchester ke Chelsea ke hahahaha ..
satu Malaysia tengah demam bola. esok final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan. huhuhu.
kalo takde kena-mengena ngan haku, tak koser nak buat entry ni tau. sebab berkaitan baru aku rajinkan jari ni hahahaa ..

sapa yang tatau tu aku citer le sket yer. kenapa entry ni wujud? kenapa??
sebab, aku ni asal Negeri Sembilan manakala suami terchenta Kelantan. benarnya dia asal Kuala Lipis tapi mak pak dia menetap kat Kuala Krai. so mengaku le dia negeri terchentanya adalah Kelate huhuhu.
so, oleh kerna ramai benar yang bertanya kat haku since final ni dedua negeri ni akan mengadap sesama memasing sampai aku pon rimas. macamlah aku yang main bola tu hahahaha ..

antara soalan faveret mereka;

1. ko sokong mana?
"ofkos ler negeri aku, Negeri Sembilan. apa hal nak sokong Kelantan? ekekkee"
2. camne laki ko? dia musuh ketat ko ke?
"eh hello, apa kes nak gaduh sebab bola? aku pon jarang tengok bola ngan dia, dia tengok tv dia sendiri so tak kaco aku pon hahaha"
3. laki ko Kelantan brutal ke? yang suka carik gaduh tu?
"hellooooo .. bukan sume mat kelate tu bekeng okehh .."
4. takde sesi sindir perli atau provok ke korang laki bini?
"ayoyoyoyoyo ini game ajelah, kita main secara sihat"
5. kalo team ko menang, laki ko camne? "nak buek camno, terima je kekalahan tu dengan hati terbuka takkan nak guling2 plak atas padang"

tu jawapan jujur aku ek. last year suamiku pergi jugak ke Bukit Jalil. tiap kali N9 dapat gol aku sms dia "eh masuk gol ek" akkakakaa mesti berbulu je dia baca ekkk .. tapi takdelah aku nak boooooo kan dia bila balik. sebab, tu kan game aje. kalo N9 kalah pon takdelah aku nak meroyan meraung2 plak. aku heran gak mentaliti orang yang tak boleh terima kekalahan. atau suka provok orang lain untuk mencetuskan pergaduhan. sebab dah banyak kali kita baca kat paper, tengok news betapa banyak kecederaan, hingga ada yang meninggal dunia baru-baru ni disebabkan sikap segelintir manusia yang aku rasa memang tidak bertamadun.

ingatlah, bila kita berada di stadium yang penuh sesak itu, ada juga penonton kecil iaitu kanak-kanak. jadi jika anda yang dewasa dan boleh berfikir ini melakukan perkara2 tidak senonoh, ganas atau tidak bertamadun, mereka akan melihat atau lebih teruk mereka pula menjadi mangsa. jadi, jagalah diri dan kelakuan anda di sana. jangan kerna terlalu ikotkan hati, nafsu dan jiwa yang membara, mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.

aku tidak bias kepada memana pasukan, negeri atau kaum. cuma mahu mengingatkan jika ada yang alpa. bola sepak adalah salah satu sukan yang digemari ramai. sukan pula merupakan aktiviti riadah yang sihat. jadi, kita jadikannya riadah sambil mencipta rekod team mana yang lebih hebat tanpa ada cetusan keganasan. Malaysia Boleh!

and, Hobin jang Hobinnnnn .. hahhahaa

** aku tak gi stadium pon. giler mahal tiket kali ni. buleh buat belanja makan seminggu ek. tapi dah minat, pegilah bang. tak dapek nak halang dahhh ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...