Assalamualaikum.
Its my birthday; 08.02.2020
Alhamdulillah untuk tahun yang sangat indah dan bermakna. DIA beriku peluang untuk sambut hari istimewa ini. Terima kasih emak yang melahirkan, membesarkan dan mengajarku erti kehidupan. Doa yang tidak putus-putus ku pinta untuk sentiasa sihat, murah rezeki, sentiasa dalam rahmatNya dan istiqomah melakukan kebaikan sepanjang usia ini Aamiin Allahumma Aamiin :)
Sabtu yang sangat indah. Kebetulan cuti hari Thaipusam so pagi tu berkesempatan masak pulut kuning dan rendang ayam daun puding. Alya ada tuisyen kat sekolah kebangsaan so lepas hantar anak dara tu singgah rumah anak-anak angkat pulak nak sedekah makanan. Ada rezeki juga untuk jiran dan bangchik. Sabtu agak sibuk sebab sementara tunggu anak dara tu habis tuisyen, kena siapkan kerja-kerja rumah; laundry, mop, kemas dapur ehh birthday girl pun kena buat semua tu tauuu :)
Terima kasih husband. Tengah-tengah malam kejutkan I yang dah mamai-mamai ni, wish birthday dan bagi bunga. I sangat hargai apa yang husband buat sebab baru 3-4 tahun kebelakangan ni je dia reti buat semua ni. Buat suprise, bagi hadiah, bunga, coklat. Sebelum ni dia cuma bagi duit "nahh, awak belilah apa yang awak nak" senang betul dia kan :) tapi mungkin dah hampir 13 tahun kahwin, dia pun dah faham isterinya macam mana or maybe dia tengok kat FB kot hahahahaa :) Alhamdulillah.
39 tahun yang penuh bermakna. Alhamdulillah.
Well, lunch dengan Alya dan Aryan saja sebab husband kerja, kena pergi site even Thaipusam. Takpelah, kami memang dah biasa dan faham kerja dia yang busy handle project. So, lepas pick up Alya kat sekolah, jom la gi lunch sempena birthday mama. Aryan cakap nak belanja mama so jom .. padahal mama juga yang bayar sob sob sob hikssssss ..
Lunch kat Secret Recipe. Alya semenjak ada tuisyen di sekolah kebangsaan, jadual agak padat so mama bawak lunch then balik rehat sebelum sambung siapkan homework yang bertimbun. Just bagi diorang seronok makan-makan, lepak sekejap. Mama tak kisah dah pasal birthday, dah tua ni takdenya nak celebrate beria hehe :)
Then pilih kek Oreo Cheesecake, share bertiga. Lama tak makan kek ni, apa salahnya setahun sekali cheat day kek kannn :)
Then untuk mama, Aglio Olio Salmon.
Budak berdua ni pilih prawn macaroni with cheese.
A happy children is a happiness for a mother :) thank you Alya, Aryan always be my side in any conditions, any situation. Perhaps its lasting forever.
Then, lepas Maghrib husband suruh semua bersiap. Dinner. Ala mama maluuuu .. dah la makan banyak lunch tadi kann :) tapi sebab muka masing-masing semuanya happy so jom laaa .. mama of course happy hihi tengok tu terus kelek bag baruuuu :)
Love you husband.
Untuk I, salmon macam biasa. Malas nak fikir menu lain sambil kira kalori hahahaaa :) tapi yang ni salmon over fry, rasa kering je. Tapi, tetap sedap.
Ni menu husbanda dan Alya. Aryan pilih fries.
Set Nachos ni sedap.
Eh habis dah? Rasa ada picture lain, tak masuk pulak ehhh haha okay, sekian cerita birthday I tahun ni. Sangat indah dan bermakna, dengan ucapan di FB, IG dan whatsapp. Terasa diri disayangi, dihargai, diingati dan I rasa bahagia sangat. Alhamdulillah. Terima kasih semua :)
No comments:
Post a Comment