Tuesday, December 28, 2010

Temerloh; Ikan Patin Asam Tempoyak

Ahad. kami check out dari hotel dalam pukul 12.30 tengahari. memang plan nak terus balik. dah letih. tak koser nak masuk memana mall. sama jer mall dia ngan kat KL kan?? nampak sales tapi malas nak singgah sebab mood letih. pepaham udah ler hikhikhik.

Hubby tanya nak lunch kat mana? Hani plak memang tatau area bandar Kuantan ni, ni first time datang hokayyy! so ikot je le mana hubby nak bawak. dia pusing2 area Hotel Grand Continental sebab kat area situ ada kedai makan yang femes ngan ikan patin tapi takde rezeki kami hari tu, kedai tu tutup. so hubby kata better kita singgah Temerloh. wah Temerloh terus koo .. apalagi pecut ler kuar dari bandar Kuantan. bye Kuantan!

Sampai Temerloh dalam kul 3. hubby masuk pekan and berenti tanya kat stesen Petronas, mana kedai ikan patin yang femes? dorang kata kat Benteng so kami terus le ke sana. senang jer cari sebab kat dalam pekan tu jugak. memang ramai kat sana even dah pukul 3 lebih. kami singgah kat kedai hujung sekali dalam benteng tu. nampak ramai manusia dalam tu sure femes nehh hehehe.

dapat meja yang luas and kat belah luar, memang makan dengan selesa, berangin jer hahaha. Alya nak berlari pon senang hehehe. hubby terus order ikan patin masak tempoyak. tak sah kalo tak order menu ni kalo gi Temerloh ek? kebetulan dorang tengah masak kali kedua and kali ni masak bahagian kepala sahaja. lagilah hubby suka. pastu amik plak bahagian ekor yang dibakar kunyit. sedap, Alya suka. fish fishhhh dia kata.

tapi paling best this moment. bila ikan sampai, hubby terus rasa kuahnya and start makan. dia kata "yang, sama la macam awak masak." wahhhhh perasan betol dah aku nihh ahahha. tapi memang aku selalu masak ikan patin asam tempoyak ni kat umah sebab feveret hubby. beli je ikan patin sangkar kat pasar malam. tak susah pon nak masak. ada kunyit, lengkuas, bawang putih, asam keping & tempoyak. wahhhhh boleh bukak kedai nih (bila lagi aku nak rewards diri sendiri kannn?) jangan muntah hokkayyy!

ni ler gulai ikan patin asam tempoyak. bezanya dia letak daun kunyit. takpe nanti aku bubuh plak bila masak lagi.
ni ikan patin bakar. memang sedap. dagingnya fresh. Alya cukup suka.

tu jer sempat snap sebab memasing kelaparan. terus santap okehh. angle pon tak bape cantik sebab Hani malas bangun hahahaha. okey je janji ada bukti ek.

lepas makan, lepak-lepak kejap bilamana memasing kekenyangan. pusing-pusing area pekan Temerloh kejap sambil tengok kot ada sales wkakakakaa .. okay jer pekannya, takdelah macam pekan cowboy.
eh tapi ada supermarket Cowboy kat situ ek? sebab pernah jumpa kat Melaka rasanya hahaha.
on the way balik hubby pecut sebab dia nak gi Stadium Bukit Jalil. malam tu ada game Malaysia vs Indonesia, Piala Suzuki. tapi jalan jem gila selepas tol Bentong tu. jem sampai le ke simpang Genting Sempah. hubby dah risau takut tak sempat nak ke stadium so kami terus jer ke Bukit Jalil tapi aku tak join pon tengok match tu. tak koser hokkay.

tengok anak dara saya nih, kepanasan. cuaca memang terik. aircond pon macam tak rasa jer. lepas jer makan tu memang tanggalkan baju. biar dia tak rimas. kalo dia rimas, dia mengamuk. kalo dia mengamuk, maknya boleh naik hantu hahahhaa

so, itulah cerita sepanjang berada di Kuantan, overhead ke Temerloh and balik semula ke pangkal jalan ke Shah Alam. memang seronok berjalan nih. yang tak seronoknya duit jer tak ramai hahahha.

selamat bercuti lagi minggu nehhh ..

1 comment:

Anonymous said...

yang jem tu sebab orang lain datang dari timur nak tengok bola jugakkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...