Sunday, October 31, 2010

Alya at Midvalley ..

lupa nak upload gambo ni. ni masa di Midvalley, lastweek. kebetulan ke sana sebab nak join MAPEX, home ekspo. first time pegi ekspo ni, terus-terang tak best. tak banyak pilihan and harga sume overpriced. dah kata buat ekspo, kenalah bagi range harga dari murah-mahal kan? takkan sume overpriced. tercekik aku nengok harga rumah skang ni sume above 400k. nak murah dan besar? nun di Rawang atau Dengkil atau Port Dickson. gile jauh akakkakaa ..

so, kesimpulannya aku dan hubby bersyukur sebab decide awal2 before ke MAPEX ni. so, bila jengah2 sini takdelah termenyesal ke atau frust ke. yeahhh ..

jom layan gambo anak dara ku ni. ni kat depan Carrefour. sementara aku sebok membelek barang rumah, dia ngan papa dok vroom vroom kat depan ni. eh ada budak lain la. ekekke .. enterframe la kejap yer dik.
Alya so far boleh dibawak berunding, nak le dia share naik mainan ni ngan orang lain. before this, jangan harap, memang kedekots.

lama gak dia dok dalam mende ni. ada le jugak 2-3 orang budak pon nak naik terus tak jadik sebab lama bebenor menunggu hehe. kesian dorang. Alya ni pantang jumpa benda ni memang dia lepas gian dok dalam tu walau mama dah banyak kali panggil suh turun.

happy weekend!

Friday, October 29, 2010

Negeri Sembilan vs Kelantan



korang tau tu bendera apa? mesti le tau kann .. kot le ada yang teka Manchester ke Chelsea ke hahahaha ..
satu Malaysia tengah demam bola. esok final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan. huhuhu.
kalo takde kena-mengena ngan haku, tak koser nak buat entry ni tau. sebab berkaitan baru aku rajinkan jari ni hahahaa ..

sapa yang tatau tu aku citer le sket yer. kenapa entry ni wujud? kenapa??
sebab, aku ni asal Negeri Sembilan manakala suami terchenta Kelantan. benarnya dia asal Kuala Lipis tapi mak pak dia menetap kat Kuala Krai. so mengaku le dia negeri terchentanya adalah Kelate huhuhu.
so, oleh kerna ramai benar yang bertanya kat haku since final ni dedua negeri ni akan mengadap sesama memasing sampai aku pon rimas. macamlah aku yang main bola tu hahahaha ..

antara soalan faveret mereka;

1. ko sokong mana?
"ofkos ler negeri aku, Negeri Sembilan. apa hal nak sokong Kelantan? ekekkee"
2. camne laki ko? dia musuh ketat ko ke?
"eh hello, apa kes nak gaduh sebab bola? aku pon jarang tengok bola ngan dia, dia tengok tv dia sendiri so tak kaco aku pon hahaha"
3. laki ko Kelantan brutal ke? yang suka carik gaduh tu?
"hellooooo .. bukan sume mat kelate tu bekeng okehh .."
4. takde sesi sindir perli atau provok ke korang laki bini?
"ayoyoyoyoyo ini game ajelah, kita main secara sihat"
5. kalo team ko menang, laki ko camne? "nak buek camno, terima je kekalahan tu dengan hati terbuka takkan nak guling2 plak atas padang"

tu jawapan jujur aku ek. last year suamiku pergi jugak ke Bukit Jalil. tiap kali N9 dapat gol aku sms dia "eh masuk gol ek" akkakakaa mesti berbulu je dia baca ekkk .. tapi takdelah aku nak boooooo kan dia bila balik. sebab, tu kan game aje. kalo N9 kalah pon takdelah aku nak meroyan meraung2 plak. aku heran gak mentaliti orang yang tak boleh terima kekalahan. atau suka provok orang lain untuk mencetuskan pergaduhan. sebab dah banyak kali kita baca kat paper, tengok news betapa banyak kecederaan, hingga ada yang meninggal dunia baru-baru ni disebabkan sikap segelintir manusia yang aku rasa memang tidak bertamadun.

ingatlah, bila kita berada di stadium yang penuh sesak itu, ada juga penonton kecil iaitu kanak-kanak. jadi jika anda yang dewasa dan boleh berfikir ini melakukan perkara2 tidak senonoh, ganas atau tidak bertamadun, mereka akan melihat atau lebih teruk mereka pula menjadi mangsa. jadi, jagalah diri dan kelakuan anda di sana. jangan kerna terlalu ikotkan hati, nafsu dan jiwa yang membara, mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.

aku tidak bias kepada memana pasukan, negeri atau kaum. cuma mahu mengingatkan jika ada yang alpa. bola sepak adalah salah satu sukan yang digemari ramai. sukan pula merupakan aktiviti riadah yang sihat. jadi, kita jadikannya riadah sambil mencipta rekod team mana yang lebih hebat tanpa ada cetusan keganasan. Malaysia Boleh!

and, Hobin jang Hobinnnnn .. hahhahaa

** aku tak gi stadium pon. giler mahal tiket kali ni. buleh buat belanja makan seminggu ek. tapi dah minat, pegilah bang. tak dapek nak halang dahhh ..

Entry untuk encek somi ..

Abang, saya tau awak selalu baca blog saya ni. asal sampai opis mesti awak klik2 nak tengok kot bini abang update citer apa kan? betol kan? awak takut benar saya blog kan sume citer kan? hehehee ..

so, kali ni entry ni special untuk awak. since awak mesti dah balik opis lepas semayang jumaat kan?

oh abang, belikan saya henpon nihhh .. since lastweek saya dok menelan air liur menengok henpon ni. dah la comel, boleh surf internet, ada ciri2 blackberry, pastu paling penting MURAHHHHH .. dah dekat 10 kedai saya survey tau. harga market dalam paper tulih RM520 (including 2mb memory card, aksesori, charger) tapi kalo kosong jer mean takde memory card bleh dapat RM450 ajek fuyoooooo ..

oh abanggg .. saya dah 4 malam tak tido lena tau. asik termimpi2 jer budak juai henpon kedai ah seng dok tayang hat kaler pink ni. ohh tidak. asik teringat ajer nih ..

kalo abang tak bagi, saya bakar baju merah abang tu biar tak dapat gi tengok bola malam esok!

Wednesday, October 27, 2010

Ke mana langkah kaki?

Minggu depan cutik panjang ler deme. termasuk ler daku. tapi laki den kono kojo sabtu. padan muka. hikhikhik.

tetiba tatau nak plan ke mana. tadik ada dengar orang sebut-sebut port dickson. ahaks. macam tak lalu jer nak ke sana. oooh orang ittew sudah booking company banglo rupanya. last ke sana bulan March dulu. teringat kamera SONY kesayanganku kena siram air sebab kena muntah Alya hahaha.

jap tadik ada orang sebut negeri Melaka. apa ada di Melaka yer? Maya oh Maya mai habaq kat cheq apa ada sana? ikan bakaq? ooh sedapnya bila teringat time makan ikan bakar kat Bagan Lalang time mengandung dulu. tu sebab ada orang melayan mak buyung. skang takyah nak berangan setakat cakap nak makan ikan bakar memang takde sapa menurut perintah pon. maklom mak buyung dah tak buyung tapi jadik mak lemakss .. ahakss ..

jadinya, ke mana langkah nak ku bawa kerna cuti lama itu? tiga hari. takkan bangun tido terbongkang kat rumah ajek? mau acik naik buntu kang. abih tinggi pon round ke Subang Airport tengok firefly sambil babai babai kat plane yang naik ke langit nun .. giler bosan dah tu .. ahahhaha ..

sapa rajin ada idea bernas meh la bagi acik arah tujuan selama 3 hari tu. rasanya laki acik tak kojo kot sabtu sebab dah alang2 menyeluk pekasam baik cuti ajer hihihi

eh nanti acik bukak comment tu so korang dah boleh leave a comment ler .. hahahaha

Monday, October 25, 2010

Sape nak kawen?

Kejap jer dah nak masuk bulan November kan? cepat betol masa skang ni. pejam celik pejam celik dah nak ujung tahun. azam pon belom abis tercapai lagi. azam nak kurus lagilah tak tercapai dek akal hahahaa ..

kalo dah nak masuk November/Disember, apa yang selalu berlaku? sapa tau?
Banjir? ye betol jugak jawapan tu hehehe ..
Cuti sekolah. ye memang betol.
Majlis berkhatan pon akan diadakan. ye betol lagikkkk ..
Majlis nikah kawen. yang ni 100% betol. hahaha ramai suka memilih nak kenduri time cuti sekolah kan??

so, kepada bakal pengantin yang masih tercari-cari mak andam, make up atau atau bahasa kebangsaannya jurusolek, bolehlah try singgah di sini http://kaknanamakeup.blogspot.com/. bukan takat Shah Slam, Klang atau KL ajer, sampai ke Kuantan nun hah. kalo Kelantan tu acik tak sure dia nak atau tak, kena tanya dia direct yer!

bab perkhidmatan, bayaran atau apa saja sila tanya beliau. acik hanya promote dia ajer. bukan nak promote sebab kawan tapi memang cantik solekannya. yelah, dia make up bukan takat kenduri kat umah aje, sampai ke hotel 5 bintang berbintang-bintang pon ado. tak caya? cuba bukak blog dia yer. pengantin bawah khemah takyah citer la, memang dia layan ajer.

so, silalah ke blog beliau kalo nak tau lebih lanjut yer.
musim orang kawen makin dekat ni, mak andam, tukang pelamin, tukang hantaran sume tengah sebok atur schedule kannn? Pak Abu apa kabo? dah reti bawak kete lom? huhuhhuhuhuhu

sekali lagi sila klik ke http://kaknanamakeup.blogspot.com/

My customers ..

Entry ni just nak dedicated pada buyers/customers Hani. TQ.
So sape-sape terlepas peluang untuk beli water filter BIO AURA, tunggu le minggu depan.
Insyallah akan amik stok tapi harga lama bukan CLEARANCE STOCK. Jangan risau, still boleh negotiable yer.

Daaaaaa ..

Friday, October 22, 2010

Clearance stock BIO AURA ..

*** CLOSED. All sold out. TQ to all buyers.

Clearance stock before Deepavali


Ada 4 unit sahaja. 1 year warranty.
Free installation within Shah Alam/KL only.
Order sehingga 24hb Oktober ini sahaja.
Anda juga akan mendapat special gift dari Hani.

RM900.00 (manufacturing year 2009/2010) + original produk.

Ramai dah cuba BIO AURA dan feedback pon positif. Cuba dulu.
Cepat dapatkan 1 untuk kediaman anda!

Call/sms Hani 012 224 1818 jika berminat.

Cubalah. Berbaloi-baloi!

Wednesday, October 20, 2010

Blood test

sambung citer blood test. sugar test tadi. sebab tadi termasuk citer semalam pasai mengandongi lemak tu kannn ..

tadi gi amik darah. kejap je cuma nak carik urat yang dah tersimpul macam ikat tali tu payah benor. maklom tertutup dek lemak. lemak tepu. lemak baik. lemak tak baik. ni doctor yang citer ekkekee ..

rupanya sugar test kejap jer. amik darah then doc letakkan dalam something machine tak sampai 5 minit machine tu bunyik "tit titttttttttt" terus kuar result. result acik 4.5. normal. sebab sugar test ni levelnya sehingga 6.2 sahaja. lebih dari tu BAHAYA. boleh dikategorikan OBESITI, KENCING MANIS. takut kannn?? so korang yang rasa2 gemok cam aku ni gi ler wat test tu. tak rugi pon. so tadi puas hati sebab result 4.5. lega sangat-sangat. tapi still kena hati-hati pilih makanan manis.

untuk kolestorel pulak amik masa 1 hari. so keputusannya esok baru dapat. kalo dapat nanti aku update. harap-harap result ok.

lepas ni kena bersenam, jaga makan, minum, rajin-rajin baca pasal nutrien. iye ke ni? macam tak caya jer aku nak buat macam ni. kalo dulu time anak dara ye la kot. ni dah anak sorang badan macam dottie tak reti-reti nak kuruskan? kena kuatkan semangat benarnya. dah lama tak pakai baju size M atau L. S tu memang melampau la impiankan? size L ni time aku form 5 kot ekekke. pastu XL. pastu XXL. aku takmolah amik XXXXXXXL tu melampau dah tu.

hiii tak sabar tunggu result esok.

Paranoid perasan perasaaannnnnnn ..

baru masuk opis. boss besar cuti. boss kecik takdak kat opis. anak tikus naik tocang ekekkke .. tikus mondok hahahha ..

tadi gi klinik panel, nak buat blood test. sugar test. kolesterol test. saja nak tau level mana kesihatan diri sendiri. bukan bayar pon kan. free.

semalam punya citer. paranoid benarnya.
perut sakit, tegang macam krem jek. pastu pinggang sakit. dah dekat 2 minggu sakit. pastu tengahari semalam macam ada benda bergerak lam perut. nak kata angin, elok jer sendawa bagai. benda tu bergerak kat area belah kiri bawak sampai ke bawah dada. haaa .. aku dah syak ni. mengandong ke aku nih???

so lepas opis hour, gi klinik panel faveret kat BJ. doctor gelak jer bila aku request nak buat UPT test. dia gelak besar. tapi buat jugak la test tu. tunggu dalam 10 minit dia panggil semula masuk bilik. lagi dia gelak. adoi doc ni saspen jer aku. belom sempat duduk dia dah tunjuk UPT result tu. NEGATIF! waaaa .. kalut betol aku.

Doc: Negatif. so?
Aku: betol ke doc? saya risau ni. pinggang, perut sakit kenapa yer? (before tu dah citer kat dia)
Doc: tu muscle pain sebab awak buat keje berat. nanti saya bagi ubat untuk muscle pain.
Aku: oo really? saya ingat preggy. sebab ari tu amik non preg jab tapi delay 7 hari.
Doc: hahahhaa you dah amik jab so tak perlulah risau. delay 7 hari tu still okay but 95% not posibble pregnant. so don't worry la.
Aku: selain mucsle pain, kenapa yer pinggang sakit?
Doc: I rasa u put on weight. esok datang buat blood, sugar test. tengok kolesterol you camne. ok. see tomorrow.

cehhhh mati-mati ingat mengandong. rupanya mengandongi lemakk .. muahahahhahahaha

Tuesday, October 19, 2010

Kuih tradisional ..

Haii .. tak abis lagi kisah balik kampong lastweek. baliknya 2 hari tapi macam 10 hari hehehe. seronok balik kampong ni. dah la skang kat SA tengah panas kedengkung. malam-malam kena bukak kipas sampai full. nak pasang ekon rasa kedekut plaks hihihi. tapi balik kampong sejuk ya amatt. nak mandi gigil-gigil. tido kena pakai selimot tebal, kalo nipis memang bengkok badan. sejukkk ..

lepas makan tengahari, mak kata nak buat wajik sirat atau daun kesirat. ni yang dorang pangge la. tatau la tempat lain nama apa. lebih kurang macam dodol/penganan tapi lebih mudah dan cepat siap. bahan-bahan pon lebih kurang dodol gak; santan, gula anau, gula pasir, beras pulut. senang, simple tapi sedap. sebab aku mana suka dodol, manis. dah tu liat. memang sukakan daun sirat ni since kecik lagi. sedappp .. korang pernah rasa ke?

jom tengok apa ke ghupernya daun sirat aka wajik kesirat nih ..


dah siap masakkk .. kena bubuh lam plastik cepat-cepat tapi takyah ikat. makan panas-panas lagilah sedap. terasa-rasa tepung yang macam mata ikan tu. fuhhh ..

ni dah bubuh lam plastik, tinggal nak angkut balik sini jer ekekeke ..
  

kejap jer dah masak. memang senang. cuma yang penting kena jaga api dan kena kacau perlahan jangan bagi tepung tu bergumpal atau tak hancur. lebih kurang la. memang sedap kuih tradisional yang ni sebab simple dan mudah dibuat. kalo dodol mau 7-8 jam baru nak masak kan. sakit pinggang kalo mengacaunya. yang daun kesirat ni mudah ya amatt. nak masak ataih dapo gas pon boleh jer.

Monday, October 18, 2010

Bila mak bagi "harta" ..

Kalolah mak pak korang turunkan harta-pusaka berupa wang sejota, tanah 18 ekar, lembu 20 ekor, ayam sereban (ni baca sebagai harta orang kampong) kalo orang kl =  kete bmw merc, rumah banglo 4 tengkat, saham bla bla tapi cuba tengok apa yang emak den panjangkan padaku.

ni namanya entry menunjuk. kalo tekak geli baca sila abaikan entry ni. atau sediakan pastik siap-siap. muahahhaa


Punyalah berzaman mak aku menyimpan set pinggan mangkuk ni dari tahun 60 an dedulu. Kebetulan balik Pilah minggu ni bercerita ngan mak pasal hobi mengumpul set pinggan yang mahal yakni corelle, corningware, vantage bla blaaaa aku tak mampu le nak beli semua tu melainkan beli sket-sket. Contoh bulan ni beli pinggan 2 bijik, bulan depan cawan 2 bijik sampai le cukup set tu kann. Giler ko nak nunggu cukup 1 set memang tak dapek la nak bagi orang guna pinggan tu kalo datang umah ekkekeke ..

Cuba ler bayangkan pinggan sebijik dekat 50 hengget. Kalo set selalunya 6 bijik kan? So 50 hengget x 6 biji = 300 hengget. 300 hengget kooo .. tu baru pinggan. Lom kira cawan 6, piring 6, bowl 6, piring kueh 6 bla bla makkkkk .. oooh tidak lom mampu ler nak beli set mahal giler ni. Pakai je la set melamine dari langkawi jer lebih/kurang 300 hengget ajer. Nak murah lagi pon ado, carik je kat Econsave ke Hero ke kedai ah seng ke wakakkaka memang giler la kalo citer pasal pinggan mangkuk ni. Ada juga orang pompuan kurang minat ngan bab pinggan mangkuk ni contohnya aku ler. Tapi skang dah minat sket-sket sejak kawen mawen ni maklom orang selalu datang umah takkan nak bagi makan lam tempurung kelapa lak kann muahahha ..

Benornya dah lama tau mak simpan set pinggan-mangkuk dari aku kecik lagi. Tau mak ngan uwan simpan lam kotak kayu. Kotak kayu okeh bukan cabinet kayu yer. Punyalah dorang jaga dengan baik biar tahan lama. Haa bayangkan tahun 60an hinggalah skang. Mau dekat 40 tahun kan? Korang ado? Kalo ado tayang la ekekke ..

Ni pon kuarkan sket jer takat nak snap picas. Tak larat nak ngangkut kuar dari kotak kayu tu. Set ni berbeza ngan set skang sebab pinggan je ada 12 bijik. Cawan plak memang ada 6 jer sekali ngan piring. Piring kueh ada 12 gak rasanya. Bekas nasi, teko, bekas cuci tangan, bekas sup blab la banyak sungguh. Ni dah pesan siap-siap kat mak suh simpankan sampai rumah bertanahku siap ekeke .. dah ada cabinet nanti baru angkut ke mari. Mak plak kabo “sapo la yang nak melainkan engko sorang jer lam umah ni” muahahahhaa .. sayang mak.


Hiii rasa sayang sangat bila tengok lukisan tangan kat pinggan ni. Agak-agaknya kalo jual ni laku tak? Kalo letak harga 10 ribu ada ke orang beli? Sebab ni original dari England koo .. arwah uwan beli di Singapore. Orang dulu-dulu kan suka gi Singapore. Ena Misdi, ko try ler carik kat singa pura-pura kot ada  lagi hehhehhehe ..

cuba tengok, engrave by hand. genuine lagi. tatau la kilang yang buat ni wujud lagi ke tak di zaman moden ni. zaman purba dulu pon tatau kat mana kilangnya. harga pon emak aku tak ingat dah. zaman purba dulu murah ler kot. skang tatau la bape nilai. tapi ada ke orang nak beli pinggan camni harga puluhan ribu? kaya le aku kalo ada ekekekeke





buat masa ni set ni still kat umah mak kat pilah, tak koser nak bawak mai sini sebab mana nak letak. kena beli display cabinet dulu nampak gayanya ni. tapi lebih afdal kalo display cabinet tu letaknya kat rumah bertanah kan? ekekkekee muntah oren kalo orang baca ni 
   
so korang ado? hhahahaha

Alya; teddy bear busyukkk ..

tengok, tengah berpoya-poya ngan tudung maknya. sebok nak bertudung bagai. ari tu ada nampak tudung size kecik tapi tak beli plak hishhh rugi betol. nanti la Alya, mama gi cari kat Jalan TAR ehh (ni namanya alasan lesen agung) hehehe ..
hehe ni ler hadiah yang aku buat lam entry lepas, hadiah besday dia. lambat 4 hari baru dapat takpelah janji dapat yer Alya. nasib le ko hadiah nyawa bertahan 2 jam setengah jer wakakkakaka .. oh ya kalo nampak kaki Alya tu berkrim putih disebabkan cacar airnya yang baru nak elok, ari ni dah mula anto ke bbsitter sebab dia dah okay. doc pon kata dah takyah risau-risau lagi sebab demam pon takde dah. alhamdulillah Alya kena kat bahagian kaki je yang banyak. muka takdak, tangan ada le 2-3 bijik kot. maybe kena time budak-budak kecik ni senang pulih kan?? makan ubat pon senang. bagus anak aku ni, makan ubat takde nak bergaduh-gaduh cumanya aku le dok kena hurung sebab dia manjang nak makan ubat. akkakaaa ..


ehemmm ni semalam nya picas masa kat kampong. time ni nak gerak balik SA dah. saja nyakat dia suh tinggalkan teddy bear kesayangannya. ya ampon, memang sesak nafas aka jeles betol aku sebab dia sayang sangat-sangat bear buruk tu. dah la buruk, busyukkk plakk hehee ..


dia punya sayang sampaikan pelok cium bearnya before tido. hatta nak mandi pon dia cium dulu before masuk toilet. gi memana memang tak tinggal. naik risau aku addict sangat dia. dulu kena scabbies pon sebabkan bear ni gak laa hihiiii ..

takpela alya janji sihat dan happy yer nakkk ..


 see, sangat-sangat sayangkan bearnya kannn??

Cendawan busut mengancam selera anda ..

citer kat kampong lagi. maklom, kalo balik kampong memang banyak citer. banyak makanan, banyak aktiviti selain dari tido tido tidooo .. lepas tu banyak la gossip-gossip ekekke jangan ko hengat kampong takdak gossip, kalah gossip artis hehe

kebetulan balik kali ni ada rezeki musim cendawan busut. korang tau ke cendawan busut tu apa? sejenis cendawan juga cuma bentuknya bulat dan panjang. hiii cam lucah jer plak kalo ingat hahahhahahaa .. tapi memang best la kalo masak. selalunya resipi kat kampong buat masak lemak cili api jer. simple dan mudah sangat-sangat. bubuh santan kelapa, cili api, serai dan kunyit. jangan buat pedas-pedas sebab nanti tak terasa lemak manis cendawan ni. sedapp weii .. kalo tak pon buat masak asam rebus. bubuh serai, kunyit sket. campak lam piuk fuh senang kacang la masak.

semalam mak dapat dalam 30 batang cendawan busut ni. tak tumbuh kat busut pon ler "ploop ploop ploop" supaya senang nak cabut. kalo tak reti cabut memang senang patah atau tercabut kepalanya.
pastu mak masak cili api. fuhhh terangkat makan .. 


yang ni jiran kat kampong datang hulurkan sepiring, gulau cendawan juga. cuma kurang sedap sebab pedas pastu dia gi bubuh asam keping ngan ikan bilis. dah hilang rasa manis lemak cendawan yang segar tu. ceh banyak komplen plak orang bagi cukup bagus ekkk .. hihihi

** kalo musim hujan, kelkatu plak banyak masa hari malam esoknya mesti tumbuh cendawan busut. ni orang tua-tua yang cakap ntah betol ntah tak tapi selalunya betol hikhikhikhik

Sunday, October 17, 2010

Lain yang disangka, lain pulak yang kono ..

Hari Jumaat lepas aku terkejut campur sedih bila tau bangchik admitted hospital kat JB (semalam dah discharged). so pagi Sabtu balik Pilah anto mak sebab Alya dah okay, cacar air pon dah kering betul. tiba kat kampong dikejutkan plak dengan news cousinku Zafri admitted sepital Pilah sebab demam denggi. ayoyo lain orang disangka demam denggi lain orang plak yang admitted hehe ..

sebab semua family dok panik ingat bangchik demam denggi kan. tengok2 cousin yang sorang ni diam-diam admitted sabtu petang semalam. demam denggi. tapi semalam tengok dah beransur pulih. paksa makan sup ketam, 100plus berbotol-botol. hiii skang ni dah la macam-macam penyakit kan. demam denggi, virus kencing tikus pon dah ada pulak. hiii takut kan? aku rasa semua kena take action jaga kebersihan. jangan biarkan nyamuk aedes membiak kat umah terutama yang suka simpan pasu bunga tu, jangan sebab cantik denggi plak yang datang kooo ..
nasib baik PMR dah abis kalo tak ko amek exam ataih katil sepital le gamaknya ..

Friday, October 15, 2010

Sedih ..

Baru je dapat call dari mak. mak skang dok kat umah hani sebab tolong jagakan Alya yang kena cacar air since lastweek.

mak call bagi tau Bangchik admitted hospital kat JB. Bangchik ni abang atas Hani, memang rapat sangat2. ni tengah bercelaru samada nak pegi JB atau tak. nasib baik juga Alang, abang nombot 3 stay sana. so minta dia gi hospital dulu tengok keadaan Bangchik macam mana. kalo boleh petang ni memang nak ke sana.

harap-harap bangchik okeh. harap-harap demam biasa ajer, bukan denggi ke atau sakit teruk. kesian dia, dah la bujang lagi, takde sapa yang temankan dia kat sana. (ni tengah nangis ni sambil taip entry) ..

ya allah ko lindungilah orang yang aku sayang dari musibah atau bencana atau penyakit yang teruk. moga dia selamat dan sihat semula. aminnn ..

Wednesday, October 13, 2010

Walau Syawal sudah berakhir ..

Ni citer semalam. tak sempat nak upload semalam so ari ni baru ler boleh buat entry. kira okay la dari takdak entry kan? sendu jer blog aku ni muahahhaa ..

majlis ni untuk hari raya tapi dah terlebih raya baru sempat buat. abih tu, asik penuh jer schedule takde masa langsung. kira okay la dari tak buat langsung kan? tempat korang sure dah abih open house or open opis kan? semalam menu memang sedap. ada yang tambah sampai 3 kali kooo! bukan aku yer, aku tambah 2 kali jer ekekekkee ..

antara menu semalam .. nasi tomato. dipadankan dengan ayam masak kari ke rendang ke? lebih kurang la sebab aku tak makan ekekee ..


haa yang ni ler aku makan sampai tambah 2 kali. dry fried spaggeti. ni caterer yang sama aku mention dalam entry before ni. aku suka makan spagetti meatball dia. Kak Kat, ni free promote ek. nanti hulu-hulur le spagetti kat boss suh bawak mai opis yer .. ekkee


ni kek karot. buruk betol bunyi ahahahha carrot cake .. bawahnya moist chocolate. sungguh shedappp!

fruits yang warna-warni. segar dan cantik.


tidak dilupa sate ayam dan daging. yang ni bukan sate samuri tapi order dari somewhere. aku tak ingat kat mana tapi memang berani kabo sate ni lebih sedap, lebih wangi dan lebih baik dari Sate Samuri. nak promot tapi tatau kat mana nak order kekekkee ..


kali ni aku kuarkan muka-muka yang lom pernah korang tengok kan? mana le tau kot ada yang baca blog aku ni pastu ada plak antaranya kawan-kawan korang. setahun sekali je peluang ni ek .. so, sila perati betol-betol mana le tau kut ada kawan-kawan yang lama terpisah muahahahhaa .. 

poyo jer kannn? ahakss ..

paling aku suka gambo ni. sebab nampak scenery cantik. ekekkee .. yang penting nak tayang sutera crepe digital dari Terengganu yang pernah aku promot entry before ni. memang cantik dan selesa pakai. tak rugi beli harga RM300. kalo nak, boleh contact Hani okeh! sempat promot lagi yer.

terselit juga jejaka nan sorang nih. ni Iwan, jejaka nakal kat opis nih. hahahhahaa sebelahnya Gee dan Irma, practical student.
see betapa meriahnya majlis semalam. ramai yang datang sampaikan takdek kerusi nak duduk. maklom opis ni bukan besar mana pon so mereka selesa bersila. nasib baik ada tikar buruk ni yer ..

haa ni ler kawan baik aka kakak aku aka jiran aku hahahhahaaa .. Kak Nana makeup ni boleh dihubungi jika anda perlukan mak andam untuk majlis nikah kawen atau apa saja majlis. comel betol dia ni walo anak dah 2 orang ek .. promot lagi ahaksss ..


tengok, walo tengah sebok layan tetamu, meriah sana sini tapi tugas-tugas di pantry tetap dijaga. kerna acik tea lady kami sudeh diwatammatkan servicesnya makanya kami terpaksa mengambil alih tugas-tugas di pantry. apa nak kisah, bukan keje luar biasa pon kan? ini kan tugas hakiki wanita seperti kita .. ahaksss ..

rasanya inilah antara special photo kali ini. kerna, inilah team Denai Alam dari 2004. kami bertiga. ye, bertiga. tetapi, mungkin selepas ni ada yang terpaksa meninggalkan team ini. Good Luck Kak Shida!

banyak lagi gambo tapi korang bukan kenal pon mereka ekekeke .. tapi apa-apa pon memang enjoys semalam. sampai senak perut bergelak sakan. kenyang pon kenyang sampai ke malam.

ehhh nak letak juga ni. hadiah dari salah sorang tamu yang datang. bukan untuk Hani tapi untuk puteri berlian daku, Alya. murahnya rezeki budak ni, ada je hadiah even dah lepas majlisnya. kawan ni baru berkesempatan nak hulurkan present buat Alya sebab tak dapat hadir masa majlis besday ari tu. takpe, tak kisah pon benarnya yang penting Auntie Mas tetap ingat pada Alya. Tq auntie!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...