Monday, July 5, 2010

Bila sakit datang tanpa diduga ..

Salam.
Hani balik ke Kuala Pilah. kalau ikotkan planning, minggu depan baru balik sebab mak kabo durian gugur nanti. tapi bila dapat call dari mak pagi Sabtu tu Hani tak keruan. tak sabar2 menunggu hubby balik keje.
Kerna mak call bagi tau Kaklong Imah (cousin) tenat di ICU Hospital Kuala Pilah sebab denggi berdarah, Hani tersentak. tak terkata apa-apa. diam.
benarnya, kami ni cousin tidaklah serapat macam sesetengah orang tu. kami ni dari kecik baik, tapi tidak rapat. bila besar pon sama. jumpa time raya or kenduri-kendara. takdenya nak sms, mms or facebook bagai nihh .. nama cousin tu tidak melambangkan apa-apa. sebab hani tau ramai kawan-kawan yang cukup rapat dengan cousin sendiri terutamanya perempuan. walau kami ni cousin dekat (mak hani & mak dia adik beradik) tapi boleh dibilang dengan jari ni berapa kali setahun berjumpa. call pon jika ada hal penting. tu pon just cakap-cakap biasa bukan mesra.
cumanya, hani masih ingat ketika masih di sekolah rendah, kaklong ni dah start kerja di FELDA. selalu bagi duit raya, duit sekolah, buku-buku dan kadang-kadang belikan baju. skang kaklong dah 47 tahun so beza 19 dengan hani. memang jauh beza tu yang buatkan kami tidak rapat.
so, Sabtu kami sekeluaga balik Kuala Pilah. Alya memang excited. sampai takmo tido. yang papanya pulak sebok neok Argentina vs German kat henpon. waaa .. tension acikk ..
sampai KP, terus ke rumah makcik di Melang. rumah dia menjadi tumpuan sebab dekat dengan hospital. malam tu mereka buat kenduri baca yassin. hani sampai majlis dah selesai. dah dekat kul 12 masa tu. makan-makan, sembang-sembang terus tido.
esoknya bangun awal tapi hujan. sejuk jer bumi KP pagi ni. nak ke hospital, hujan. so memasing stay kat rumah dulu. makcik pulak kena attend kenduri kawen sebelah rumah dia so they decided makan kenduri dulu then baru ke hospital. so tengahari kami sempat ke kenduri kawen, meriahnyaa ..
hujan terus lebat. dah pukul 2, hospital pon dah tutup masa lawatan so tunggu next visit 4.30 petang. selepas asar terus ke hospital yang tidak sampai 3km dari umah makcik. dah ramai kat hospital tu rupanya. kaklong dimasukkan ke ICU.
Hani dapat masuk selepas queue hampir sejam. itupon puas menjeling orang-orang yang datang tapi tak reti nak beratur. "makcik, dah datang lambat silalah beratur dibelakang yer bukan potong barisan dengan alasan datang dari jauh. hello, saya pon balik jejauh juga pon kena beratur even dia tu cousin saya okehhh .. "
hani masuk dengan kakngah (adik kaklong, mereka 3 beradik sahaja). berdebar ketika melihat kaklong. hani tersentak. lainnya muka kaklong. rasanya kami sudah lama tidak berjumpa kerna ada sedikit krisis keluarga. maybe hampir setahun kot. entah, tak mau fikir tentang itu ..
hani tengok mukanya sudah berubah sampai hani sendiri tak kenal. hani belek tangan, kakinya. nampak ada bintik-bintik merah yang dikatakan denggi berdarah. gusinya pon berdarah. doktor kabo dia koma kerna diberi ubat untuk berehat. betol ke? hani teringat kes arwah Din Beramboi. denggi berdarah juga kan?
kaklong koma sejak jumaat malam sabtu. anak-anaknya kesemuanya lelaki, paling bongsu darjah 6. sedih tengok Alzam. haa anaknya yang ni memang manja ngan hani. maksu .. maksu .. sedih je dia panggil hani. sabarlah dikjam, maksu doakan emak cepat sembuh.
hampir 15 minit di dalam ICU, kakngah sempat sapukan air yassin, air zamzam ke bibir kaklong. hani tak tau nak kata apa. hati sedih sungguh. hani cuma pegang tangan kaklong dan katakan "hani minta maaf kalo ada salah silap, hani juga maafkan kaklong" ..
Hani cuba tidak menangis tapi airmata ini laju tidak tertahan. apa tidaknya, sebelum ini dengar sihat aje, walau tidak berhubung. kaklong seorang kakak yang baik, yang menjaga kebajikan adik-adiknya dan hani juga dianggap adiknya jadi hubungan ini utuh walau kami tidak berlaga pipi dengan mesra. kaklong juga seorang yang kuat, cekal kerana berjaya mengerjakan haji di dalam usia muda walaupon terpaksa meninggalkan anak-anak yang kecil ketika itu. banyak kebaikan, kejayaan di dalam diri kaklong ku yang seorang ini. oh tuhan, Kau selamatkan dia. berikan dia peluang untuk membesarkan anak-anak yang masih perlukan seorang ibu.
Insyaallah kalo ada rezeki hani nak melawat kaklong lagi minggu ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...