Wednesday, February 19, 2020

Wedding and Fraser's Hill

Sabtu lepas, tiba-tiba teringin nak buat bubur kacang hijau durian. Walau tak makan tapi I suka buat sebab husband, Aryan penggemar bubur hehe. Then terus call bangchik ajak ke rumah, makan malam bersama. Kebetulan ada ikan jenahak, besar jugak so buat masak gulai. Masak simple aje, ada ikan masin dan ulam kira ons laaa ..




Terliur tak? Hihi balik ni nak masak lagilah sebab ada seekor lagi ikan jenahak, kawan husband bagi. Ni jenis orang yang suka memancing tapi ends up tak kuasa nak masak, agaknya dah jemu so dia pass kat husband. I kalau dah siap siang, siap potong I okay je nak masak. Hari tu dia bawak balik seekor yang belum disiang alamatnya dok la beku lam esbok, tak kuasa I nak buat apa sebab mana reti siang ikan besar-besar ni hahaha :)

Ahad, ada wedding kawan ofis di Kuala Kubu Bharu. I suka ke KKB ni sebab dulu pernah datang, jalan-jalan kat pekan koboi rasa tenang aje. Pekan koboi kecik aje tapi ntahlah suka sangat, rasa cool. Tak sibuk, takde hiruk-pikuk tapi pekan tu lengkap dengan kemudahan termasuk bank-bank, pejabat kerajaan, pejabat pos dan kedai-kedai. Suka sangat tengok persekitarannya yang "sejuk". Siap cakap kat husband, kalau ada rezeki jom beli rumah area sini :)

Wedding kawan kat Dewan Orang Ramai Rasa. Sampai sebelum Zohor. Plan memang nak datang awal sebab nak bawak Alya, Aryan naik ke Fraser's Hills lepas tu nanti. Dorang belum pernah ke sana so alang-alang dah sampai KKB so bolehlah lajak ke Fraser's yang tak berapa jauh mana pun.

Ni Alya yang snap, dia kata "mama kena pandang ke atas langit biru tu"
Amboi Alya skang ni, ntah mana la dia belajar posing acah-acah pandang ke langit biru ni :)



Hurm tengok anak dara ni, kemain skang ehh :)


Tahniah Nadia dan Ashraf. Semoga melayari rumahtangga dengan bahagia, sabar dan penuh rasa cinta. Gittew. 


Lepas makan, bergambar dengan kawan-kawan ofis kat atas pelamin, kami terus gerak ke KKB. Singgah pekan kecil tu beli makanan, minuman nak bawak naik ke Fraser's Hill. Biasalah budak berdua ni kan suka mengunyah, baik beli siap-siap dari beli kat atas yang harganya pasti double triple :)

Taraaa .. we are here.
Tempat wajib mestilah tengah-tengah roundabout ni kannn :)




Kesayangan mama dan papa. Alya dan Aryan. Aryan asiklah tanya "ada apa kat sini ma? kenapa tak ramai orang? kenapa takde kedai? kenapa sunyi aje?" hahahaa kesian dia, ingat Fraser's macam Cameron Highlands kot. Bila mama kata nak bawak ke Fraser's, tempat sejuk dan dingin macam Cameron Highlands tapi jauh bezanya. Fraser's ni sesuailah kalau nak cari ketenangan, kedamaian. 



Pusing-pusing Fraser's Hill ni sambil mengimbau kenangan silam. Cari punya cari terjumpalah banglo lama zaman Guthrie. Ya I dulu bekerja di Guthrie Property Berhad sebelum merged dengan Sime UEP & Golden Hope = Sime Darby. Staff boleh sewa banglo ni dengan harga serendah RM20 sahaja, seronok stay kat sini. Feeling tu kononnya kat oversea laa kannn :) hehe ..
Sempat jugak dulu honeymoon kat sini lepas kawen. Lamanyaaaa kenangan sangat. Skang semua dah jadi lain sejak merged. Ada banglo yang dah dijual. Nasib baik banglo ni masih disimpan, diselenggara dengan baik nampaknya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...