Kami bercinta sekejap terus bertunang hampir setahun setengah then bernikah pada tarikh yang cukup bermakna. Nak pilih tarikh yang kononnya special ni pon macam-macam dugaannya tapi akhirnya dapat juga tarikh idaman. alhamdulillah ..
Kami bernikah selepas solat Asar. Dengan sekali lafaz akad nikah kami sah sebagai suami-isteri. Saat ini memang tak boleh dilupakan. indahnya hanya Allah yang tahu. Betapa sukarnya nak ungkapkan manisnya saat, detik itu. Syukur segalanya dipermudahkanNya.
3 tahun berkahwin, dikurniakan seorang puteri Alya Nur Zahra, yang lahir pada 29.09.2008. Alya melengkapkan kehidupan kami sekeluarga. Moga Allah panjangkan kebahagiaan kami sekeluarga hingga akhir nyawa. Insyallah!
3 tahun berkahwin bukanlah jangka masa yang panjang. pejam celik tolak bahagi campur sekejapan sahaja. belom dikira bergaduh bergadah, happy, mesra, dingin, beku dan sebagainya. Itu yang dikatakan asam garam rumahtangga. Betul orang kata, perkahwinan adalah ikatan 2 jiwa. kena dijaga, dibelai jiwa itu jangan dibiarkan terluka. Berkahwin juga bermakna kita ada tanggungjawab yang cukup besar, cukup menuntut segenap pengorbanan. berkongsi hidup. Berkongsi segala-galanya. Tiada rahsia antara kita.
Macam-macam dugaan, cabaran, kenangan pahit manis yang kami tempuh selama 3 tahun ini. Semua itu menjadikan perkahwinan kami lebih bermakna. Yang penting pengalaman ini menjadikan kami lebih matang dan mampu berdepan dengan setiap masalah.
Suamiku bukan lelaki romantik (tetapi penuh sabar dan penyayang). Tiada hadiah atau party atau dinner untuk ulangtahun perkahwinan ini tapi ku tahu dia cukup sayangkan isterinya ini dan keluarganya. Itu lebih bermakna. Hadiah pon dah selalu dapat so daku tidak dambakan yang lebih kerna ku tahu cintanya mendalam buatku!
Doaku tidak pernah usai agar perkahwinan kami kekal hingga kami pejamkan mata selama-lamanya. Biarlah ombak datang menghempas, biarlah lautan bergelora namun kami akan pertahankan kebahagiaan ini, Insyallah!
Happy Anniversary to both of us!
No comments:
Post a Comment