Tuesday, December 28, 2010

Majlis bertandang ke Kuantan; 25.12.10

nak citer tentang majlis bertandang adik hubby di Kuantan.

Maka berangkatlah acik sekeluarga ke Kuantan malam Sabtu lepas. memang plan gerak ke sana sebelom Sabtu sebab takmo lambat sampai. kendurinya tengahari Sabtu so kalo dari KL ari Sabtu, memang kena bangun before Subuh ler ekekkee

malam Jumaat bertolak ke Kuantan dalam pukul 10 malam. itu pon lambat sebab encek hubby balik keje pukul 8 malam. keje tengah banyak skang maklom hujung tahun ramai cuti kawen la, cuti gi overseas la. so encek hubby memang busy sangattttt .. busy takpe bang janji mahsyukkk kahkahkahakaah

perjalanan ke Kuantan dalam 4 jam, hujan lebat sepanjang jalan. aku risau betol lalu kat Karak, maklom dah banyak cerita kurang sedap didengar. mata pon takmo pejam walo ngantuk ya amattt .. tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuantan dalam pukul 3 pagi. terus check in hotel yang Nik dah booking sesiap. hotel murahan jer hahahhaa. janji dapat tido and mandi.

esoknya dalam kul 11 pagi bersiap sebab nak bertolak ke rumah Nik plak. semua rombongan berkumpul di sana and konvoi beramai2 ke rumah pengantin lelaki. tak jauh mana pon, still dalam bandar Kuantan. rumah pengantin lelaki kat Teluk Cempedak.

cuaca okay hari ni, tak panas sangat. majlis pon smooth jer, makan pon sedap2. thanks yer kepada keluarga pihak lelaki yang melayan kami dengan baik sekali. boleh datang lagi hikhikhik

jom tengok sekitar majlis. Alya kemain happy kat majlis ni sebab dapat beg baru. ke hulu ke hilir diangkutnya beg tu. sampai usai majlis beg pon kemek kahkahkah

pengantin tengah berarak.
kat sini takde majlis bersanding, terus makan beradab ajer. simple jer. tapi makanan sedappp ..

ni table yang aku duduk ngan hubby dan sedara-mara lain.

ni plate Hani, penoh dengan makanan yang sungguh sedap. ikan patin masak tempoyak. ikan bawal masam manis, ayam goreng. tengah lapo memang sangat lazat hehehehe

kek pengantin. tapi tak sempat nak nunggu majlis potong kek sebab family hubby dah nak gerak balik. dorang balik terus ke Kelantan ikot Terengganu.

Hubby dan Nik. Nik ni anak no. 7, hubby no. 6. rasanya dorang ni rapat kot.
ni patutnya gambo family kami jer tapi ada le maksu plak menyelit kekekekke.
haaa baru dapat gambo sefamily tapi pengantin lelakinya mana? kehkehkehe
ni family pengantin perempuan.
dapat juga bergambo ngan pengantin hikhikhik
ni anak dara saya yang saya rasa cukup comel (bagi le can mak dia nak feeling2 perasan hikhikhik)

Ni Alya tengah mintak duet kat papa .. "papa, nak uit. beli aiskrim" kekekke dengo juga dia loceng apek sekerim kat luar tuhhh
ni cousin hubby dok kat Terengganu, tunggu ek kami datang sanaaa .. (pepandai je bini plan padahal laki tatau apa pon kahkahakaha)

ni masa kat Teluk Cempedak. alang-alang dah sampai sini, tak jauh pon dari rumah pengantin. dalam 10 minit kot dah sampai. so memasing tak lepaskan peluang ke sini. pantainya sama le macam pantai kat memana. lebih kurang Port Dickson jer hehehe
memang cantik pemandangan kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa jer. puas hati gak dapat singgah sini even aku menyampah berbaju kurung ke pantai kahkahakahkaha ..
okay, tamat. lepas lepak Teluk Cempedak dalam sejam, memasing dah nak gerak balik. yang kami pulak terus ke bandar Kuantan, nak cari bilik penginapan sebab nak stay sini malam nihh. berpusing satu bandar tapi hotel semua penoh. dapat jugak hotel tetengah bandar tu lepas 1 jam berpusing. kira okay jugaklah. nanti jumpa next entry plak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...