Sunday, December 12, 2010

Zoo's tour

Rasa lom terlambat nak update aktiviti family Hani masa cuti Maal Hijrah, Selasa lepas. ala baru bape ari kan, still in mood lagi kiranya hehehee ..

dah lama sangat plan mende ni tapi manjang je failed. ada je halangan. walhal bukan jauh benor dari rumah. tapi kalo dah tak dapat pegi tu, memang tak dapat le. tapi kali alhamdulillah berjaya juga plan ni. nak tau ke mana kami sekeluarga pegi masa Selasa lepas? alang-alang cuti sehari dari bantai tido kat rumah tu baik le bawak2 bergerak kan?? kuar juga peluh.

ke mana destinasi kami?? korang boleh bantai teka tapi takdelah hadiah tudung ke baju ke hahahhahahaa ..

nampak tak? tu cik rimau dah nunggu tuuu .. tapi time ni entrance A penoh, so kenalah jalan jauh sket ke entrance B. sket ke haper, berpeluh tiak berjalan sebab parking kat depan zooview. tak sangka ramai betol manusia ari ni, ingatkan takde orang hehe ..


ni Alya, anak dara saya. bersama Alisya, anak bbsitter, Mak Yen (ni Alya yang pangge). lama dah plan ngan dia. dulu Ayen ni penah dok serumah ngan Hani then bila kilangnya VSS, dia benti dok umah jadi SAHM jer. Hani anto Alya kat dia bila ada problem ngan bbsitter lama. lagipon dah dia offer nak jaga Alya and bukan senang nak carik orang yang kita percaya kan? wa melalut plak. tu intro ler .. hehe


amboi kemain mesra, kasut pon nak kena sama jugak yer?? sudahnya Alya humban kasut tu sebab kakinya melecet. kasut tu benornya beli sebab hari2 dia nampak Alisya pakai, nak shoes nak shoes so belikan la konon nak sama tapi mana tau tak sesuai plaks. Adidas juga yang dia okay hahahhaa poyo jerr .. (tapi betol ler)

sebelom tour dalam zoo, baik isi perut dulu. tak koser nak membeli sebab tau confirm mahal dalam tu. air tin jer dah 2 hengget giler mahal koo .. mencekik betol walhal dalam kawasan KL gak tu bukannya Genting ke Cameron ker. hishhh .. kalo ada 8 anak? mau abih ke situ jer kann .. Hani sempat goreng bihun, nugget, sosej. kira okaylah buat mengisi perut kan. takkan nak masak ayam masak lemak plak hahhahaha ..

Iklan jap. nampak tak Tupperware sayaaaa?? hihi bagus ada set ni sebab senang nak isi makanan kalo gi piknik ke outing ke. harga memang murah sebab gunakan pembelian atas pembelian. macam tak percaya jer tupperware leh dapat harga serendah 30 hengget kan? selalunya mahal mencekik (tapi berbaloi) .. iklannn ..


ni muka budak yang very excited nak tour dalam tu. Alya since dah tau animals ni memang suka sebot haiwan2 macam tiger, elephant, giraffe, snail, tortoise, fish bla bla. maklom ari2 mengadap Nat Geo sampai aku naik boring buat bunyik.

Alya: "mama, tiger?"
Aku: "aummm"
Alya: "mama, bird?"
Aku: "chi chi chiiiii"
Alya: "mama, frog?"
Aku: "kodokk kodokkkk dokkk" (dlm nada gerammm)
Alya: "mama, chicken?"
Aku: "chicken bisu" hahahhahahah giler malas maknya nak melayan anaknya. boring wei kalo sehari sampai seratus kali aku kena jadi haiwan2 yang dia sebot tuuu .. hahaha 
tetiba dah sampai ke tengah2 tour tu nampak plak shop jual menda alah nih, ahh sudahhh. ada le adegan meraung jap lagi nihhh ..
opps kali ni budak kecik ni okay plak bila pujuk kata later baru beli. maybe sebab dia more excited nak neok haiwan2 kot. kalo tak memang ada je kena cubit dalam ni hahaha .. terus papa heret dia tengok birds. tenkiu ler papa sebab sabar melayan kerenah ur doter. i luv youu one two threee ..


ni sempat bergambar di kandang hippo. muak le neok haiwan2 yer korang hahaha .. gambo aku takyah tanya la memang takde haha. maklom aku kan jurugambar tak bertauliah. takde sapa sudi nak pegang DSLR aku (walhal tak caya kat orang nak bg pegang hahahhaha)

ni turtle. comel betol. alya meraung2 nak pegang wkakaka. mana le boleh lompat dalam tu nak oiii .. kang ada gak yang berendam sama hahhaa .. 

tetiba hubby cuit aku. dia tunjuk kat bangku batu. wahhhh, nostalgia sungguhh. aku tetiba rindu ngan simbol ni. hanya orang yang tau jer faham citer aku nihhh .. kenangan betol wehhh .. sob sob sobbbb .. ada gak yang macam pelik bila aku snap picas nih hihihi apa kes snap bangku batu? hahhaa ..

ni dah sampai ke hujung. ada byk gambo haiwan kang korang plak boring hahaha .. giraffe ni macam mesra alam sket sebab dorang berani jer usik2 termasuk ler anak dara den yang menjerit2 sebab dia macam tak caya haiwan dalam tv ada depan mata hahaha .. gajah tu comel sungguh.

wahh papa2 melayan anak2 dara memasing. ni le time nak suh dorang spend masa kan? takde la asik mak jer heret anak2. kasi can mak2 nak relaks .. 

I luv this picture. sayang sangat dengan kamu berdua!
 ni pon samaaaa .. sayang sama kamu berdua!
haaa ni ler tiger yang hari2 Alya sebot sampai aku pon dah nak jadik rimau hahaha .. neok le puas2 nakkk ..
Alya memang dah bape bulan dok sebot nak naik bas bas bassss. aku jer lom sempat nak bawak naik sebab takde tujuan plak. lainlah kalo nak ke KL, bleh gak bawak dia naik bas or train. nasib baik le dalam zoo ada tram, so lepaslah kempunan Alya. bayar 2 hengget tuk adult, ni sampai entrance B sahaja. kalo nak round satu zoo, kena beli tiket 4 hengget kat entrance A. takpelah walau naik kejap pon kira jadilah jugak ek ..

last tour singgah kat aqua. tengok fish ler. memang cantik2 betol hiasan dan ikan2 dalam tu. aku leka betol neok sebab dah ada plan nak bela ikan. ari tu hubby dah bagi green light nak bela ikan. tapi kena tunggu rumah bertanah siap dulu. hahahhaha .. takat kat apartment ni mana le nak letak kan? alasan jer tuu ..

tengok, Alya leka membelek fish. tunggu 2-3 bulan lagi yer sayang, nanti mama beli fish.

 antara fish yang sempat snap dalam tu. banyakkk sangat sampai aku pon leka.

tengok, budak tu dah humban kasut morahh sebab kakinya melecet. kesian dia. tapi dia happy sangatt. memang berbaloi bawak anak2 ke zoo sebab mereka explorer semua yang ada walo aku tau ada mende yang dia bukan paham ponnn .. janji dia ada new experience kannn ..


sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...