Then, skang ni dah jadi port lepak kami anak-beranak setiap kali mama kat dapur. Semua suka duduk sini, bersembang atau makan-makan sambil mama masak. Termasuklah berkuntau pun ia jugak hahaa tapi I happy sangat sebab boleh monitor Alya, Aryan buat homework even tengah memasak sekalipun. Kalau kawan-kawan datang ke rumah, dorang pun terus masuk ke ruang dapur ni dan duduk sini. Sambil membawang sambil makan popcorn gittew :)
Thursday, September 24, 2020
My kopitiam area
Monday, September 21, 2020
Home sweet home; my humble garden
Then yang bawah ni semua disekeliling porch aje, halaman rumah bukan besar mana pun hehe tapi I try la manfaatkan semua ruang termasuk hubby tanam cili, kangkung, bayam brazil dan ulam-ulam.
Percaya tak bunga raya ni sebekas cuma RM4? Adehh rugi pulak tak kirim 10 hahahaha ..
Then Sabtu lepas, sempat lagi ke nurseri yang dah jadi port sebab murah. Direct dengan owner nurseri waduhh harga sangat menggoda. 2 pokok ni sekali dengan pasu dan 6 pek tanah just RM25 aje hahaaa stress pulak kalau tak beli sebab memang plan nak beli untuk letak luar pagar rumah. Dah alang-alang murah beli walhal niat ke situ just nak beli tanah. Actually 1st time ke nurseri yang ini 16hb masa cuti Hari Malaysia, plan nak cari petunia. Malas nak ke area Kusta yang dah pegi 3 kali tu, sebab nanti rambang mata so saja berhenti kat nurseri tepi jalan sebelum sampai HSB. Tak sangka murah2 kat sini malah lagi murah dari Kusta.
Wednesday, February 19, 2020
Wedding and Fraser's Hill
Taraaa .. we are here.
Tempat wajib mestilah tengah-tengah roundabout ni kannn :)
Tuesday, February 18, 2020
Al-Fatihah; Ashraf Sinclair
Sekitar jam 2 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia), jenazah dibawa ke tanah perkuburan itu menggunakan kereta jenazah dari kediaman keluarga di Pejaten, Jakarta Selatan.
Perjalanan penuh pilu itu disertai beberapa buah pengangkutan tambahan lain termasuk empat buah bas dipercayai untuk membawa anggota keluarga terdekat dan saudara mara.
Keluarga terdekat Ashraf, yang sempat tiba di Jakarta dari Malaysia sekitar waktu tengah hari, juga sempat bersama keluarga besar dua negara itu,
Beberapa buah motosikal polis trafik bermotosikal turut mengiringi untuk melancarkan perjalanan tersebut.
Sementara itu, portal berita Kompas melaporkan, di rumah keluarga Ashraf dan Bunga Citra Lestari, terdapat banyak karangan bunga yang diberikan oleh teman-teman terdekat dan barisan selebriti tempatan.
Selain daripada kiriman rakan-rakan selebriti Indonesia, tidak ketinggalan, Presiden Indonesia Joko Widodo juga mengirimkan karangan bunga sebagai tanda takziah dan berduka cita.
Ashraf, 40 tahun, meninggal dunia pada jam 4.51 pagi Selasa akibat serangan jantung.
BACA: Bukan rezeki Ashraf bintangi muzikal PGL
BACA: Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...
BACA: #PerginyaAshrafSinclair: Wan Azizah, Gobind rakam ucapan takziah
Allahyarham lahir di London, pada 18 September 1979. Kerjaya seninya di Malaysia bermula dengan berlakon iklan dan seterusnya bidang pengacaraan.
Ashraf semakin dikenali apabila terjun ke bidang lakonan, dengan filem Gol dan Gincu (2005) menjadi antara filem lakonannya yang paling popular.
Abang kepada Aishah Sinclair ini menikah dengan Bunga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Bunga, telah dikurniakan seorang anak iaitu Noah Aidan Sinclair.
Sunday, February 9, 2020
My birthday; 08.02
Friday, January 31, 2020
Cuti CNY; balik kampungggg
Besar dah anak dara mama ni, macam tak percaya je sikit lagi nak beat ketinggian mama hihi :)