Wednesday, September 28, 2016

Kate Spade handbag to let go :)

Assalam.

I nak letgo handbag.
Kate Spade New York Wellesley Rachelle, color bgnvillea.
Harga beli RM689 (Feb 2016)
To let go RM480 (negotiable)
Aunthentic from US. Ada paperbag, carecard.

Condition is 9.5/10 (sebab jarang pakai less than 4 times)
Reason to letgo; nak tukar handbag lain hehehe boleh pakai ke alasan ni???
Siapa berminat mai la roger kakton 012 2281418

Ni gambo handbag ..



Ni gambo handbag dari website untuk gambaran sebenar..

Wednesday, September 14, 2016

From my kitchen; aglio seafood


Herm bila cuti dok rumah memang membelek henpon. Tak FB bukak Instagram pastu google pastu mulalah terliur tengok menu masing-masing hahaha :) pastu mula teringin nak buat. 

Lagipun kalo tak masak kang ada 2 orang budak yang tengah membesar ni asik lalu-lalang masuk dapo. Kejap bukak esbok kejap bukak kabinet kejap tengok rak pantry haha :) naik rimas mama huhuhu. Aryan macam biasa dialog dia "saya lapar mama" atau "perut saya kecik mama" hahaha

Salah satunya ni la dia aglio seafood. Terus pegi godek-godek esbok yang ada lala ajer, belasahlah. Udang takde takpe dimaafkan haha ..

Cara-cara memasaknya senang ya amattt. Sangat mudah dan ringkas. 

Bahan-bahan;-

1. Angel hair
2. Cendawan dalam tin
3. Lala/udang/kepah asalkan seafood. Kalo daging dikira bukan seafood dah hehee
4. Bawang putih 6-7 biji
5. Olive oil
6. Kiub pati ayam Knorrs. Brands lain pun boleh.
7. Chili flakes.

Cara memasaknya;-

1. Rebus angel hair.
2. Cincang bawang putih. Lagi banyak lagi bagus.
3. Sediakan seafood.
4. Tumis bawang putih dengan olive oil. Pastu masukkan kiub pati ayam. Masukkan chili flakes ikut suka nak pedas letak banyak.
5. Masukkan seafood. Biarkan masak pastu masukkan cendawan.
6. Masukkan angel hair. Gaul hingga sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Kalo suka bolehlah letak parmesan cheese tapi I diet so takyahlah nak bercheese bagai ni hehe :)



Tuesday, September 13, 2016

Aidiladha di sini :)

Assalam.
Selamat Hari Raya Aidiladha. 

Kali ni kami sambut di Shah Alam saja. Tak balik kampung Kuala Pilah seperti lazimnya memandangkan asben kerja hari Selasa. Boleh dibayangkan kesesakan jalan raya samada waktu nak balik ke kampung hari Sabtu atau pulang ke sini semula petang Isnin. So bila dah amik kira semuanya termasuk keletihan kami decided beraya kat rumah sendiri ajer la.
Asben sekarang dah join new company so belum ada annual leave lagi still under probation hehe :). So marilah merendang ayam di rumah sendiri. Plan nak rebus nasi impit aje la. Takyahlah nak beria sangat. Ahad lepas settle kerja-kerja bersih rumah, cuci kain baju pastu keluar beli barang-barang nak masak dan stock selama 2-3 hari. I ni kalo cuti pastu takde plan nak ke mana memang dok rumah saja takde nak kuar dah, I is malas ..

Okay mari merendang ayam. Beli sekor je la tu pon banyak dah. Sempat juga bertukar juadah dengan jiran sebelah yang tak balik raya. Meriah juga kat sini sebab ramai jiran tak balik. Takdelah syahdu I tersedu-sedan di tepi dapo hiihihihi ..


Dapnyaaaa .. Alhamdulillah rendang licinnnnnnnn .. buat takdelah pedas so anak-anak boleh makan jugak. 


Pagi raya I goreng mee buat tambah-tambah menu juadah raya. Meriahlah sket meja makan gitteww .. Kek buah memang ada tersimpan dalam esbok so marilah potong letak kat meja jugak :)



Lepas solat raya asben balik rumah minum semua pastu siap-siap tukar baju melayu sebab nak gi masjid semula. Pukul 9.30 start acara berkorban, sembelih lembu. Kat masjid area rumah ni dalam 11 ekor lembu yang ditumbangkan. Banyak juga dapat bahagian daging yang disedekahkan. Mungkin sebab taman kat depan nun ramai yang balik kampung kot. So malam tu saja nak try buat beef grilled. Erkk asben cakap boleh tahan, macam kat kedai erkkk :)

Guna heinz bbq sauce marinate daging then letak blackpper sauce pastu grilled dalam 40 minit api atas bawah. Yeayy menjadik jugakk .. boleh buat lepas ni.
Untuk sauce pulak, tumis bawang putih dengan olive oil then masukkan blackpepper sauce. Biarkan mereneh sampai pekat. Hermm dappp ..
Kentang just rebus pastu buh thousand island sauce. Kalo ada brocoli lagi cantik ni namun maaflah I terlupa nak beli hehe :)


Friday, September 9, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalam.

Rasanya ramai yang start cuti hari ni, jalan lengang ajer. Maklumlah minggu depan Isnin, raya haji pastu Selasa dan seterusnya sambung cuti sekolah seminggu. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua readers.

Korang balik kampung buat korban tak? I tak pasti lagi balik kampung ke tidak sebab hubby just cuti Isnin tu je Selasa dah kerja macam biasa sebab baru joined new company takdak cuti tahunan kuikuikui. Tapi I amik cuti Selasa sebab nurseri request nak tutup sehari selepas raya haji. So takde perancangan lagi. Kalau balik kampung Pilah pun, confirm la Isnin petang kena balik semula ke sini pastu selamatlah menempuh kesesakan jalan raya errr sanggup ker? Unless ramai yang sambung cuti then jalan kurang sesak tapi Malaysia ni cemana pun confirm jammed laaaa ..

So, sementara tu marilah fikir menu nak masak kalo beraya kat sini. Buat aje la rendang ayam pastu rebus ketupat hehe :) sape aje yang nak beraya kan?? Hubby mesti ke masjid tolong prepare for korban.

Hermm malam tadi masak asam pedas ikan patin. Lama tak makan ikan patin. Nasib baik daun kesum I kat pasu dah boleh amik hehe takyah beli jimat duit. Lepas ni nak tanam bunga kantan pulak. Gila mahal skang kantan tak silap rm3 kot seikat. Marilah berkebun! Tiba-tiba haha :)


Hari ni mood nak pakai jubah bercorak. Asiklah plain ajer macam dull sangat so koreklah rak KedaiKakton carik jubah yang belum dijual hehe jumpa yang ni. Mari sarung muat tak? Okay muat jalannn .. cari shawl biru nasib baik ada. Untung jadi penjual ni serba-serbi ada dalam stok hehe tapi takleh la buat selalu memang lingkup kihkih :)

Abaikan selipar jamban tu kihkih :)


Haaa dah lama nak up entry pasai kucing-kucing Alya ni. Actually dah lama kucing-kucing ni bertandang ke rumah tapi on off aje kadang-kadang saja datang berak kat laman cisss .. Tapi nak dijadikan cerita masa minggu hari raya Aidilfitri. Sabtu bila sampai ke rumah dari kampung hubby, carik juga sekor kucing yang biasa datang tu. Teringat before balik beraya dia sakit kaki, macam kena langgar kot kesian pulak. Cari-cari takde maybe dah berhijrah ke taman sebelah kot sebab seminggu cuti beraya kan. Ntah macam ada nampak sekor kucing ni gemok macam bunting dok mundar-mandir kat porch. 

Keesokannya, Ahad ada cousin nak datang beraya. Lepas maghrib dorang sampai. Tiba-tiba kawan cousin tu minta kain. I tengah masak kat dapur masa tu. Kebetulan sangat kawan cousin tu nurse kat hospital Shah Alam. Dia cakap kucing nak beranak. OMG .. so jadilah bidan terjun hehe. Alya paling excited. Dalam sejam jugalah dorang monitor kucing ni beranak. Pastu cari bakul or kotak nak letak baby kucing 2 ekor, putih mulus bulunya. Masa ni sebab busy kan so takdelah nak hiraukan sangat. Tapi hubby memang sentiasa belikan makanan kucing. Alya pun memang pencinta haiwan. Maknya aje pencinta laki sendiri hahaha :)

Dalam seminggu selepas tu barulah timbul rasa kasihan pulak tengok anak-anak kucing ni asik berpindah tempat sebab I manalah suka nak bela haiwan kan :) terus plan cari cage. Okay I beralah juga dengan Alya, benarkan dia bela kucing-kucing ni sebab I rasa inilah salah satu rezeki yang datang ke rumah kami :) so I pun survey google kat mana kedai haiwan. Nasib baik area rumah dan Shah Alam ni berlambak kedai haiwan. Cage ni pun bermacam jenis. Terkentut juga tengok rege ada yang sampai beribu erkkk .. 

Then I pergi ke Subang Bestari, ada satu kedai haiwan yang tengah promosi cage. Pilih yang ni sebab simple dan praktikal. Kalo I kaya macam Dato Aliff Terlajak Laris nanti I beli cage 9 tingkat pulak hahaa :)

Welcome to our crib - Shasha dan anak-anak (ChiChi & ChaCha)


Wednesday, September 7, 2016

From my kitchen; ayam goreng kunyit

Assalam ..

Hermm .. sambil termenung tengok timbunan incoming letter, report, sample yang perlu check and sort, terfikir nak masak apa balik nanti. Biasalah sindrom tatau nak masak apa ehh?? Dalam esbok ada ayam jer. Air batu pun ada hehe :)

Semalam masak ayam goreng kunyit. Lama dah teringin nak buat. Pastu goreng telur dadar. Budu dah habis so buat sambal belacan je laaaa. Sekali hubby balik dia tengok budu kesayangan takde sanggup tu pegi kedai runcit cari stok budu. Bila beli, rasa tak sesedap budu yang biasa dia makan tu. Haaa tu la sape suruh membazir, makan ajelah sambal belacan yang I dah siap buat tu hermmm :)

Nahh .. sempoi bak hanggg ..


Cakkk .. saja la letak muka kakton lebar pinggan ni haaa hahaha ..
Biar korang termimpi-mimpi malam karang kikikikihh :)



Monday, September 5, 2016

Happy weekend!

Assalam.
Hari ni bermula exam UPSR. Kepada semua pelajar tahun 6 selamat menduduki UPSR, semoga kamu semua berjaya dengan keputusan yang cemerlang InsyaAllah :)

Lastweek Jumaat sempat lunch hour ke IKEA. Ada arkitek yang tengah sebok nak deko apartment untuk dijadikan homestay nak cari barang-barang. So marilah follow beliau. Ikea ni memang berhantu, takde plan, takde bajet tetiba terbeli cisss :)

Before tu selamat menjamu selera dulu, kang senang terus jalan-jalan kuar peluh semula haha. Kali ni amik smoke salmon. Tak silap ni promotion price kot dalam RM7 aje. Sedap. I ni memang peminat salmon so tak kisahlah smoke ke raw ke atau masak apa saja confirm sukaaaa :)


Gambo hasil belian di Ikea takdak, lupa nak snap. Antara table lamp ni haaaa. Sebab skang suka baca novel before tido so mari beli table lamp. Cuma mentol je lom sempat beli yang sesuai, buat masa ni guna Philips yang besar tu alamak terang benderang sungguh hihi :) tunggulah nak carik mentol yang sesuai. Nampak tak table lamp??? Tak nampak?? Takpe tunggu hari siang lol :)


Sabtu. Berkemas apa yang patut. Biasalah, kadang-kadang ada juga harinya I malas. Nak mengemop lantai sekangkang kera tu pon malas. Nyapu pun malas, vakuum lagilah malas. Tapi bila tengok habuk bersenggayut kat syiling ohh please laaa memang sakit mata memandang so marilah mengemas. Tapi kena cepat-cepat buat sebab tengahari plan nak ke kenduri kawen BFF kat Sg Buluh. Dah basuh baju 2 trips, basuh porch barulah lega. Tu pun pinggang kemain sakit asik menunduk aje, tu la punca malas I ni haha :)

Living hall. Takdak yang berubah kecuali habuk kat kipas dan syiling dah dibersihkan. Lantai dan karpet dah vakuum dan mop yeayyy :) tapi datang si kecik Aryan makan mamee huwaaa mama rasa nak cepuk ajer :( tu la dia kalo ada anak kecik tengah lasak ni. Bukan dia tau maknya nak dok rumah bagi cantik ke apa dulikk :)


Lepas Zohor barulah keluar rumah, cuaca panas berdenting. Hubby kerja so harap-harap budak berdua ni behave kat majlis. Mama tak larat nak handle kalo diikutkan tapi bila mengenangkan majlis kawen BFF takkan tak pergi so berdoalah banyak-banyak semoga budak berdua ni tak meragam. 

Ni je la yang sempat snap dan cantik. Kot tak tu ada yang mata ke lain, kaki ke lain. 


Tengok nihhh sesuka hati diorang aje nak posing .. Puas mama pekik-pekikkk ahahaha :) 


 Gambar mama? Takde sape nak snap so selfie ajer laaa hehe jangan muntahhh :)


Haaa tengokkk orang belum ready tukang snap ni dah klik hermmmmm :( dah la dia amik sekali ajer cisss :) takpelah tunggu aje la gambo dari Lin kot ada nanti.


Balik dari kenduri keluarkan ayam siap-siap dari esbok. Hari ni plan nak buat chicken roast. Alya suka chicken roast ni so mama pun boleh tumpang sekali makan. Almaklumlah oven dah ada kenalah buat lagi dan lagi. Mana tau cik abe terbuka hati nak belikan oven lagi besooooooooooo kikikihhh :)


Nahhh dah siap. Maafkan presentation yang sememeh ni sebab kalut ada kawan datang ke rumah. So jemput makan uolss :)



Friday, September 2, 2016

Jumaat yang barakah!

Assalam. 
Salam Jumaat yang penuh barakah. 
Minggu ni terasa cepat berlalu sebab Rabu cuti Merdeka. Kerja pun macam tak serabut sangat. Herm skang tengah bergelut dengan new chart, new team so agak banyak perubahan kat sini. Takpelah, berhijrah mungkin ada yang lebih baik InsyaAllah :)

Okay hari ni my bff bernikah. Akhirnya sampai juga jodoh Lin. 8 tahun kenal dan bercinta, berjodoh juga mereka. Selamat Pengantin Baru Lin dan Asri!

I hadiahkan wedding cake special buat my bff. Kek semestinya dari Mylilcafe -Maizatul Mustapha. Cantik kan? Thanks kak sebab selalu buat saya senyum-senyum bila tengok hasil yang sangat gojes ni :)



Semalam before hantar kek ke rumah pengantin, sempatlah masak dulu. Yelah, budak berdua ni bukan boleh percaya, tetiba lapar. Aryan pun dah pandai cakap skang kemain budak kecik ni. "Mama, saya sakit perut lapar ni". "Mama, saya lapar sangat ni". "Mama, nak makan nasi takmo beskut." Haha kadang-kadang geram jugak sebab bila masak diorang ni makan sket ajer pastu sebok suh masak spagetti pulak adoi anak-anak nih.

Sup ayam campur kentang dan karot. Buat sambal belacan pedas tercirit. Budu kehabisan pulak semalam hehe. Actually 1st time buat sambal belacan kat rumah ni maklumlah sape la nak makan, hubby kan penggemar budu nombor 1. So semalam bakar belacan amikk satu rumah semerbak baunya. Bila makan perghhh rasa nak nangis kepedasan tapi sedap hehe :)

Esok Sabtu nak ke kenduri kahwin Lin insyallah :)


Thursday, September 1, 2016

From my kitchen; baking cake again!

Assalam. 
Hai silent readers. Thanks pada yang tegur kakton masa kat RNR PLUS lastweek. Maafkan akak yang tengah moody marah anak yang terkinja-kinja tatau nak makan apa. Hehehehehe dengan muka sememeh baru kuar surau dengan tudung main sauk ajer aduhaiii abis la tak vogue mana pun kakton rupanya hehehe ..
By the way thanks sebab tegur. Selamat berkenalan!

Okay. Semalam cuti merdeka takde ke mana. Hubby je kebetulan join perarakan Merdeka tahun ni tatau la buang tebiat ke apa hehe. Tu pon sebab gang rider kot. Ntah beria benor lepas subuh terus bersiap keluar ke Dataran. Kami 3 beranak memang takde ke mana. Bersantai kat rumah ajelah gayanya.

Selasa lepas ada consultant ajak lunch kat Sushi. Lama tak makan salmon so marilah kita ke sana. Kata nak jaga pemakanan so amik salmon aje, ratah gitu je. Takyah nasi-nasi ni. Memang menyelerakan salmon apa ntah namanya, dah kebulur memasing sempat snap 1 picture ni ajer. Jangan tanya nama memang tak ingat. Main tekan-tekan je kat ipad sebelah untuk order. Asal bunyi salmon ok la hehe.


Selasa malam pulak Alya excited nak buat kek. Dah beli mould petak. Yang 1st time dulu guna plastic mould beli kat IKEA tu. Kali ni kita tukar pulak, saja nak naikkan mood baking-baking ehhehe.


Taraaa .. siap. Hehe eksyennn la tu padahal kek mix aje. Mix telur dan buttercup pastu curahlah tepung kek segera then bakar. Apa susahnya? Ecececehhh hahahaa .. tapi memang seronok sebab Alya dan Aryan sama-sama sebok kat dapo walo hakikatnya jadi tukang kecah aje tapi that was a bonding time. Bukan senang nak make a quality time with kids. Ni la masanya dorang tengok dan tolong tuang telur dalam mixer pastu berebut nak tekan button. Alhamdulillah kek menjadi dan sedap. Next time boleh buat lagi. 

Oven ni kena guna kalau dalam hati nak beli oven lebih besar ecececehhh :)


Then petang semalam hari hujan renyai-renyai. Hubby balik before asar then layan budak-budak ni main kucing kat depan. Nanti I buat new entry untuk kucing.

I kat dapur biasalah ada je nak dibuat. Tetiba rasa lapar pulak. So buat cekodok ikan bilis. Tea break tapi buat milo so jadilah milo break hehee ..

Good day peeps!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...