Minggu ni daku balik kampung .. yea .. yeaa .. balik kampung .. seronok sungguh.
kali ni balik ngan kakak angkat (Kak Shidah) yang baru kawen, nak kenalkan suaminya kepada emak. kiranya emakku sudah jadik emak angkatnya lah. bestnyaaa ..
Hubby tak ikot sebab kena kerja, ada launching nextweek so busy sangat. Alya kemain happy sebab nak travel. dah cakap banyak kali kat dia, balik kampung tengok ayam, tengok haiwan-haiwan yang jarang jumpa akakaka .. dia macam faham kot sebab asik sebot "chicken mama .. mama chicken" (ke the chicken rice shop? ke mama chicken chop?) hahahhahaa ..
bila sampai kampung, dah tengah malam so memang tak sempat la Alya nak jumpa ayam-ayam uwannya. esok pepagi aku lom bangun dia dah bangun ikot uwan bagi ayam makan. sama riuh mulut dia ngan uwannya. anak dara daku ni memang happy dapat berlari ke sana sini tanpa mamanya memekik hebat hahahaa ..
yelah, kalo kat halaman rumah emak ni takdelah nak risaukan apa. dia nak berlari pecut pon aku tak heran. lainlah kalo kat kawasan rumah kat Shah Alam ni. baru nak berlari sket dah kena jerit sebab kete lalu-lalang. taman permainan pon hampir sangat dengan parking so memang kurang selamat kalo budak-budak sebaya Alya yang tengah lasak ni. lasak ya amattttt .. ihihihi ..
ada jugak aktiviti makan durian tapi tak sempat nak snap sebab duriannya tak banyak tapi cukuplah nak merasa kannn .. Alya tak makan durian, pelik jer muka dia bila bagi rasa. skang bukan musim buah durian tapi durian kat umah emak ni pelik sket. suka hati dia nak berbuah bila. setahun ada le 3 kali dia berbuah. dalam 2 pokok rasanya. pelik tapi benar hahaha ..
tengahari, dah start aktiviti memasak pulak. Kak Shida ni memang suka kalo datang kampong, request nak makan ikan salai or ayam kampung. tapi sebab balik pon dah tengah malam, tak sempat nak beli ikan keli. kalo tak boleh gak salai dan masak lemak cili api campur buah rambai or belimbing. walllaaaa .. kebabommm ..
ari ni mak masak ikan talapia hitam daun kunyit dan rendang ayam kampung. waaaaa .. ada plak ulam jering. mesti laki aku suka kalo dia ada ni. rugi la you tak ikot balik kampong .. ahahaha ..
balik kampong ni memang best. kampong kan sejuk jer. lepas makan mulalah masing-masing yang dah kekenyangan, mengantuk. apalagi, letak kepala kat bantal tido kat hall, berangin gitu. waaaa .. lenanya tido.
Alya pon sama, dah keletihan berlari sana sini main macam-macam, lama dia tido.
dalam pukul 6 baru kami bertolak balik ke Shah Alam sbb esoknya nak keje. ingat nak balik kampong lagi time nak puasa nanti. meriah juga time nak menyambut puasa, emak dah plan nak buat lemang. fuhhh dah teringat-ingat lemang ni .. hhehehe ..
jumpa lagik!
No comments:
Post a Comment