Monday, November 28, 2016

Myself; my journey to loose weight :)

Assalam.
Kembali update my journey to loose weight.
I tak bersedia lagi nak share my current weight tapi yang boleh I katakan berat I pada April 2016 ialah 1++ omgg over 100 kilo. Tu nasib baik tak 1 tan. Mau kena angkat guna treler :(

Okay nih gambar masa berat 100kg over .. maaflah ni ajer gambar yang clear sebab selalunya amik selfie, mana nampak tubuh badan yang gebu ni kan hemm :). Hemm lengan sado tu memang kena kental la nak kecikkan.



Bulan Jan, kaki injured sebab I jatuh kat office, memang tak sangka seteruk itu. Retak, urat putus serta tendon tercabut - ni bahasa mudah yang boleh I terangkan sebab kalau ikut terms yang dalam medical report I pun kurang faham hehe :). So doktor mula-mula cakap amik masa 3 bulan untuk pulih. Okay, sila buat fisio 6 kali. Pastu bila dah habis 1 round fisio doktor cakap kena tunggu 6 bulan baru pulih sepenuhnya. Then sambung lagi 2 round fisio, 6 kali jugak. Pastu jumpa doktor lagi, dia cakap "okay, kaki you belum pulih, amik masa setahun ni" OMGGGG patutlah still sakit. Masa tu dah bulan April. Then buat MRI, check up semualah termasuklah amik berat badan. Doktor memang berkali-kali nasihatkan supaya I kurangkan berat badan untuk cepat pulih sebab kaki kan menampung tubuh badan kita. Memang sejak sakit I kurangkan makan manis-manis, garam dan nasi tapi taklah diet yang serius. Then bila puasa, I cuba kurangkan lagi kuantiti makanan tapi bila timbang loose 4kg sahaja. 

Bulan 8 kemuncaknya sebab I teringat nak jumpa doktor September nanti so kalau tiada perubahan memang kena bambu jawabnya so I nekad 1hb Ogos tu I start lupakan nasi. I try balance dengan roti, susu dan buah serta minum air kosong 3 botol (3 litre) dan kayuh basikal 1 jam setiap malam. Minggu pertama - I nak pitam kot. Masa solat macam terhuyung-hayang, pergi klinik rupanya I gastrik. So kena betulkan balik cara pemakanan. Alhamdulillah gastrik hilang. I cari info dan tips pemakanan yang betul. Kevin Zahri antara coach yang I ikut dan tips amat bagus :)

Sekarang berat I? I cuma boleh cakap, I lost almost 20kg++ now since 01.08.2016. Alhamdulillah. Cuma tu la part lengan still sado adoi :) skang dok survey nak beli dumbell.

Ni picture Jumaat lepas. Biasalah orang kemaruk bergambar, asal ada gang mintak tolong snap gambo. Diorang kat office ni dah lali dah ngan kakton hehe :)


Pastu paling latest semalam. Masa ke 1 Utama. Asal masuk fitting room memang amik gambar dulu pastu baru sibuk try baju nak beli hehe :) Skang dah boleh muat EUR14 dulu 22. Alhamdulillah moga I terus istiqomah dalam usaha menurunkan berat badan. I cuma mahu hidup sihat, kaki kembali pulih, InsyaAllah :).


Jom share fitness life korang. Sebab I suka baca pengalaman, idea dan juga cara yang diguna pakai dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan gaya hidup sihat. Jangan segan-segan tinggalkan link nanti I baca ye :)


Thank you :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...