Happy New Year 2020 walau dah masuk hari ke 16 di tahun baru hahaa. Ada kereta terbang takkk? :)
Lama betul tak update since 2018. 2 tahun bersawang nasib baik ingat password lagi hihihi.
Tapi Hani rajin blogwalking, baca blog kawan-kawan yang lain. Suka je baca update kawan-kawan, tiru idea masakan dan tengok dorang travel sana sini. Iols busy, project Pulau Indah Power Plant nak start tak lama lagi hurm ..
Okayyy .. ni dia tuan punya blog kot ada yang dah lupa hehe :)
Haiiiii uolsss ..
Masih lagi cuba mengekalkan berat badan yang ideal. Diet dan perubahan cara pemakanan semenjak 2016 hingga hari ini Alhamdulillah masih berterusan. 4 tahun masa berubah dari 115kg now around 68kg. Turun sehingga 64kg lepas tu ke laut dalam cepat-cepat berenang ke tepian semula hehe Alhamdulillah now fasa untuk maintain berat. Atleast still in "6 not 7" gittew :) kalo tak habislah semua baju size M tak muat huwaaa :)
Okay, jom flash back Hani & family.
Alya tahun ni dah darjah 6. Menakutkan sebab UPSR, PSRA hahaaa mak is seram.
Aryan pula darjah 1, so far okay je dia pegi sekolah. Takde adegan menangis or tarik-tarik tudung ke baju ke haha mak is selamat. Tapi mama tetap amik cuti 2 hari Khamis, Jumaat untuk monitor Aryan kat sekolah KAFA dan sekolah kebangsaan.
Alya dah semakin tinggi, hampir sama dengan mama omgg tak percaya okayyy dah masuk 12 tahun budak ni. Terlalu cepat masa sekarang kan? Dah boleh jadi BFF mama, bercerita fesyen nak pakai baju apa, warna apa, twinning dengan mama kalo pergi kenduri. Semua nak sama dengan mama, pitam mama tapi mama is happy sebab inilah puteri kesayangan mama. Alhamdulillah untuk UPKK, Alya berjaya mendapat keputusan cemerlang, sangat bangga dengan Alya walaupun mama selalu terpekik-pekik marahkan dia "belajar, belajar, belajar" haha mak tipikal macam ni laaaa :)
Akhir tahun 2019, Alya dapat hadiah untuk peperiksaan di sekolah KAFA.
Mama pun dapat hadiah lucky draw. Terkejut mama, pastu terpaksalah naik stage jugak auww :)
Hurm .. sekejap masa berlalu, anak mama dah jadi anak dara yang dah pandai belek-belek IG, youtube ikut perkembangan artis Korea haha pitam makkk :) semoga Alya terus mendapat kejayaan cemerlang Aamiin Allahumma Aamiin.
Cuti sekolah 2019 tak ke mana-mana sebab mama dah habis cuti haha so just bawak dorang tengok movie; Frozen dan Ejen Ali. Kemain suka budak berdua ni sebab ni kali ketiga dorang tengok. Dulu Upin&Ipin dan Boboiboy.
Dan, sempat juga ke Genting Highlands sebelum Krismas. Kebetulan company mama bagi halfday before Krismas so mama pun bagi tau Dato' dah alang-alang tu cuti je la kannn so jom ke Genting Highlands. First time bawak Aryan ke sini. Alya datang ke sini masa umur 2 tahun hahaa so dia tak ingat apa benda pun. Hurm nasiblah dapat papa yang anti sosial kan so korang mana la merasa nak ke tempat camni unless mama baik hati bawak korang haha siannn :)
Parked kat Genting Premium Outlet (GPO) which is mama pun 1st time ke sini. Sampai awal pagi so orang belum ramai lagi, naik kereta kabel ke atas pun smooth aje tak perlu nak beratur panjang.
Kesayangan mama. Papa tak ikut sebab kerja, cuti dia pun dah habis :)
Inilah anak manja mama, paling hati sensitif, rapuh mulalah menjejeh air mata tapi romantis niii hari-hari cakap "I love you mama" tanpa malu time nak salam ke sekolah tu. Kalo Alya dia dah pandai cakap segan laa maa :)
Kami ke Genting Highlands juga bersama dengan gang baik mama dan juga Alya. Alisha, bff Alya since mak2 dorang berkawan baik sejak beberapa tahun lepas. Dah jadi macam keluarga pun ia jugak so seronok je plan nak ke sini dengan dorang.
Mama loves both of you sayanggg :)
Haa gittewww ..
Okay jumpa lagi. Semoga I kembali rajin update blog and thank you to all yang selalu singgah sini walau takde update hihi :)
2 comments:
Semoga kembali rajin update blog.. Takpe. Pelan2 kayuh.. Mood kelaut tu biasa..
Anak dara dia dah nak lawan tinggi mama dia ye..
takpa bersawang, kadang nak menulis ni pun ikut mood juga kan ehhee// BTW salam kenal dari Blogger Sabah :) www.lizaizara.com
Post a Comment