Tuesday, September 13, 2016

Aidiladha di sini :)

Assalam.
Selamat Hari Raya Aidiladha. 

Kali ni kami sambut di Shah Alam saja. Tak balik kampung Kuala Pilah seperti lazimnya memandangkan asben kerja hari Selasa. Boleh dibayangkan kesesakan jalan raya samada waktu nak balik ke kampung hari Sabtu atau pulang ke sini semula petang Isnin. So bila dah amik kira semuanya termasuk keletihan kami decided beraya kat rumah sendiri ajer la.
Asben sekarang dah join new company so belum ada annual leave lagi still under probation hehe :). So marilah merendang ayam di rumah sendiri. Plan nak rebus nasi impit aje la. Takyahlah nak beria sangat. Ahad lepas settle kerja-kerja bersih rumah, cuci kain baju pastu keluar beli barang-barang nak masak dan stock selama 2-3 hari. I ni kalo cuti pastu takde plan nak ke mana memang dok rumah saja takde nak kuar dah, I is malas ..

Okay mari merendang ayam. Beli sekor je la tu pon banyak dah. Sempat juga bertukar juadah dengan jiran sebelah yang tak balik raya. Meriah juga kat sini sebab ramai jiran tak balik. Takdelah syahdu I tersedu-sedan di tepi dapo hiihihihi ..


Dapnyaaaa .. Alhamdulillah rendang licinnnnnnnn .. buat takdelah pedas so anak-anak boleh makan jugak. 


Pagi raya I goreng mee buat tambah-tambah menu juadah raya. Meriahlah sket meja makan gitteww .. Kek buah memang ada tersimpan dalam esbok so marilah potong letak kat meja jugak :)



Lepas solat raya asben balik rumah minum semua pastu siap-siap tukar baju melayu sebab nak gi masjid semula. Pukul 9.30 start acara berkorban, sembelih lembu. Kat masjid area rumah ni dalam 11 ekor lembu yang ditumbangkan. Banyak juga dapat bahagian daging yang disedekahkan. Mungkin sebab taman kat depan nun ramai yang balik kampung kot. So malam tu saja nak try buat beef grilled. Erkk asben cakap boleh tahan, macam kat kedai erkkk :)

Guna heinz bbq sauce marinate daging then letak blackpper sauce pastu grilled dalam 40 minit api atas bawah. Yeayy menjadik jugakk .. boleh buat lepas ni.
Untuk sauce pulak, tumis bawang putih dengan olive oil then masukkan blackpepper sauce. Biarkan mereneh sampai pekat. Hermm dappp ..
Kentang just rebus pastu buh thousand island sauce. Kalo ada brocoli lagi cantik ni namun maaflah I terlupa nak beli hehe :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...