Kalolah mak pak korang turunkan harta-pusaka berupa wang sejota, tanah 18 ekar, lembu 20 ekor, ayam sereban (ni baca sebagai harta orang kampong) kalo orang kl = kete bmw merc, rumah banglo 4 tengkat, saham bla bla tapi cuba tengok apa yang emak den panjangkan padaku.
ni namanya entry menunjuk. kalo tekak geli baca sila abaikan entry ni. atau sediakan pastik siap-siap. muahahhaa
Punyalah berzaman mak aku menyimpan set pinggan mangkuk ni dari tahun 60 an dedulu. Kebetulan balik Pilah minggu ni bercerita ngan mak pasal hobi mengumpul set pinggan yang mahal yakni corelle, corningware, vantage bla blaaaa aku tak mampu le nak beli semua tu melainkan beli sket-sket. Contoh bulan ni beli pinggan 2 bijik, bulan depan cawan 2 bijik sampai le cukup set tu kann. Giler ko nak nunggu cukup 1 set memang tak dapek la nak bagi orang guna pinggan tu kalo datang umah ekkekeke ..
Cuba ler bayangkan pinggan sebijik dekat 50 hengget. Kalo set selalunya 6 bijik kan? So 50 hengget x 6 biji = 300 hengget. 300 hengget kooo .. tu baru pinggan. Lom kira cawan 6, piring 6, bowl 6, piring kueh 6 bla bla makkkkk .. oooh tidak lom mampu ler nak beli set mahal giler ni. Pakai je la set melamine dari langkawi jer lebih/kurang 300 hengget ajer. Nak murah lagi pon ado, carik je kat Econsave ke Hero ke kedai ah seng ke wakakkaka memang giler la kalo citer pasal pinggan mangkuk ni. Ada juga orang pompuan kurang minat ngan bab pinggan mangkuk ni contohnya aku ler. Tapi skang dah minat sket-sket sejak kawen mawen ni maklom orang selalu datang umah takkan nak bagi makan lam tempurung kelapa lak kann muahahha ..
Benornya dah lama tau mak simpan set pinggan-mangkuk dari aku kecik lagi. Tau mak ngan uwan simpan lam kotak kayu. Kotak kayu okeh bukan cabinet kayu yer. Punyalah dorang jaga dengan baik biar tahan lama. Haa bayangkan tahun 60an hinggalah skang. Mau dekat 40 tahun kan? Korang ado? Kalo ado tayang la ekekke ..
Ni pon kuarkan sket jer takat nak snap picas. Tak larat nak ngangkut kuar dari kotak kayu tu. Set ni berbeza ngan set skang sebab pinggan je ada 12 bijik. Cawan plak memang ada 6 jer sekali ngan piring. Piring kueh ada 12 gak rasanya. Bekas nasi, teko, bekas cuci tangan, bekas sup blab la banyak sungguh. Ni dah pesan siap-siap kat mak suh simpankan sampai rumah bertanahku siap ekeke .. dah ada cabinet nanti baru angkut ke mari. Mak plak kabo “sapo la yang nak melainkan engko sorang jer lam umah ni” muahahahhaa .. sayang mak.
Hiii rasa sayang sangat bila tengok lukisan tangan kat pinggan ni. Agak-agaknya kalo jual ni laku tak? Kalo letak harga 10 ribu ada ke orang beli? Sebab ni original dari England koo .. arwah uwan beli di Singapore. Orang dulu-dulu kan suka gi Singapore. Ena Misdi, ko try ler carik kat singa pura-pura kot ada lagi hehhehhehe ..
cuba tengok, engrave by hand. genuine lagi. tatau la kilang yang buat ni wujud lagi ke tak di zaman moden ni. zaman purba dulu pon tatau kat mana kilangnya. harga pon emak aku tak ingat dah. zaman purba dulu murah ler kot. skang tatau la bape nilai. tapi ada ke orang nak beli pinggan camni harga puluhan ribu? kaya le aku kalo ada ekekekeke
buat masa ni set ni still kat umah mak kat pilah, tak koser nak bawak mai sini sebab mana nak letak. kena beli display cabinet dulu nampak gayanya ni. tapi lebih afdal kalo display cabinet tu letaknya kat rumah bertanah kan? ekekkekee muntah oren kalo orang baca ni
No comments:
Post a Comment