Assalam.
Rasanya ramai yang start cuti hari ni, jalan lengang ajer. Maklumlah minggu depan Isnin, raya haji pastu Selasa dan seterusnya sambung cuti sekolah seminggu. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua readers.
Korang balik kampung buat korban tak? I tak pasti lagi balik kampung ke tidak sebab hubby just cuti Isnin tu je Selasa dah kerja macam biasa sebab baru joined new company takdak cuti tahunan kuikuikui. Tapi I amik cuti Selasa sebab nurseri request nak tutup sehari selepas raya haji. So takde perancangan lagi. Kalau balik kampung Pilah pun, confirm la Isnin petang kena balik semula ke sini pastu selamatlah menempuh kesesakan jalan raya errr sanggup ker? Unless ramai yang sambung cuti then jalan kurang sesak tapi Malaysia ni cemana pun confirm jammed laaaa ..
So, sementara tu marilah fikir menu nak masak kalo beraya kat sini. Buat aje la rendang ayam pastu rebus ketupat hehe :) sape aje yang nak beraya kan?? Hubby mesti ke masjid tolong prepare for korban.
Hermm malam tadi masak asam pedas ikan patin. Lama tak makan ikan patin. Nasib baik daun kesum I kat pasu dah boleh amik hehe takyah beli jimat duit. Lepas ni nak tanam bunga kantan pulak. Gila mahal skang kantan tak silap rm3 kot seikat. Marilah berkebun! Tiba-tiba haha :)
Hari ni mood nak pakai jubah bercorak. Asiklah plain ajer macam dull sangat so koreklah rak KedaiKakton carik jubah yang belum dijual hehe jumpa yang ni. Mari sarung muat tak? Okay muat jalannn .. cari shawl biru nasib baik ada. Untung jadi penjual ni serba-serbi ada dalam stok hehe tapi takleh la buat selalu memang lingkup kihkih :)
Abaikan selipar jamban tu kihkih :)
Haaa dah lama nak up entry pasai kucing-kucing Alya ni. Actually dah lama kucing-kucing ni bertandang ke rumah tapi on off aje kadang-kadang saja datang berak kat laman cisss .. Tapi nak dijadikan cerita masa minggu hari raya Aidilfitri. Sabtu bila sampai ke rumah dari kampung hubby, carik juga sekor kucing yang biasa datang tu. Teringat before balik beraya dia sakit kaki, macam kena langgar kot kesian pulak. Cari-cari takde maybe dah berhijrah ke taman sebelah kot sebab seminggu cuti beraya kan. Ntah macam ada nampak sekor kucing ni gemok macam bunting dok mundar-mandir kat porch.
Keesokannya, Ahad ada cousin nak datang beraya. Lepas maghrib dorang sampai. Tiba-tiba kawan cousin tu minta kain. I tengah masak kat dapur masa tu. Kebetulan sangat kawan cousin tu nurse kat hospital Shah Alam. Dia cakap kucing nak beranak. OMG .. so jadilah bidan terjun hehe. Alya paling excited. Dalam sejam jugalah dorang monitor kucing ni beranak. Pastu cari bakul or kotak nak letak baby kucing 2 ekor, putih mulus bulunya. Masa ni sebab busy kan so takdelah nak hiraukan sangat. Tapi hubby memang sentiasa belikan makanan kucing. Alya pun memang pencinta haiwan. Maknya aje pencinta laki sendiri hahaha :)
Dalam seminggu selepas tu barulah timbul rasa kasihan pulak tengok anak-anak kucing ni asik berpindah tempat sebab I manalah suka nak bela haiwan kan :) terus plan cari cage. Okay I beralah juga dengan Alya, benarkan dia bela kucing-kucing ni sebab I rasa inilah salah satu rezeki yang datang ke rumah kami :) so I pun survey google kat mana kedai haiwan. Nasib baik area rumah dan Shah Alam ni berlambak kedai haiwan. Cage ni pun bermacam jenis. Terkentut juga tengok rege ada yang sampai beribu erkkk ..
Then I pergi ke Subang Bestari, ada satu kedai haiwan yang tengah promosi cage. Pilih yang ni sebab simple dan praktikal. Kalo I kaya macam Dato Aliff Terlajak Laris nanti I beli cage 9 tingkat pulak hahaa :)
Welcome to our crib - Shasha dan anak-anak (ChiChi & ChaCha)
No comments:
Post a Comment