Monday, October 4, 2010

2nd Birthday Bash Alya - Part I

Happy Birthday to you ..
happy birthday to you ..
happy birthday to Alya ..
happy birthday to youuuuu ..
hushh hushh hushh (ni maknya yang blow the candles beria bukan Alya pon) hhihihihi ..


kronologi hari Ahad, 03.10.2010 
Ahad. aku terjaga dalam pukul 7 pagi. itu pon sebab aku tido pukul 5.30 pagi tadi. kemain hebat buat keje sebab takmo kelam-kabut kan. potong daging, potong ayam, siang sayur, potong bawang bagai. pendek kata semua buat awal-awal supaya hari Ahad ni tinggal nak masak jer lagi. maklum kudrat yang nak masak buat semua tu sorang jer. laki ai tu kena jaga anak sesambil kena jadi runner. celik jer mata terus mandi dan masuk dapo. lega tengok tupperware, periuk, bekas makanan, dulang, sudu, senduk bagai dah dicuci dan dah kering pon.

air gula nak buat minuman pon dah siap satu jug. menu hari ni simple dan mudah jer maklum acik ni bukan pandai masak pon. ini pon masak syok sendiri jer hahahhaa ..

menu ari ni bihun goreng dan mee kari. makanan lain, kek, nugget, nasi impit, talam cendol dan buah-buahan. tu jer la. senang kan? hehe

dalam pukul 10 selepas hubby balik santan ngan daun kari, baru le kuah kari terjerang. baca bismillah berkali-kali sebelum menumis tu. harap-harapnya menjadik ler masakan aku nih. nak bagi tetamu makan tapi macam lom konfiden jer rasanya. ohhh .. takpe takpe kena yakin.

kul 11.30 kuah mee kari dah nak masak. sambil tu siapkan bahan-bahan nak menggoreng bihun plak. sambil tu mak, makcik dan ummi dok calling dorang on the way tapi sesat ke exit Kota Damansara. terjerit-jerit le aku bagi direction sambil menggoreng bihun. horror!

lepas semua dah siap, tinggal nak hiris buah limau ngan tembikai jer. makcik sampai dulu. puas membebel mak ngan ummi plak sampai. dorang makan tengahari dulu, mak ada bawak rendang ayam dan daging dah siap masak dari kampong. pastu aku kemaskan meja sebab dah kul 2.30 masa tu. tetiba Mahzan call kata nak datang awal sebab dia nak ke KL, dia datang memang sekejap benar semata nak anto hadiah Alya. aku pon lom bersiap masa tu.

dalam kul 3.30 baru selesai letak makanan. Kak Ana, Kak Ina pon sampai termasuk anak jiran kat kampong, Kinah pon datang. dahlah lom selesai hidang, rasa macam horror sangat nak layan tetamu dalam keadaan kelam-kabut kan. dah la cousin yang dah besar badak pon tak reti nak menolong. hishhh geram juga dalam hati ni.

jom tengok sekitar majlis dari kul 3-6 petang. tetamu terakhir datang kul 10 malam ekeke ..

ni kuih talam cendol, kak sarina opismet yang buatkan. thanks kak. sedap dan abis licin sampai tuan umah tak dan nak simpan.
 kek coklat kukus ni pon kak sarina yang buat. memang mabeles aku cukup suka. thanks kak.

ni sebahagian dari mee kari. mee dan karinya tak sempat nak snap. kelam-kabut sungguh mak Alya ni. bihun goreng pon takde gambo. 

gambo lelain memang aku lupa nak snap. lupa snap okeh lagi, aku lupa nak masukkan memory card hahahhaa. ha sib baik ada juga sekeping gambo goodies bag. buat dalam 60 bekas, tinggal 2 je untuk kenangan tuan umah.

ni kek moist chocolate cake, tempah kat isteri kawan kat opis. memang selalu tempah kek ngan dia, last year besday Alya pon order ngan dia. tahun lepas gambo mickey mouse. tahun ni request DORA sebab Alya dah kenal faveret kartunnya tapi takde so tuko le ngan Princess, okay gak la kan. keknya memang sedap, tahan lama dan cantik. berbaloi la RM85 untuk kek ni. kalo kat SR lagilah mahal tapi rasa lebih kurang jer. thanks kak Maiza and minta maaf le sebab terlambat sampai nak picked up kek. maklom runner sesat ekekke ..


potong kek ni dalam kul 4.30 rasanya. tu pon sebab mak, makcik dah sibuk nak gerak balik Pilah. kebetulan Malay, kawan dari Cari pon ada. meriahnya sebab budak-budak ramai time ni.


Alya dan Qisya. Qisya next besday on November ni. nanti jumpa kat umah Qisya pulak ek.


ni Malay kawan dari forum CARI.

and, antara tetamu yang datang. ada yang tak sempat snap gambo maklom tuan umah kesibukan. nak upah kameramen bajet takdok ehehehe ..


yang ni pulak Alya bersama IBU Ai, pernah jaga Alya dalam 7-8 bulan. kadang-kadang ibu amik juga Alya kalo dia rindukan budak debab ni.


kalo dengan kakak Aqila, Alya memang kemain happy. ada je yang nak dibuatnya. suruh buat peace tak reti so tunjuk je la bape finger yang ada. jangan middle finger sudahhhh ekeke ..


yang ni selepas Alya bukak hadiah dari auntie Suzana, terus pakai beg Barbie ni. kemain dia melonjak bila tengok beg ni. dia memang suka beg, skang tengah cari spek ngan jam plak sebab dia dah banyak kali sebut.


ni Kak Suzana, pernah tinggal serumah ngan Hani masa di Sri Damansara dulu. dair housemate terus jadik sedara. keciknya doniaaa ..


giler suka aku time ni. tak ingat kiri-kanan dan tergelak. takpelah, maafin je la tuan umah yang dah ober ni ekekek ..


tetamu last yang datang kali ni exec hani, En Zul ngan kawan baik Kak Nana sekeluarga. gambo next entry baru upload. okey kejap lagi sambung part hadiah Alya plak. tak larat nak upload sebab server slow tahap cipan dahhh ..

tq kepada yang sudi singgah dan celebrate besday Alya. tq juga kepada yang bagi hadiah dan duit raya. maaf kiranya ada kekurangan dari segi layanan, makanan yang tidak sesedap mana namun daku ikhlas memasak semuanya. tq juga sebab sudi wish Alya. tq semua.

jumpa next entry!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...