Tuesday, December 28, 2010

Tanjung Lumpur; tak sehebat ceritanya ..

Masih di Kuantan. kami stay di The Season Boutique Hotel. ala hotel murahan jer lebih kurang Seri Malaysia tu. hotel kebanyakan penoh maklom cuti krismas. pastu ada konvoi Proton sempena ulangtahun dorang. itulah tak booked awal2 sebab ingat kalo hotel yang Nik bookingkan tu okay, sambung stay sana jer tapi hotel tu memang murahan sangat kekekkeee. "ayam" pon banyak kahkahkah

dapat hotel The Season ni pon kira okay sangat dah, tengah bandar Kuantan tu. dekat juga nak ke Tanjung Lumpur. rasanya ramai kawan2 Hani tau, betapa teringinnya nak jejak kaki ke tempat seafood terkenal tu. memang nak cuba makan kat sana. dah bape tahun mengidam kekekek. selalu dengar hubby citer jer maklom dia pernah ke sana 3, 4 kali. meleleh air liur dengo citer dia kahkahakah.

lepas maghrib, siap2 terus keluar ke Tg Lumpur sebab hubby kata mesti ramai orang nanti maklom cuti. dia plak dah lama tak ke sana. dah makin banyak kedai2 di luar jalan ke sana tu. hubby terus cari tempat yang dia penah makan dan katanya popular sungguh, so aku ikot ajer le. mana le aku reti tempat kat situ.

pusing2 carik parking. lama juga cari parking sebab mana ada parking khas kat sini, parking je kat tepi jalan. tu pon sib baik ada kete yang kuar terus kami plak masuk. atleast rasa secure sket sebab tak jauh dari kedai2 makan tu. hubby tunjuk kedai yang dia dah aimed tu. wah ramai orang. cari meja kosong. lama juga. penoh. dapat meja, kerusi plak takdek. alahai kesian betol kami nih. akhirnya dapat le kerusi tu pon hubby mintak ke meja2 sebelah. pastu barulah terhegeh2 mamat kedai tu clearkan meja, tu pon bape trip ntah dia datang clearkan. letih acik berdiri tau tapi sabarkan juga hati nih maklom nak makan sedap kekekeke.

then duduk sementara hubby dah gi order ikan kat kaunter. hubby order 2 jenis ikan. ikan pari bakar, ikan siakap bakar sambal petai. katanya tu menu popular kat situ. entah acik mana tau hahaha janji sedap. pastu tambah sotong goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam campur. tu pon cukup banyak dah. makannya bertiga jer. Alya tu main jer lebih kekeke.

okay part menunggu nih. jadik cerita hot. aku sabar je dalam sejam, sejam setengah. tapi masuk 1 jam 45 minit aku memang geram. dorang cuma hantar air, nasi dan sup tomyam. serta sayur kangkung. aku mula naik hantu bilamana aku tgok ada mamat kedai tu sebok merokok, sebok kira duit, sebok bersembang. orang memang ramai. memang ramai. aku tahu. ye aku tau.

aku pangge sorang mamat ni tapi dia kata tunggu jap kak. okeh aku tunggu, 20 minit takdek gak. nasi dah sejuk. sekali ada 1 bas berenti kat tepi kedai. wah, aku dengar mamat2 kedai dok kata "1 bas ni, cari meja cari" wahhhh lagilah aku naik hangin, naik hantu laaa. dah aku menunggu sejam lebih ko tak hirau, yang 1 bas baru sampai ko nak layan bagai? apalagi aku pangge le mamat2 tu. kali ni kuat sket biar orang lain dengo hikhik

Aku: "apa citer ni? saya order ikan sotong dah sejam lebih nih?"
Tokei: "orang ramai kak. sabarlah, kejap gi"
Aku: "ye saya tau orang ramai tapi takkan la sotong goreng tepong sampai sejam lebih?"
Tokei: "sabar kak orang ramai nih"
Aku: "hello, orang ramai tapi yang u menunggu bas bagai apa hal? u kenalah utamakan customer yang dah duduk order ni. apa citer nehh?"
laki aku dah cubit2 aku dah suh diam. aku mana boleh. memang hangin. semua orang dah pandang. pedulik haper aku. aku rasional sebab tau orang ramai tapi apa kes sampai sejam lebih semata tuk sotong goreng tepong?

Tokei:"akak order apa tadi?" dia tanya aku semula sambil senyum sokmo. aku takmo jawab. sebab apa? sebab bingai la. laki aku jawab slow jer sebab dia tau aku kepala hangin ekekkee.

tak lama tu dia datang bawak sotong goreng tepong. aik dah siap plak? aku cepat2 rasa sotong tu, takdelah panas macam baru angkat dari kuali pon. so?? lagilah aku hangin. so annoying.

and, lepas tu ikan pari, ikan talapia plak sampai. aik cepat plak?? so? fikirlah sendiri. hiii hilang selera nak makan koo .. memang aku bungkus jer bawak balik. first and last there. serious.

ni Alya. memula okay, dah dekat 1 jam 45 minit terus buas main sana sini. tu yang bertambah hangennnn .. 

ni air aku. jus tembikai. dah nak abis baru ikan sampai. ahahhaa

ni tomyam campur. sedap, pedas. belakang tu kangkung goreng belacan. takde lam gambo. malas nak snap sebab masa tu tengah hangen kahkahkah.

ni curik2 amik gambo dalam kedai tu. memang ramai manusia. Alya tengah makan nasi putih sebab ikan takde. geram siot.
ni sotong goreng tepong sejam 45 minit kahkahkahakaha ..

ni ikan siakap bakar sambal petai sejam 45 minit kahkahakaha ..

ni ikan pari bakar sejam 45 minit akakkaka ..

ni ler kedainya yang kabonya cukup femes, popular, sedap tapi bagi aku sedap lagi kat Bagan Lalang!
failed! so sorry le kat orang Kuantan ek. aku takde lah pukul rata semua kedai kat Tg Lumpur tu macam kedai ni tapi aku frust sebab tak dapat menikmati makanan2 yang sedap2 dengan hati gembira. bila dah marah, selera pon takde. yang sedap pon jadik kurang sedap. aku tau orang ramai tapi bila telinga jadi saksi, mereka lebih utamakan bas yang datang maklom ramai tapi aku customer berhak dapat lebih awal kan? sebab aku dah order, dah menunggu lebih sejam. so sorry for that.

bagi mereka yang bercita-cita nak ke Tg Lumpur, tak perlulah ghairah sangat. seafood yang sedap ada di mana-mana. di Bagan Lalang, di Muara Klang, di Kuala Kedah, di Umbai Melaka, di Pulau Pangkor, di Terengganu and banyak lagik tempat2 yang kita boleh explorer. semua ada. bezanya cara hidangan tu sahaja. kadangkala tempat popular ni bilamana dah lama, mereka eksyen sket hehehe.

so itu pengalaman Hani and family, jangan samakan dengan pengalaman anda pulak. tapi, jauh perjalanan memang luas pengalaman. memang seronok 2 hari di Kuantan. walaupon jauh dari KL, Kuantan tetap happening waktu malam. takdelah bandar mati macam orang kata tu. kiranya takdelah mati kutu kann??

terima kasih Kuantan!

2 comments:

prince said...

sy tertarik bca psl ni.. hani skeluarga telah dtg ke kedai yg slah.. mmg ikan bakar di tg lumpur sedap2 tapi tak di semua kedai.. org ramai bkunjung, tak semestinya sedap.. saya mencadangkan hani sekeluarga dtg ke kedai sebelah kedai ana itu.. sy jamin hani xkn mnyesal dtg ke situ.. wassalam..

Hani said...

tq prince, insyallah di lain masa jika ada rezeki hani ke sana lagi, boleh berkunjung ke tg lumpur dan cari kedai yang awak cakap tu. tq again prince :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...