Saturday, July 31, 2010

Beg yang kemain disebut-sebut ..

Sabtu. pepagi dah kuar nak gi appointment kat Sime Darby Medical Centre (formerly known SJMC). kena gerak awal sebab appointment bukan ada timing. sapa sampai cepat dapatlah nombor cepat. dalam kul 11 pagi barulah selesai check up semua. terpaksa juga bawak Alya sebab bbsitter ada hal plak.

lepas dah siap check up tetiba Alya nampak orang pakai bagpack. aaa sudahhh .. dia asik ler menyebut bagpack ni since 2 minggu lepas benornya. pantang nampak orang pakai beg kat belakang confirm dia sebut "bag mama .. mama bag" .. nasib baik dia tak sebot "big mama .."  hahahahhaha .. punca dia nak bag ni sebab selalu sebut gi school nanti bleh bawah beg. sling bag yang dapat dari Bank Rakyat tu dia tak heran nak pakai dah. dia nak bag yang sandang plaks. adoi anak den ni .. memacam yang dia tau skang nehh ..
so, terus le bawak dia ke Plaza Masalam sebab ari tu dia ada berkenan beg kat satu kedai ni. yang paling best bila dah sampai kat floor tu, dia punyalah berlari ke kedai apek tu, ingat juga dia kat kedai jual bag tu. Alya .. Alya mati kutu mama ko nehhh ..

tawar punya tawar dapek la 15 hengget. kahahahaha bag kodok ni pon nak tawar-tawar kann?? kedaung betol mama alya ni. dapat jer bag tu, kemain peluk dek Alya. sampai ke rumah tido pon ngan bag tu. sebijik perangai maknya ahahhaha .. dia tak sabar2 tunggu papanya balik nak menayang beg hehhhee ..

ni ler beg yang kemain mahal ni ahahhaha .. takpe Alya kalo bonus mama 8 bulan ratus mama beli yang original yer ..

kali ni suka la menayang depan kamera mama. kalo tak jangan harap dia nak posing sakan hehe..


takyah disuruh-suruh kemain pandai dia pi jejauh then suh mama klik klik .. good girl .. 

pastu mula la wat aksi ngengada camni ..

tu ler telatah puteri berlian saya. kekadang geram betol tengok dia yang kemain hebat melasak tapi best sangat bila dia tetiba datang kat Hani then sebut "mama, nose (sambil tunjuk hidung dia)" memang touching sebab dia cepat belajar sesuatu. Alhamdulillah, moga Alya membesar sebagai anak yang bijak dan solehah!

Friday, July 30, 2010

MJ warehouse come back ..

Untuk ke sekian kalinya, MJ Warehouse datang lagi. Seperti biasa warehouse clearance ni diadakan kat Stadium Melawati Shah Alam. Kali ke bape dah tak ingat. Dalam setahun 3-4 kali kot yang kat sini. Tempat lain pon ada jugak.

Kalo nak dibandingkan, sales kali ni biasa-biasa jer. Yang paling best tahun 2008 kot. Memang banyak pilihan, harga meletopppp ..

Skang dah jadi macam biasa-biasa jer. Maksud hani, kalo dulu sepasang baju tido kids boleh dapat 10 hengget sepasang, skang dah naik 12 hengget. 20 hengget pon ado. No no no aku takkan beli semahal tu sebab harga macam tu bleh dapat di JJ or Sogo even tak warehouse sales pon. Hehhe aku ni memang nak berjimat. Berjimat tapi nak branded .. alahai kenalah bijak cik kiah ooiii .. orang tanya aku tak sayang ke pakai miki, poney, oskosh buat basahan? Aku kata tak. Sebab dorang tak tau aku beli waktu sales. Mana orang tau poney 7 hengget akakakakkaka .. orang yang tak heran sales memang pelik le kot tapi aku okay jer. Baju kat giant tu lagi mahal tau. Dah la kainnya panas, gila mahal sepasang dah 15 hengget walhal aku dapat Disney lebih murah dari tu. Hehehe ..

Semalam tak dapat banyak rembatan pon. Ada tidak 4 helai baju untuk Alya. Gown, blouse, baby t dan sleepwear. Selebihnya hak mak. Untuk pak takdok. Hahahhaa ..


Berkenan pulak dengan blouse kaler pepel ni. Nampak macam big girl bila dia pakai. Boleh pakai dengan jeans quarter. Wahh sukalah Alya yer .. dah siap try beria nihhh .. hani beli 2 size sebab suka sangat ngan materialnya. sejuk dan lembut.


Then, aku memang dah niat kalo MJ ada memang nak pegi sebab nak beli cleanser, toner set SHISEIDO, ZA. Sebab previous sales aku dah try set ni, boleh dikatakan serasi dengan muka aku so nak continued ler. Kalo kat luar set SHISEIDO ni mahal nak pengsan aku so kenalah carik kat warehouse sales ni. Lagipon expired lambat lagi so kira jimat la kannn .. Nak yang branded tapi murahhh .. ado ko? Akakka ..
Tapi, SHISEIDO takdok, yang ado ZA. ZA ni kira adik dia juga and memang aku campur pakai toner ZA and okay jer. So semalam rembat ler set ZA plak. Murah lagik.


pastu rembat frame gambo sebab ari tu dah beli 2 set, yang ni tambah 2 set lagi. suka sebab simple dan nampak kemas. pastu 2 set sudu. boleh buat koleksi untuk hari raya. yeaa .. mood raya sudah mariii ..  


sekian dari acik yang suka ke MJ ..

Monday, July 26, 2010

Bila Alya balik kampong ..

Minggu ni daku balik kampung .. yea .. yeaa .. balik kampung .. seronok sungguh.
kali ni balik ngan kakak angkat (Kak Shidah) yang baru kawen, nak kenalkan suaminya kepada emak. kiranya emakku sudah jadik emak angkatnya lah. bestnyaaa ..
Hubby tak ikot sebab kena kerja, ada launching nextweek so busy sangat. Alya kemain happy sebab nak travel. dah cakap banyak kali kat dia, balik kampung tengok ayam, tengok haiwan-haiwan yang jarang jumpa akakaka .. dia macam faham kot sebab asik sebot "chicken mama .. mama chicken" (ke the chicken rice shop? ke mama chicken chop?) hahahhahaa ..

bila sampai kampung, dah tengah malam so memang tak sempat la Alya nak jumpa ayam-ayam uwannya. esok pepagi aku lom bangun dia dah bangun ikot uwan bagi ayam makan. sama riuh mulut dia ngan uwannya. anak dara daku ni memang happy dapat berlari ke sana sini tanpa mamanya memekik hebat hahahaa ..  

yelah, kalo kat halaman rumah emak ni takdelah nak risaukan apa. dia nak berlari pecut pon aku tak heran. lainlah kalo kat kawasan rumah kat Shah Alam ni. baru nak berlari sket dah kena jerit sebab kete lalu-lalang. taman permainan pon hampir sangat dengan parking so memang kurang selamat kalo budak-budak sebaya Alya yang tengah lasak ni. lasak ya amattttt .. ihihihi ..

 

ada jugak aktiviti makan durian tapi tak sempat nak snap sebab duriannya tak banyak tapi cukuplah nak merasa kannn .. Alya tak makan durian, pelik jer muka dia bila bagi rasa. skang bukan musim buah durian tapi durian kat umah emak ni pelik sket. suka hati dia nak berbuah bila. setahun ada le 3 kali dia berbuah. dalam 2 pokok rasanya. pelik tapi benar hahaha ..

tengahari, dah start aktiviti memasak pulak. Kak Shida ni memang suka kalo datang kampong, request nak makan ikan salai or ayam kampung. tapi sebab balik pon dah tengah malam, tak sempat nak beli ikan keli. kalo tak boleh gak salai dan masak lemak cili api campur buah rambai or belimbing. walllaaaa .. kebabommm ..
ari ni mak masak ikan talapia hitam daun kunyit dan rendang ayam kampung. waaaaa .. ada plak ulam jering. mesti laki aku suka kalo dia ada ni. rugi la you tak ikot balik kampong .. ahahaha ..


balik kampong ni memang best. kampong kan sejuk jer. lepas makan mulalah masing-masing yang dah kekenyangan, mengantuk. apalagi, letak kepala kat bantal tido kat hall, berangin gitu. waaaa .. lenanya tido.
Alya pon sama, dah keletihan berlari sana sini main macam-macam, lama dia tido.
dalam pukul 6 baru kami bertolak balik ke Shah Alam sbb esoknya nak keje. ingat nak balik kampong lagi time nak puasa nanti. meriah juga time nak menyambut puasa, emak dah plan nak buat lemang. fuhhh dah teringat-ingat lemang ni .. hhehehe ..

jumpa lagik!

Sunday, July 18, 2010

Lepak day .. Alya & Harith!

Hepi weekend.
Hepi la sebab dapat makan-makan, jalan-jalan. paling best sebab ada tukang drive ekekeke .. daku dok belakang ngan Alya dan Harith. bila lagi nak merasa jadik mem kannn .. wahhhh kalo nurul baca ni mesti dia kata banyaklahhhhh kooo ..

benarnya dah lama tak dating ngan nurul since dia pindah keje KL. dulu time dia dok Glenmarie boleh kata selalu gak jumpa dia time lunch tapi la ni dah pindah KL. dulu lunch time selamba je kitaorang gi lepak IKEA ngan ila, zea & kak nisda. best time tu. meriah. kecoh gak kat IKEA kalo kitaorang datang ekeke .. aku le selalunya membingitkan dorang hahahhaha ..

so, sabtu ni kitaorang dah set time nak jumpa. nurul datang pick up aku ngan Alya kat rumah. then terus menuju ke Nasi Padang kat Denai Alam. dah lama nak promote tempat ni tapi aku macam malas jer sebab? sebab? ada sebab-sebab tertentu. hihihihi .. nanti later aku citer. jom makan duluk ..

aku skang dah boleh ler makan nasi padang ni. dulu-dulu memang tak reti, tak pernah dan kurang nak amik tahu pasal food dari seberang ni. since dah ada kat depan mata, bolehlah cuba. makan kat sini memang seronok. sebab ada kuda. anak-anak boleh tengok or naik kuda sambil kita menjamu selera. free. ye, naik kuda is free. makan pulak, kita derma seikhlas hati. ye, seikhlas hati. kerna restoren ini bertujuan mengutip dana untuk rumah anak yatim terpilih. so, anda makan sambil menderma. dermalah seikhlas hati anda, berpadanan dengan makanan yang anda ambil. yelah, takkan makan satu family sepuluh orang ko bagi sepuloh hengget jer kan?? agak-agak la sket .. hahhaa ..


Harith makan sup jer sebab dia batuk. 

 

while Alya lari sana-sini. dia ni mana bleh dok dendiam. kalo suh duduk, 2 saat je pon. pastu berlari tak pandang keliling.

rupanya hari ini ada besday party start dalam kul 3. so, kami cepat-cepat habiskan makanan sebab budak-budak ni dah takut tengok clown. ala clown yang belon tu. bukan clown betol pon. nurul ajak aku gi tengok rumah dia kat Nusa Rhu. belom siap sepenuhnya, next year maybe around September. tapi nampah dah 85% hampir siap. baguslah nurul, dekat sket ko nak jumpa aku. leh lepak selalu kalo ko dok sini. kann ..

oleh kerna cuaca panas dan Harith pon batuk-batuk so kami takdelah lama sangat kat sini. lagipon rumah contoh agak jauh and rumah yang dibuka plak tak boleh masuk so kami pon gerak ke Shah Alam. aku takde idea nak ke mana sebab tengok budak-budak dah mengantuk. so nurul decided gi Plaza Massalam. saja la nak cuci mata.

skang Plaza Masalam dah diperbaharui. dekorasi dan environment nampak cantik, kemas & baru. takdelah kusam je macam bangunan lama-lama. dulu takde apa pon kat sini. abih tinggi giant, nyonya kitchen, baskin robbin bla bla .. biasa je. takat nak abihkan masa boring-boring bolehlah kat sini. skang aku suka je datang sini. ada reject shop, old town white coffee, kids brands outlet dan banyak lagi kedai baru. memang seronok la nak cuci mata atau shopping terutamanya kaum perempuan. hhehee ..

tetiba nurul panggil aku suh snap picas. wahhh .. kagum aku neok budak berdua ni tetiba boleh ngam. sebab Alya ni ikot mood dia, kena warm up dulu baru dia bleh enjoy. tetiba je dah hold hold tangan ni. amboiiii .. korang kemain yek .. si Harith so cool and looks brotherly to Alya. Very touching saw they hold their hands together.

lepak kat Starbuck minum kopi. while kids ni main ikot suka ati memasing sebab mak-mak dah penat nak layan ehhehe .. lepas pekena kopi secawan terus balik sebab dorang dah nampak letih, nak tido.

so, that's story on Saturday.
penat tapi hepi.

thanks Nurul. nanti datang lagi ek.

Thursday, July 15, 2010

Rezeki yang ada dipanjangkan .. aminnn ..

Hepi besday to JK. He is one of AVP in our team.
Moga murah rezeki, panjang umur & sihat sentiasa.
sila kurangkan rokok anda!

terima kasih sebab sponsor lunch treat untuk satu opis nih. meriah gitu.
menu boleh tahan. memang takde order lain sebab nak konsentret makan.
kang membazir. kek pon cipot jer. tu pon dari awal lagik JK takmo blow the candles (umur adalah resia hihihihi) ..

menu makan tengahari simple jer.
takkan nak order nasi minyak plak kann .. dah macam kenduri kawen plaks.
ada asam pedas (gambo aku terdelete plaks siot betol).
ada ayam goreng berempah, ada sayur campur, ada tempe jawa shedapppp ..
air sirap bandung. buah macam biasa, tembikai.
aku terbayang oren tapi takdok plak.
aku terbayang kari ayam campoq kentang kut ler ada, takdok jugek .. hehehe ngarut betol selera aku.

 
jemputan pon dalam 35 orang, just nice ler.
lepas baca doa, doa panjang umur, doa moga sihat selalu then doa makan la apalagi hehehe .. before makan, request JK potong kek.
memasing tanya mana candles tapi JK takmo tiup-tiup ni (kang air liur terpercik kwang kwang kwang) ..
eh lupa nak nanya JK, ni besday ke berapa? 40 ke 50? ke 30?
hahahahhahaha .. pakcik sorang ni memang sporting.
ingat dulu time aku lom kawen, manjang je banjer makan.
sebot je kat mana? takat secret recipe tu dia kenyit mata je ajak gi.
tapi bila aku dah kawen, dah makin gemok takde maknanya dia nak ngajak kuar lunch ke minom petang ke. cisss ko saja je bang kan, pilih anak dara je yek ..
ingat dulu dia lepak minum teh ngan aku dan kak mas sampai larut malam setakat nak citer hobi golf ngan tour ke jakarta. skang?? harammmm .. hahahahha ..


okeh, hepi besday to you!
** akak mesti bagi big big big present kannnnnn

korang tau tak?

SOGO Warehouse Sales.
15-18 July 2010.

korang tak gi shopping ker? hik hik hik

Tuesday, July 13, 2010

hari-hari masak .. masak hari-hari ..

tengah pening. pening? loya-loya? muntah-muntah? takde. semua tu takde. ekekeke ..
asal pening, ngandung. asal muntah, ngandung. hihihihi ..

pening sebab dok mikir nak masak apa malam nih?? haa korang masak apa?
aku time camni memang pitam mikir. menu apa? haiii tu la kalo dapat somi yang suka makan kat umah ni. tadi try jugak kot nak ngelat masak. call hubby terchenta.

"bang, ari ni takyah masak la"
"apsal plak?"
"saya jemu ler asik makan masakan sendiri."
"tak kira, awak masak juga. awak jemu takyah makan, saya makan sorang"
"ala, makan la kepci ke mekdi ke?"
"camne tak gemok asik makan camtu jek" dussssssssshhhh ..

dushhh kena sekalikkkk ..

apa la menu hari ni ekk?? pagi tadik benornya dah masak. daging goreng masak kicap. encek somi siap bakal bekal lagik. konon malam takyah la makan lagik kan?? kena gak masak.

bagi le idea apa la den nak masak nihhh?

Monday, July 12, 2010

Wishlist mama Alya untuk Alya ..


tetiba je si Hani ni buat wishlist .. walhal manalah penah kann .. huishhh ..
buat wishlist ni bukan buang tebiat namanya tapinya dah jadik macam keperluan jer bagi hani.
tetiba jer jadik keperluan ekekkee .. betol .. bukan memain nihhh ..

ni semua terjadik sebab daku tak larat nak mengejor Alya time outing. punyalah kuat pegang tangan dia tetiba dia dah sampai esklator koooo .. mau aku meraung time tu. dah bape kali jadik ni. then Alya ni dah berani naik esklator plak. ni auntie wati ler yang mengajar dia nihhh .. aku mana berani heret dia naik eskalator, selalaunya dukung dia. ari tu elok jer dia berdiri depan esklator yang takde tangga tu (yang eskalator bawak barang tu ler). sket jer lagi dia nak jejak kaki aku dah histeriadotcom dahhh .. so aku rasa aku perlukan benda alah ni. dulu penah kawan-kawan carik benda ni nak pakaikan kat anak depa tapi aku tak amik port pon. haa skang time aku plak. baru aku tau camne lintang-pukang berlari kejor anak. berderau darah time Alya hilang kat pandangan dah banyak kali aku rasa, mujur tak heart attack ajek.
so, kalo korang, korang berani tak pakaikan anak-anak yang comel tu dengan safety harness ni? aku dah tanya papa Alya, mulanya dia tak setuju langsung. dia kata macam bawak pet je. adusss sabo je la .. memang la kita akan rasa cenggitu tapi aku pikirkan keselamatan puteri berlian aku ni. dari dia meluru berlari ke hulu ke hilir pastu aku pengsan sebab pitam mengejar, baik aku pakaikan dia safety harness. tapi camne kalo ado orang potong tali tu? ekekkeke .. ni acik tengah pitam nak menjawab soalan encek somi tang nihh ..

then,
yang ni plaks .. hemm hemm hemmm .. wakakkaka .. macam tak semenggah je kann .. tetiba termasuk wishlist ni walhal Alya tu heran pon tidak nak dok ataih nehh .. stroller 3 wheels sweetchery yang pink vogue tu pon dia tak koser nak naik. tapi mamanya nak jugak hat nih. first, ringan. second? sbb umbrella folded. third, 5kg only. and, Alya need it when sleep while outing. tak larat nak dukung budak debab nih lelama koo .. mau kejang otot ekekeke ..

tak dapat kaler ni pon, kaler lain pon kira orait la. janji dapat. masalahnya, dapat ke? harap-harap encek somi klik le blog isteri terchentanya ini. bolehlah bang .. anak abang gak yang guna, bukan mamanya yang nak naik ponnn .. hihihihihi

Friday, July 9, 2010

Esok cuti lagik ..

yeaa .. esok cutik ..
2 hari cutik. nak kemas rumah yang macam tongkang pecah. lantai pon lama tak mop.
minggu lepas balik kampong so banyak keje delay.
baju bertimbun tak lipat.

"bang tolong lipat baju kang"
"tu bukan keje awak ke?"
"saya banyak keje lain"
"keje apanya?"
"tido".

kwang kwang kwang ..

esok pagi memang kena ligan buat keje sebab sebelah petang nak gi HKL. mak dah cakap nak datang esok. mesti esok ramai family member datang ziarah kaklong. yang bestnya mak kompom masak sedap-sedap. cumanya dok mikir cemana la handle si Alya yang lasak kemain hebat tu ekkk ..

Penat ler ..

Ari ni baru masuk opis. semalam MC. Rabu halfday sebab berkejar ke hospital KL.
Kaklong, cousin yang koma sebab denggi berdarah tu dah ditransferkan ke hospital sini. mak call bagi tau dia dalam ambulans menuju ke KL. aku plak masa tu tengah syok membelek baju-bajan kat TESCO. terkejut dengar news tu sebab mak sorang jer yang menemani kaklong. laju jer aku berlari balik ke opis. eh bukan berlari la drive la tapi nak menunjukkan betapa lajunya aku gi opis. amik henbeg then tinggalkan pesan kat kawan-kawan and terus speed ke HKL. dah la ujan kejap lebat kejap slow pastu jalan macam haper jer. baru kul 3 tapi jalan semedang jem. maybe sebab hujan kot.
sampai HKL dalam kul 3.50 petang, nampak mak baru turun ambulan. sian mak, dia bukannya sihat sangat pon tapi nak buat cemana dah takde sapa leh harapkan. terus carik parking. hampehdotcom betol. penuh. 2 kali tawaf sepital yang jalan sehala ni. nasib baik jumpa sorang abang ni tengah tunggu sapa ntah. agaknya dia kesian kot or nengok muka aku dah cuak semacam jer, dia bagi isyarat nak kuar and park kat belakang kete yang lain. dia suh aku masuk parking. ya allah, ada juga hambamu yang baik hati dan bertimbangrasa time cenggini. aminn ..
berlari aku ke Emergency. waaa masalah lagik. IC kaklong lakinya pegang. lakinya masih di Kuala Pilah. waaaa .. 4 kali aku gi try register kaklong untuk penerimaan. failed. kali keempat dah teruk aku menepuk meja barulah kerani tu bagi pelepasan. hello, apalah susah benor? kan ada borang transfer dari Kuala Pilah tu? dalam form tu tertera nama dan no ic kaklong. so?? memang bengong la rules kat sini. mula kabo kena waris yang register. bila aku heret anak kaklong suh gi register, kerani tu kabo plak nak ic orginal. sudahnya ku tepuk kaunter itu. bertimbangrasa la sket. takkan nak tunggu banglong yang ntah bila sampai. nasib baik dia beralah nak terima register form tu. then dah dapat tu aku berlari ke emergency. waaaaaaaa .. masalah lagi. kena register masuk wad (ICU) plakk. masa tu dah dekat pukul 6 dah. nasib baik la banglong muncul. terus register and tolak kaklong ke ICU Tingkat 3. kena tunggu dekat sejam baru bleh tengok dia sebab doktor nak transfer rekod bagai.
pukul 8.30 baru bleh masuk tengok. skang kaklong dah sedar and dia diberi ubat tido untuk relaks sebab tadi dia meronta-ronta maybe penat kot kena alih sana-sini. keadaan dia stabil.
pukul 11 baru aku bertolak balik ke rumah. sian Alya, lambat amik dia sampai demam tunggu mama papa amik dia.
esok, sabtu. maybe berkampong di hospital lagi.

Wednesday, July 7, 2010

My 3rd Wedding Anniversary 07.07.07 ..

Hari ini genap 3 tahun kami berkahwin. 07.07.2007, Sabtu. Sekejapan jer dah 3 tahun. orang kata 5 tahun pertama adalah tahun ujian untuk langkah seterusnya wallahualam .. ni baru 3 tahun.
Kami bercinta sekejap terus bertunang hampir setahun setengah then bernikah pada tarikh yang cukup bermakna. Nak pilih tarikh yang kononnya special ni pon macam-macam dugaannya tapi akhirnya dapat juga tarikh idaman. alhamdulillah ..
Kami bernikah selepas solat Asar. Dengan sekali lafaz akad nikah kami sah sebagai suami-isteri. Saat ini memang tak boleh dilupakan. indahnya hanya Allah yang tahu. Betapa sukarnya nak ungkapkan manisnya saat, detik itu. Syukur segalanya dipermudahkanNya.
3 tahun berkahwin, dikurniakan seorang puteri Alya Nur Zahra, yang lahir pada 29.09.2008. Alya melengkapkan kehidupan kami sekeluarga. Moga Allah panjangkan kebahagiaan kami sekeluarga hingga akhir nyawa. Insyallah!
3 tahun berkahwin bukanlah jangka masa yang panjang. pejam celik tolak bahagi campur sekejapan sahaja. belom dikira bergaduh bergadah, happy, mesra, dingin, beku dan sebagainya. Itu yang dikatakan asam garam rumahtangga. Betul orang kata, perkahwinan adalah ikatan 2 jiwa. kena dijaga, dibelai jiwa itu jangan dibiarkan terluka. Berkahwin juga bermakna kita ada tanggungjawab yang cukup besar, cukup menuntut segenap pengorbanan. berkongsi hidup. Berkongsi segala-galanya. Tiada rahsia antara kita.
Macam-macam dugaan, cabaran, kenangan pahit manis yang kami tempuh selama 3 tahun ini. Semua itu menjadikan perkahwinan kami lebih bermakna. Yang penting pengalaman ini menjadikan kami lebih matang dan mampu berdepan dengan setiap masalah.

Suamiku bukan lelaki romantik (tetapi penuh sabar dan penyayang). Tiada hadiah atau party atau dinner untuk ulangtahun perkahwinan ini tapi ku tahu dia cukup sayangkan isterinya ini dan keluarganya. Itu lebih bermakna. Hadiah pon dah selalu dapat so daku tidak dambakan yang lebih kerna ku tahu cintanya mendalam buatku!

Doaku tidak pernah usai agar perkahwinan kami kekal hingga kami pejamkan mata selama-lamanya. Biarlah ombak datang menghempas, biarlah lautan bergelora namun kami akan pertahankan kebahagiaan ini, Insyallah!

Happy Anniversary to both of us!

Monday, July 5, 2010

YB .. please take action and do seriously!

Citer balik ke kampung lom abih lagi. walau singkat, sabtu & ahad je kat sana tapi banyak input yang dapat. selain ke hospital, hani sempat balik ke rumah emak walau hakikatnya memasing berkumpul di rumah makcik yang berdekatan dengan hospital.
okay, bila balik ke rumah emak since bulan may dah balik sana. tension, geram, menyampah dan annoying! jangan salah sangka ek bukan tak suka balik rumah emak tapi bila tersentuh part ni yang dah makan tahun still the same memang aku naik hantu kooo .. hantu pon takut kat aku ekekek ..
apa kebendanya? iyer, aku naik hantu dengan masalah bekalan air paip. asal balik kampong air paip besar lubang hidung ke lagi kecik? entah tapi memang aku bengang. nak cuci pinggan mangkuk kat sinki punyalah kedaung air nak kuar. besar hama pon tarak. huaaaaaaaaaaa ..
aku check kat bilik air luar dalam pon sama. mak punyalah rajin pi tadah air dalam baldi, dalam tong. aku interview mak soalan biasa dalam 3-4 tahun ni sampai mak naik boring nak jawab.
mak kata abang aku dah call YB tapi YB boleh jawab gini, "engkorang balik dari KL sesekali dah bising, komplen itu ini, orang kampong yang hari-hari kena ngadap benda ni takde plak bising". eh hello YB, bijaknya jawapan engkau yer. meh aku jawab. "orang kampong bolehlah ko bodoh-bodohkan kata nak buat tangki baru la, empangan baru la walhal dah bertahun masalah ni. umah emak aku dah bertukar paip utama sejak 2 tahun lepas so memang takde masalah kalo air kecik, masalah skang airnya takdek."
lagi satu, aku naik menyampah dengan YB ni sebab politik nombor satu tapi kebajikan penduduk tak diutamakan walau NAJIB sebok kabo 1 Malaysia bagai. hello, aku tak pedulik ko nak berpolitik sampai hujung nyawa tapi fikirlah janji ko kepada pengundi-pengundi ko kat kampong tu. memang mereka tak reti nak buat demo, tak reti nak buat aduan ke mana-mana tapi janganlah amik kesempatan. orang kampong bolehlah ko permainkan, bodoh-bodohkan tapi anak-anak mereka bijak pandai. ko nak berpolitik jangan abaikan kepentingan penduduk. air itu keperluan asas. dah namanya keperluan asas so bermakna penting. kalo yang ini pon ko abaikan, apa lagi janji-janji lain? pleaselah, politik boleh tapi jagalah kebajikan penduduk kampong.
ini tiap kali musim raya, air takde. air dicatu. air kecik macam lubang kencing. nak berak kena tadah air hujan. kalo tak hujan? ngek laaaa .. kalo ada kenduri parahlah orang kampong bertalipon JBA suh anto bekalan. kalo ada kematian cemana? fikirlah wahai YB ..
rumah aku sampai buat 2 bilik air sebab nak buat kolah air besar, senang nak spare air. tapi kalo airnya kecik or dicatu or takde langsung, cemana nak wat spare? sampai bila? YB dah bertukar bape kali tapi sama jek. inilah kampong yang mengundi BN. untung ke undi BN? air pon takde? ini soal keperluan bukan kehendak. keperluan itu bermakna kepentingan.
aku bukan penyokong tegar memana pihak. mana yang aku rasa betul, aku sokong. tapi nak sokong apanya kalo air setitik pon takde??

please take action!

Alya balik kampong ..

Cerita balik KP belom habis lagi selagi ku tak upload gambau2 kat sana. walaupon sekejapan di sana, sempat juga ku membidik encek nikon barang selapan sesepuluh keping gambau ahahhaa .. benornya daku tak berani nak tinggalkan lappy, nikon or apa saja barang berharga kerna kawasan apartment kurang selamat. sejak tahun lepas dah banyak kes rumah kena pecah masuk. lappy antara barang "panas" yang digemari pencuri. so jalan selamat angkut ler ke mana saja kita pergi. nikon lagilah tak berani tinggal hehehe ..

masa kat umah makcik, sempat gi kenduri jiran sebelahnya. merasa la makan nasi minyak. pepagi tuan rumah dah datang menjemput sebab dia tau ramai keluarga kami balik dari jejauh sebab nak menziarah kaklong so dia jemput semua datang makan tengahari. yahooo .. makan nasi minyak kitaaa ..
pengantin datang dalam hujan renyai-renyai. bersanding lam hujan lebat. hani makan penuh selera. hujan kooo .. hujan rahmat .. hihihi ..

pastu dapatlah bunga telor ngan beg comel ni. ada kek coklat atau bahulu, shedappp .. baguslah dorang ni sebab masih amalkan bunga telor. ad atu aku gi kenduri kawen, bunga paharnya berisi coklat atau muffin. bunga telor juga yang dipandang orang. sebab nostalgia tuuu ..


ni budak yang happy kemain dapat neok ayammm .. pepagi bangun gi reban ayam depan umah wan aciknya. sian ko nak, umah kita takdo ayam. ayam beku ado la .. hihihi ..


Punyalah excited dia tengok ayam yang ada bape ekor je tu. tu nasib baik ayam dalam reban, kalo kat luar mau dia kejar sesuka hati dia hehe ..
masa kat umah uwan plak, sampai dah dekat nak maghrib. mak kelam-kabut bagi ayam makan sebab dah seharian tinggal lam reban. Alya dok ler mengekor uwannya nak neok ayam. waaaaa .. kemain sukanya dia  tengok banyakkkkkkkkkk ayam. lagi banyakkkkkkk dari umah wan chiknya. hehehe .. 


kemain bersungguh dia nak bagi ayam makan. sebijik sebjik jagung dia tabur. siap pilih-pilih jagung kononnya hahaha kesian ko ayam sampai ke pagi la nunggu jagung ekekek .. ni le budak dok pekan jarang neok ayam live. balik2 tengok ayam lam esbok kannn ..
takpe, dah plan. maybe before puasa nak cuti 3-4 hari dok kampong sambil makan durian hehe .. so alya bleh la kejor ayam puas-puas.


wahh kemain eksyen budak kecik ni. puas panggil masuk umah sebab dah maghrib buek tak reti jer. leka tengok ayam-ayam uwannya. seronok betol dia. yang kelakarnya, hani memang ajar dia sebut chicken kalo tengok gambar lam bukunya tapi bila sampai umah wan chiknya terus sebot ayam kooo .. memang la nak ajau "hen" or "roaster" tapi lepas ni la skang mana sesuai kan pening plak dia ekeke .. 
haa balik kali ni ada buah rambai. lom masak lagi. mak sempat amik. masak gulai sardin cili api bubuh rambai ni memang umphhhhhh ..


gambau sardin tak sempat snap sebab dah kebulur ekeke .. alah kampung je pon .. tapi bagi aku memang mabeles tambah2 kalo mak masak.


ni time nak balik. dah bersiap. ko tengok anak aku ni buat apa? geram kat papa dia. memang kena geget selalu dek budak ni. tambah2 time ada benda dia berkenan tapi tak dapat. geget geget manja hihihi ..


bye-bye Alya dah nak balik .. jumpa lagi!
** entry ni ler paling lama aku hang sebab upload gambau berchentaaaaaa ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...