Friday, January 31, 2020

Cuti CNY; balik kampungggg

Selamat Tahun Baru Cina

Cuti panjang dari hari Jumaat 24.01 hinggalah Khamis 31.01 tapi anak-anak dah mula bersekolah pada Selasa 28.01 so dapatlah 4 hari berada di kampung. Emak excited kami balik sebab sekarang musim buah rambutan dan manggis walau tak sebanyak tempat lain tapi puaslah kami anak-beranak makan. Emak tak larat nak menunggu tepi pokok sebab beruk selalu datang mengintai buah rambutan. Bila emak masuk ke dalam rumah haaa diorang pun bekerjasama makan rambutan hahahaa pening emak sebab habis buah-buahan. Dia beria jaga nak bagi anak cucu makan sekali datang pak beruk haaaa habislahhhh :) so bila kami balik kampung, emak pun senang hati sebab kami dapat merasa. Tinggal manggis je yang belum masak sepenuhnya.

Balik 3 beranak aje pada pagi Jumaat sebab husband outstation ke Penang, will be back on Saturday so I malas nak tunggu jom la balik 3 beranak je dulu :) tak sabar nak makan buah niii :)

Now twinning dengan my anak dara :) nasib ada saiz XS untuk dia. Picture taken by Aryan yang hentak-hentak kaki pastu nangis sebab dia tak dapat baju macam mama dan kakak :)

\


Taraaaaa ..
Rambutan yang masak ranum. Aisey sambil menaip sambil telan ailiooo teringat-ingat rambutan yang fresh dari pokok di hujung halaman rumah.


Si tampuk hitam manis. Buah comel lote maybe sebab cuaca panas, tak menjadi sangat. Alhamdulillah cukup untuk kami merasa buah manggis.


Hurm signature kami bila balik ke kampung, gulai ikan semilang salai campur pucuk ubi. Beli ikan kat pasar Pilah then salai. Kalau kat Shah Alam ni tak beli sebab risau bekalan ikan tak tahu dari mana kan? So, beli bila balik kampung je sebab tahu siapa penjualnya. Mostly penjual ni ada kolam sendiri contoh kat kampung I ni dorang bela semilang, baung, talapia dan udang galah. Ikan semilang sekilo cuma RM7.00 aje. Baung agak mahal sedikit dalam RM15.00. Just call dan order nanti diorang hantar ke rumah siap bersiang. Gittew mudah kerja I kann :)

Terliur tak? 


Habislah diet :)


Hari Sabtu sempat ke pekan Kuala Pilah. Lepas beli sayur dan breakfast, sempat pusing pekan ehhhh kedai apek ni tak reti nak tutup ke apaaaa :) hahaa terus turun nak tengok limau abung. Dari jauh nampak limau ni tu yang teringin pulak, lama dah tak makan limau sejak pokoknya kena tebang kat rumah acik depan rumah. Kalo tak tu, beli je kat acik hehe :)

Limau abung sekilo RM8.00, sebiji ni dalam RM10.00. Kupas dan simpan dalam fridge, panas-panas makan omgggg sedapnyaaaaaaaaaa ..


Then masa ke pasar, jumpa kuih loyang ni kat kedai rojak. Dah lama cari so bila nampak apalagi silalah sambar hehe Alya suka sangat kuih ni. Rizalman jual dalam RM32.00 kannnn aiseyy awat mahal sangat??? Kat Pilah sebekas dalam RM13.00 ajeee :)


Then hari Isnin, masak gulai durian tua dan rendang ayam pencen dengan daun puding. Jemput mak aji dan pak aji BFF emak, dorang ni rapat dan selalu temankan emak. Emak tinggal seorang diri, bila ada kawan-kawan dan makcik kuranglah rasa risau tu tapi risau juga sebab dia tak sihat sangat. Bila ajak duduk sini tak mahu dia, sayang nak tinggalkan pokok cili, pisang, bunga kantan, serai dan segala jenis tumbuhan termasuklah petai hahha :) orang tua mana ndak dok ngan kita kan? Lebih selesa kat rumah sendiri katanya.


Sayang sangat-sangat keluarga kami ni :)




 One more timee :) mama and Alya.
 Besar dah anak dara mama ni, macam tak percaya je sikit lagi nak beat ketinggian mama hihi :)  



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...