Friday, September 2, 2016

Jumaat yang barakah!

Assalam. 
Salam Jumaat yang penuh barakah. 
Minggu ni terasa cepat berlalu sebab Rabu cuti Merdeka. Kerja pun macam tak serabut sangat. Herm skang tengah bergelut dengan new chart, new team so agak banyak perubahan kat sini. Takpelah, berhijrah mungkin ada yang lebih baik InsyaAllah :)

Okay hari ni my bff bernikah. Akhirnya sampai juga jodoh Lin. 8 tahun kenal dan bercinta, berjodoh juga mereka. Selamat Pengantin Baru Lin dan Asri!

I hadiahkan wedding cake special buat my bff. Kek semestinya dari Mylilcafe -Maizatul Mustapha. Cantik kan? Thanks kak sebab selalu buat saya senyum-senyum bila tengok hasil yang sangat gojes ni :)



Semalam before hantar kek ke rumah pengantin, sempatlah masak dulu. Yelah, budak berdua ni bukan boleh percaya, tetiba lapar. Aryan pun dah pandai cakap skang kemain budak kecik ni. "Mama, saya sakit perut lapar ni". "Mama, saya lapar sangat ni". "Mama, nak makan nasi takmo beskut." Haha kadang-kadang geram jugak sebab bila masak diorang ni makan sket ajer pastu sebok suh masak spagetti pulak adoi anak-anak nih.

Sup ayam campur kentang dan karot. Buat sambal belacan pedas tercirit. Budu kehabisan pulak semalam hehe. Actually 1st time buat sambal belacan kat rumah ni maklumlah sape la nak makan, hubby kan penggemar budu nombor 1. So semalam bakar belacan amikk satu rumah semerbak baunya. Bila makan perghhh rasa nak nangis kepedasan tapi sedap hehe :)

Esok Sabtu nak ke kenduri kahwin Lin insyallah :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...