Thursday, December 30, 2010

Tahniah ..

Punyalah eksited sampai lupa nak tulih benda ni dari pagi tadik.

Tahniah kepada pasukan pemain muda negara, Harimau Malaya kerana berjaya mendapatkan Piala AFF menewaskan Indonesia malam tadi. Tahniah.

Khairul Fahmi, nanti akak add awak yer hikhikhikhik

Esok, lusa, tulat cutik ..

Mode:ngantuk.

kahkahkah betol wei, tengah sangap nih. pandang kiri, takde orang, cuti. pandang kanan, takde orang gak, MC. pandang depan (bilik boss) takde gak, boss dah C.A.B.U.T. kahkahkahakah

patutkah aku pon C.A.B.U.T.? gile kena tangkap camne hahahha
dah le tadi bengang sebab esok Public Holiday while is aku dah apply annual leave siap2 dari lastweek lagi sebab bbsitter nak gi Penang. cehhh rugi jer cuti.

tapi baru jer ni senyom sensorang bilamana klik2 portal ada email masuk dari HRM, sapa dah apply cutik esok, tak burn. boleh dapat ganti nextyear. wah terima kasih HRM, kamu memang baik hati (motif tetiba puji? hehehe)

esok cuti tapi macam tak cuti sebab macam2 hal nak buat. hal apa?

1. lipat kain yang setimbun busut jantan (hubby kabo, gajah nyorok pon tak jumpa nehh kahkahkah)
2. susun/hanging kain baju
3. mop lantai (2 minggu delay sebab takde kat umah)
4. clearkan baju-baju lama sebab nak masuk kotak
5.
6.
7.
8.

5-8 dan seterusnya adalah keje2 yang tak dapat disenaraikan lagi hahhaa. esok memang banyak keje. 2 minggu direct takde kat umah memang banyak keje delay.

selamat bercuti. kunci pintu rumah elok2. simpan barang berharga elok2. pesan kepada jiran yang dipercayai. have safe journey.

tata.

Tuesday, December 28, 2010

Temerloh; Ikan Patin Asam Tempoyak

Ahad. kami check out dari hotel dalam pukul 12.30 tengahari. memang plan nak terus balik. dah letih. tak koser nak masuk memana mall. sama jer mall dia ngan kat KL kan?? nampak sales tapi malas nak singgah sebab mood letih. pepaham udah ler hikhikhik.

Hubby tanya nak lunch kat mana? Hani plak memang tatau area bandar Kuantan ni, ni first time datang hokayyy! so ikot je le mana hubby nak bawak. dia pusing2 area Hotel Grand Continental sebab kat area situ ada kedai makan yang femes ngan ikan patin tapi takde rezeki kami hari tu, kedai tu tutup. so hubby kata better kita singgah Temerloh. wah Temerloh terus koo .. apalagi pecut ler kuar dari bandar Kuantan. bye Kuantan!

Sampai Temerloh dalam kul 3. hubby masuk pekan and berenti tanya kat stesen Petronas, mana kedai ikan patin yang femes? dorang kata kat Benteng so kami terus le ke sana. senang jer cari sebab kat dalam pekan tu jugak. memang ramai kat sana even dah pukul 3 lebih. kami singgah kat kedai hujung sekali dalam benteng tu. nampak ramai manusia dalam tu sure femes nehh hehehe.

dapat meja yang luas and kat belah luar, memang makan dengan selesa, berangin jer hahaha. Alya nak berlari pon senang hehehe. hubby terus order ikan patin masak tempoyak. tak sah kalo tak order menu ni kalo gi Temerloh ek? kebetulan dorang tengah masak kali kedua and kali ni masak bahagian kepala sahaja. lagilah hubby suka. pastu amik plak bahagian ekor yang dibakar kunyit. sedap, Alya suka. fish fishhhh dia kata.

tapi paling best this moment. bila ikan sampai, hubby terus rasa kuahnya and start makan. dia kata "yang, sama la macam awak masak." wahhhhh perasan betol dah aku nihh ahahha. tapi memang aku selalu masak ikan patin asam tempoyak ni kat umah sebab feveret hubby. beli je ikan patin sangkar kat pasar malam. tak susah pon nak masak. ada kunyit, lengkuas, bawang putih, asam keping & tempoyak. wahhhhh boleh bukak kedai nih (bila lagi aku nak rewards diri sendiri kannn?) jangan muntah hokkayyy!

ni ler gulai ikan patin asam tempoyak. bezanya dia letak daun kunyit. takpe nanti aku bubuh plak bila masak lagi.
ni ikan patin bakar. memang sedap. dagingnya fresh. Alya cukup suka.

tu jer sempat snap sebab memasing kelaparan. terus santap okehh. angle pon tak bape cantik sebab Hani malas bangun hahahaha. okey je janji ada bukti ek.

lepas makan, lepak-lepak kejap bilamana memasing kekenyangan. pusing-pusing area pekan Temerloh kejap sambil tengok kot ada sales wkakakakaa .. okay jer pekannya, takdelah macam pekan cowboy.
eh tapi ada supermarket Cowboy kat situ ek? sebab pernah jumpa kat Melaka rasanya hahaha.
on the way balik hubby pecut sebab dia nak gi Stadium Bukit Jalil. malam tu ada game Malaysia vs Indonesia, Piala Suzuki. tapi jalan jem gila selepas tol Bentong tu. jem sampai le ke simpang Genting Sempah. hubby dah risau takut tak sempat nak ke stadium so kami terus jer ke Bukit Jalil tapi aku tak join pon tengok match tu. tak koser hokkay.

tengok anak dara saya nih, kepanasan. cuaca memang terik. aircond pon macam tak rasa jer. lepas jer makan tu memang tanggalkan baju. biar dia tak rimas. kalo dia rimas, dia mengamuk. kalo dia mengamuk, maknya boleh naik hantu hahahhaa

so, itulah cerita sepanjang berada di Kuantan, overhead ke Temerloh and balik semula ke pangkal jalan ke Shah Alam. memang seronok berjalan nih. yang tak seronoknya duit jer tak ramai hahahha.

selamat bercuti lagi minggu nehhh ..

Tanjung Lumpur; tak sehebat ceritanya ..

Masih di Kuantan. kami stay di The Season Boutique Hotel. ala hotel murahan jer lebih kurang Seri Malaysia tu. hotel kebanyakan penoh maklom cuti krismas. pastu ada konvoi Proton sempena ulangtahun dorang. itulah tak booked awal2 sebab ingat kalo hotel yang Nik bookingkan tu okay, sambung stay sana jer tapi hotel tu memang murahan sangat kekekkeee. "ayam" pon banyak kahkahkah

dapat hotel The Season ni pon kira okay sangat dah, tengah bandar Kuantan tu. dekat juga nak ke Tanjung Lumpur. rasanya ramai kawan2 Hani tau, betapa teringinnya nak jejak kaki ke tempat seafood terkenal tu. memang nak cuba makan kat sana. dah bape tahun mengidam kekekek. selalu dengar hubby citer jer maklom dia pernah ke sana 3, 4 kali. meleleh air liur dengo citer dia kahkahakah.

lepas maghrib, siap2 terus keluar ke Tg Lumpur sebab hubby kata mesti ramai orang nanti maklom cuti. dia plak dah lama tak ke sana. dah makin banyak kedai2 di luar jalan ke sana tu. hubby terus cari tempat yang dia penah makan dan katanya popular sungguh, so aku ikot ajer le. mana le aku reti tempat kat situ.

pusing2 carik parking. lama juga cari parking sebab mana ada parking khas kat sini, parking je kat tepi jalan. tu pon sib baik ada kete yang kuar terus kami plak masuk. atleast rasa secure sket sebab tak jauh dari kedai2 makan tu. hubby tunjuk kedai yang dia dah aimed tu. wah ramai orang. cari meja kosong. lama juga. penoh. dapat meja, kerusi plak takdek. alahai kesian betol kami nih. akhirnya dapat le kerusi tu pon hubby mintak ke meja2 sebelah. pastu barulah terhegeh2 mamat kedai tu clearkan meja, tu pon bape trip ntah dia datang clearkan. letih acik berdiri tau tapi sabarkan juga hati nih maklom nak makan sedap kekekeke.

then duduk sementara hubby dah gi order ikan kat kaunter. hubby order 2 jenis ikan. ikan pari bakar, ikan siakap bakar sambal petai. katanya tu menu popular kat situ. entah acik mana tau hahaha janji sedap. pastu tambah sotong goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam campur. tu pon cukup banyak dah. makannya bertiga jer. Alya tu main jer lebih kekeke.

okay part menunggu nih. jadik cerita hot. aku sabar je dalam sejam, sejam setengah. tapi masuk 1 jam 45 minit aku memang geram. dorang cuma hantar air, nasi dan sup tomyam. serta sayur kangkung. aku mula naik hantu bilamana aku tgok ada mamat kedai tu sebok merokok, sebok kira duit, sebok bersembang. orang memang ramai. memang ramai. aku tahu. ye aku tau.

aku pangge sorang mamat ni tapi dia kata tunggu jap kak. okeh aku tunggu, 20 minit takdek gak. nasi dah sejuk. sekali ada 1 bas berenti kat tepi kedai. wah, aku dengar mamat2 kedai dok kata "1 bas ni, cari meja cari" wahhhh lagilah aku naik hangin, naik hantu laaa. dah aku menunggu sejam lebih ko tak hirau, yang 1 bas baru sampai ko nak layan bagai? apalagi aku pangge le mamat2 tu. kali ni kuat sket biar orang lain dengo hikhik

Aku: "apa citer ni? saya order ikan sotong dah sejam lebih nih?"
Tokei: "orang ramai kak. sabarlah, kejap gi"
Aku: "ye saya tau orang ramai tapi takkan la sotong goreng tepong sampai sejam lebih?"
Tokei: "sabar kak orang ramai nih"
Aku: "hello, orang ramai tapi yang u menunggu bas bagai apa hal? u kenalah utamakan customer yang dah duduk order ni. apa citer nehh?"
laki aku dah cubit2 aku dah suh diam. aku mana boleh. memang hangin. semua orang dah pandang. pedulik haper aku. aku rasional sebab tau orang ramai tapi apa kes sampai sejam lebih semata tuk sotong goreng tepong?

Tokei:"akak order apa tadi?" dia tanya aku semula sambil senyum sokmo. aku takmo jawab. sebab apa? sebab bingai la. laki aku jawab slow jer sebab dia tau aku kepala hangin ekekkee.

tak lama tu dia datang bawak sotong goreng tepong. aik dah siap plak? aku cepat2 rasa sotong tu, takdelah panas macam baru angkat dari kuali pon. so?? lagilah aku hangin. so annoying.

and, lepas tu ikan pari, ikan talapia plak sampai. aik cepat plak?? so? fikirlah sendiri. hiii hilang selera nak makan koo .. memang aku bungkus jer bawak balik. first and last there. serious.

ni Alya. memula okay, dah dekat 1 jam 45 minit terus buas main sana sini. tu yang bertambah hangennnn .. 

ni air aku. jus tembikai. dah nak abis baru ikan sampai. ahahhaa

ni tomyam campur. sedap, pedas. belakang tu kangkung goreng belacan. takde lam gambo. malas nak snap sebab masa tu tengah hangen kahkahkah.

ni curik2 amik gambo dalam kedai tu. memang ramai manusia. Alya tengah makan nasi putih sebab ikan takde. geram siot.
ni sotong goreng tepong sejam 45 minit kahkahkahakaha ..

ni ikan siakap bakar sambal petai sejam 45 minit kahkahakaha ..

ni ikan pari bakar sejam 45 minit akakkaka ..

ni ler kedainya yang kabonya cukup femes, popular, sedap tapi bagi aku sedap lagi kat Bagan Lalang!
failed! so sorry le kat orang Kuantan ek. aku takde lah pukul rata semua kedai kat Tg Lumpur tu macam kedai ni tapi aku frust sebab tak dapat menikmati makanan2 yang sedap2 dengan hati gembira. bila dah marah, selera pon takde. yang sedap pon jadik kurang sedap. aku tau orang ramai tapi bila telinga jadi saksi, mereka lebih utamakan bas yang datang maklom ramai tapi aku customer berhak dapat lebih awal kan? sebab aku dah order, dah menunggu lebih sejam. so sorry for that.

bagi mereka yang bercita-cita nak ke Tg Lumpur, tak perlulah ghairah sangat. seafood yang sedap ada di mana-mana. di Bagan Lalang, di Muara Klang, di Kuala Kedah, di Umbai Melaka, di Pulau Pangkor, di Terengganu and banyak lagik tempat2 yang kita boleh explorer. semua ada. bezanya cara hidangan tu sahaja. kadangkala tempat popular ni bilamana dah lama, mereka eksyen sket hehehe.

so itu pengalaman Hani and family, jangan samakan dengan pengalaman anda pulak. tapi, jauh perjalanan memang luas pengalaman. memang seronok 2 hari di Kuantan. walaupon jauh dari KL, Kuantan tetap happening waktu malam. takdelah bandar mati macam orang kata tu. kiranya takdelah mati kutu kann??

terima kasih Kuantan!

Majlis bertandang ke Kuantan; 25.12.10

nak citer tentang majlis bertandang adik hubby di Kuantan.

Maka berangkatlah acik sekeluarga ke Kuantan malam Sabtu lepas. memang plan gerak ke sana sebelom Sabtu sebab takmo lambat sampai. kendurinya tengahari Sabtu so kalo dari KL ari Sabtu, memang kena bangun before Subuh ler ekekkee

malam Jumaat bertolak ke Kuantan dalam pukul 10 malam. itu pon lambat sebab encek hubby balik keje pukul 8 malam. keje tengah banyak skang maklom hujung tahun ramai cuti kawen la, cuti gi overseas la. so encek hubby memang busy sangattttt .. busy takpe bang janji mahsyukkk kahkahkahakaah

perjalanan ke Kuantan dalam 4 jam, hujan lebat sepanjang jalan. aku risau betol lalu kat Karak, maklom dah banyak cerita kurang sedap didengar. mata pon takmo pejam walo ngantuk ya amattt .. tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuantan dalam pukul 3 pagi. terus check in hotel yang Nik dah booking sesiap. hotel murahan jer hahahhaa. janji dapat tido and mandi.

esoknya dalam kul 11 pagi bersiap sebab nak bertolak ke rumah Nik plak. semua rombongan berkumpul di sana and konvoi beramai2 ke rumah pengantin lelaki. tak jauh mana pon, still dalam bandar Kuantan. rumah pengantin lelaki kat Teluk Cempedak.

cuaca okay hari ni, tak panas sangat. majlis pon smooth jer, makan pon sedap2. thanks yer kepada keluarga pihak lelaki yang melayan kami dengan baik sekali. boleh datang lagi hikhikhik

jom tengok sekitar majlis. Alya kemain happy kat majlis ni sebab dapat beg baru. ke hulu ke hilir diangkutnya beg tu. sampai usai majlis beg pon kemek kahkahkah

pengantin tengah berarak.
kat sini takde majlis bersanding, terus makan beradab ajer. simple jer. tapi makanan sedappp ..

ni table yang aku duduk ngan hubby dan sedara-mara lain.

ni plate Hani, penoh dengan makanan yang sungguh sedap. ikan patin masak tempoyak. ikan bawal masam manis, ayam goreng. tengah lapo memang sangat lazat hehehehe

kek pengantin. tapi tak sempat nak nunggu majlis potong kek sebab family hubby dah nak gerak balik. dorang balik terus ke Kelantan ikot Terengganu.

Hubby dan Nik. Nik ni anak no. 7, hubby no. 6. rasanya dorang ni rapat kot.
ni patutnya gambo family kami jer tapi ada le maksu plak menyelit kekekekke.
haaa baru dapat gambo sefamily tapi pengantin lelakinya mana? kehkehkehe
ni family pengantin perempuan.
dapat juga bergambo ngan pengantin hikhikhik
ni anak dara saya yang saya rasa cukup comel (bagi le can mak dia nak feeling2 perasan hikhikhik)

Ni Alya tengah mintak duet kat papa .. "papa, nak uit. beli aiskrim" kekekke dengo juga dia loceng apek sekerim kat luar tuhhh
ni cousin hubby dok kat Terengganu, tunggu ek kami datang sanaaa .. (pepandai je bini plan padahal laki tatau apa pon kahkahakaha)

ni masa kat Teluk Cempedak. alang-alang dah sampai sini, tak jauh pon dari rumah pengantin. dalam 10 minit kot dah sampai. so memasing tak lepaskan peluang ke sini. pantainya sama le macam pantai kat memana. lebih kurang Port Dickson jer hehehe
memang cantik pemandangan kat sini, angin sepoi-sepoi bahasa jer. puas hati gak dapat singgah sini even aku menyampah berbaju kurung ke pantai kahkahakahkaha ..
okay, tamat. lepas lepak Teluk Cempedak dalam sejam, memasing dah nak gerak balik. yang kami pulak terus ke bandar Kuantan, nak cari bilik penginapan sebab nak stay sini malam nihh. berpusing satu bandar tapi hotel semua penoh. dapat jugak hotel tetengah bandar tu lepas 1 jam berpusing. kira okay jugaklah. nanti jumpa next entry plak.

Monday, December 27, 2010

Shopping online; mudah & pantas ..

Lama tak letak sini gambo Alya. kalo ada pon manjang jer kandid ek. maklom dia dah pandai lari sana-sini, tak dengo cakap maknya. puas suh senyommmm .. dia pulak suh kita senyom sambil guna kamera cabuk yang dah rosak dulu tuh hikhikhik .. sukanya tengok anak mama dah besar. syahdu plak tetiba sob sob sob

benonya nak tayang beberapa helai baju Alya yang dibeli online. maknya jarang membeli online, takut tak berkenan bila sampai. tapi lately ada je berkenan ngan hasil jualan Puan Ila, kenalan di forum. memang puas hati bila courier sampai ke opis. tak sabo nak suh Alya try test, so far kualiti memang bagus, tidak mengecewakan (Ila, ko kena bagi diskaun giler2 nihh kahkahkah). tapi betol, tak tipu. bila dah beli sepasang, confirm nak order lagi dan lagi dan lagiiii tapi duetnya ajer tak banyak kahkahkah ..

paling Hani suka, gown pink polka dot tu. memula macam rasa takmo order tp kebetulan takde masa nak cari since nak pakai gi Kuantan, so try jugak order. wah, bila sampai kat opis ramai yang puji cakap cantek. materialnya jeans cudroy. Alya pakai time panas kedaung pon takde komplen (ye ke? ke aku je tak tau hikhikhik). serius, dia tak berpeluh pon pakai dari pagi sampai ke petang so means materialnya okay.

GAP sandal tu plak memang selesa. camne aku tau selesa? sebab Alya takmo tanggal sampai nak tido kahkahkah. selipar korok palsu yang buat kaki dia melecet kat zoo ari tu memang kena humban la dalam stor hahaha. GAP sandal ni ringan, selesa dan terbuka. senang kena angin hehehee

so, jika ada kawan-kawan yang order baju secara online, sila tag Puan Ila; Illa Abdul Razak ek. kalo nak bukak blog beliau pon boleh gak sila klik; http://butterflyonlineshop.com/ . nak cepat add je beliau di fb tu yer.

harga memang berbaloi dan berpatutan. malah selalu ada sale sale salesssss so jangan lepaskan peluang dapatkan authentic brand dari Illa. okay, selamat bershopping di kedai IllaAbdulRazak@facebook.com



Cerita seribu satu alasan ..

Holaaa .. apa kabo kawan-kawan bloggers sekelian alam?
banyak citer nak update nihh ..

1. majlis bertandang di Kuantan
2. Tanjung Lumpur
3. Temerloh

letih. lom sempat upload gambo bila mana kain baju menunggu giliran nak loading lam mesin. kena buat 3 trip nih. baju mak pak, anak. letih wei.

jap gi baru pegang encek NIKON plak. nak lap lens yang dah berkabus. nak upload gambo yang beratus keping. datanglah semangat kerajinannnn .. datanglahhhh .. macam meratip mangge hantu kak limah plak kahkahkah

Thursday, December 23, 2010

Nik's wedding picas ..

Sticky entry untuk adik ipar aku yang dok nun di Kuantan. kesian pengantin kehilangan henpon, banyak gambo kawen dalam tu dia snap. sape le yang panjang tangan time kenduri nehhh? opss hilang lepas kenduri, senin lepas. ada je yang tukang rembat yer. takpe nik, ko beli je henpon baru cam akak ko nyer nihhh hehehe (harap2 pencuri henpon ko tu kena panah petir sebab mencurikkkk) mesti dah biasa buat keje nihhh??

okay Nik, akak bagi ko gambo ni dulu. kurang2 sejuk sket hati ekk .. esok akak bawak CD ngan frame yang dah siap. tungguuuuu .. jangan lupa book satu bilik kat Swiss Garden untuk akak sefamily ekkk hihihi

ekekke macam bersembang tepi tingkap je yer cik jahhh wkakakakaka ..


alallaa line tenet lembabbbbbss slowww so gambo pon lemau jer nak letak siniii .. tunggu jer esok akak bawak, tengok le pepuass ek. tata. jumpa kamu berdua di Kuantan, malam esok Insyaallah.

jangan lupa Swiss Garden tauuuuu .. hikhikhik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...